nak tumpang tanya,tol ker medan ikan bangi dah tutup?ari tue nak try ikan bakar dia...cari kedai x jumpa...last2 kol owner,dia cakap dah tutup...tol ker?
restoren nasi ayam mancongkam kat jln gombak sedap..terutamanya nasi goreng ayam garing
nasi 1 warung santai kat tasco ampang... makanan die mmg best.. nak makan kene tunggu giliran sbb x de meja kosong..
Nak tanya lah....
Ada sesapa kat sini pernah try satu kedai ni kat jln Tar...
Restoren Nasi Kandar Kudu...
My SIL ckp sedap...
Tp nk g menapak kat sana tu mcm jauh lah plak...
Klau kat sini ramai kata best...
Harus ku gigihkan diri jugak ke sana....
silverstar333 posted on 3-7-2013 03:48 PM
Nak tanya lah....
Ada sesapa kat sini pernah try satu kedai ni kat jln Tar...
Restoren Nasi Kandar ...
Baru saja aku pergi minggu lepas, kebetulan keluarga aku menginap di Star Point Hotel untuk 3 hari 2 malam. Menapak juga nak ke Kudu tu dia lebih dekat dengan Tune Hotel Downtown tu, macam aku peminat makan nasi kandar memang bagi 5 bintang lah.
jepp posted on 28-6-2013 09:18 AM
Mi goreng mamak kat mana best...
Jujur kalau menjamu selera di restoren india muslim aku jarang order mee goreng sebab portionnya yang kecil, tapi pendapat aku mee goreng mamak yang aku pernah makan dan sedap adalah di Gulam Mee Kota Damansara dan Mee Goreng Sotong Power di Shah Alam.
bonita posted on 5-7-2013 10:51 AM
Mee Goreng Sotong Power kt shah alam tu ala2 mcm Mee Sotong Hameed Pata kt Padang Kota, Penang kah ...
Ye lebih kurang tapi portion di Hameed Pata lagi banyak, berkemungkinan besar juga yang di Shah Alam ni tiru konsep dia. Kalau di Penang sana boleh makan dengan cendol dan coconut shake Jalil tu kan tapi kat Shah Alam ni ada ABC Special dari gerai bersebelahan.
kampung hubby kat kuala selangor. rupanya banyak tempat makan yang menarik kat sana. ada sesapa pernah gi restoran river view kat pasir penambang tak. itu restoran cina tapi ramai je melayu yang gi makan kat sana. nak gak gi tapi was was sikit.
Semalam makan kat BBQ Steamboat Kak Kiah kat Rawang, restoren tu seberang jalan Aeon Rawang je tapi simpang nak masuk sangatlah susah. Perapan bbq ayam dan daging dia sedap lah, entah berapa kali aku sekeluarga membakar dan tak sedar sampai 2 jam.
Harga RM18.90 untuk dewasa, kanak-kanak tak ingat tapi semalam 15 orang dengan 6 dewasa dan 9 kanak-kanak tak sampai RM200.
Post time 1-9-2013 11:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kedai makan jijan kat kg jijan salak tinggi ..masuk ikut tepi roundabout bandar enstek
Nasi briyani gam salak tinggi..kt lot kedai cornerlot ..sebelah kk salak tinggi...
Jalan besa jalan depan skit belah kanan ade warung kecik makcik jual sup sume jenis daging..sedap gila n nasi ayam die pon sedap..
kat food court Sg Ramal, Kajang ada gerai juai lamb chop tersedap pernah aku makan. potongan kambengnya lembut 2 keping lagi. soslado itamnya sedang-sedang, ditambah dengan kambengnya yang berjus mmg sedap betoi.
dah abes lambchop, oder pulak otak-otak, sangat sedap kalah otakotak kempas, isinya banyak tak macam otak-otak biasa yg sgt sikit rasa macam calit aje. kalo makan yg kat sini puasss hati la...
tak tau la Dila sbb adik aku yg ajak makan sini
yang aku tau dulu ni tapak pasar malam sg ramal
kat sini ada gerai sate willy, gerai burger bakar abe burn
pendek kata makanan kat sini sedap-sedap
kalo dekat mmg hari2 aku makan.
gambo tak taulah ada ke tak
nanti aku tanya adik aku
dia ada tangkap gambo ke tak.
budgetMommy posted on 3-9-2013 03:04 PM
steamboat dia banyak seafood tak? ke banyak guna frozen food mcm ball2 aje
Boleh tahan juga piliham sebab ada fillet ikan, sotong, udang, beberapa jenis kerang-kerangan, tapi kalau nak di bandingkan dengan Flaming Steamboat memang jauh beza lah. Lebih kurang macam D'Kayangan, BBQLand je dan tak banyak pilihan makanan laut segar, keluarga aku pun banyaknya bbq dari steamboat tu. Juga ada nasi goreng masa aku pergi tu, air ada 2 jenis tapi air bancuh sendiri tu (kordial). Ada juga potongan kek kecil-kecil, untuk pencuci mulut macam biasa ada aiskrim dan buah-buahan.