CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170354|Reply: 1384

Ingatkan diculik, Rupa2nya bw diri ke BB..TERKINI dah putus Tunang!!!

  [Copy link]
Post time 18-10-2010 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by mysara at 24-10-2010 21:17

Kesian le pulak.... gadis tu cun larrrr...jgn dah kena jual jerrrrr


------------------------------------------------------------------------------------------

'Abang datang cepat, saya takut'       Oleh Suhaidi Mohamed Amin
am@hmetro.com.my
                       [url=][/url]    [url=][/url]    [url=][/url]       

   
           
HILANG...Sabariah  menunjukkan gambar anaknya, Rozaliya yang hilang  sejak 13 Oktober lalu.
                        
KEMAMAN: “Sebelum itu mereka berdua sering berhubung melalui SMS dan ketika berada di Kuantan, Rozaliya ada menghantar dua SMS kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’,” kata Sabariah Mansor, 42, menceritakan kehilangan anaknya ketika membeli barangan persiapan perkahwinan bersama tunangnya, pada 13 Oktober lalu.
   Pasangan itu dijangka berkahwin pada 12 November depan.

  Gadis terbabit, Rozaliya Mat Lazim, 20, sebelum itu dikatakan keluar dari rumahnya di No 21, Peringkat Satu, Bandar Ceneh Baru di sini, bersama tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan mereka kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu.

   Sabariah ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata pada hari itu anak gadisnya yang memakai blaus hitam dan jeans gelap, menaiki kereta tunangnya untuk ke bandar Kuantan.

   Katanya, selepas membeli-belah di kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan, Mohd Helmi meminta kebenaran Rozaliya untuk pulang ke pejabat seketika kerana ada urusan penting untuk diselesaikan.

   Sabariah berkata, Mohd Helmi meminta Rozaliya menunggunya di sebuah pasar raya besar berhampiran tempat mereka membeli-belah dan akan menjemputnya sekembali dari pejabat kira-kira jam 3 petang hari itu.

     Dia berkata, mereka  berbalas SMS dan dua SMS terakhir kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’.

   Katanya, selepas itu Rozaliya tidak dapat dihubungi dan tunangnya berusaha mencarinya di beberapa kedai berhampiran termasuk di pasar raya tempat mereka membeli-belah sebelum itu sehingga jam 6 petang.

   “Helmi menghubungi kami memaklumkan kehilangan Rozaliya dan kami sekeluarga bergegas ke bandar Kuantan untuk mencari Rozaliya tetapi sehingga jam 11 malam masih juga gagal menemuinya,” katanya.

   Menurut Sabariah,  mereka mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kira-kira jam 12 tengah malam hari sama.

   Sehubungan itu, Sabariah merayu orang ramai mengenali atau mengetahui di mana Rozaliya berada segera menghubunginya di talian 019-9418016 atau 019-9178016 atau mana-mana balai polis  berdekatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2010 08:53 AM | Show all posts
siannya.. .cantik .........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 08:55 AM | Show all posts
mak Rozaliya ni mcm wajah lecturer sara larrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 08:56 AM | Show all posts
mak tak comei... anak comel.. sian tunang dia, tak sempat jadi habuan org len dah culik... nie mesti sebab cemburu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 08:57 AM | Show all posts
Semoga Allah melindungi gadis tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:00 AM | Show all posts
mak tak comei... anak comel.. sian tunang dia, tak sempat jadi habuan org len dah culik... nie mesti ...
schumacher Post at 18-10-2010 08:56

mak dia still nampak cantiklah cuma lebih matang.. rasa saya mak dia
muda-muda dulu catik cam ank dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2010 09:01 AM | Show all posts
ya Allah kesiannya, minta dijauhkan dari benda2 yang tak elok, lawa budak nie
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:01 AM | Show all posts
lawo awek ni..... dah kena jual agaknya  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2010 09:03 AM | Show all posts
ntah2 kena jual kat siam.. satgi aku nak try siasat kot2 member2 ada info kat siam tak,...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:03 AM | Show all posts
ilang 13 oktober ... 14, 15, 16, 17, 18 okt.

hmm...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 09:03 AM | Show all posts
lawo awek ni..... dah kena jual agaknya
devilito Post at 18-10-2010 09:01



    hish.. harap2 tak le mcm tu...ngerinyaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:08 AM | Show all posts
kesiannya....harap2 dapat jumpa semula.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:11 AM | Show all posts
harap tak ada apa2 yang buruk berlaku pada girl ni :cf:

hari tu kat penang ada gak kes girl hilang masa hantar kad jemputan kawen pada kawan2 dia. dah jumpa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:12 AM | Show all posts
kat mydin pun ade org nk menculik
gilo ka?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:18 AM | Show all posts
maybe motip cemburu nih :@
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:18 AM | Show all posts
Kesian le pulak.... gadis tu cun larrrr...jgn dah kena jual jerrrrr
----------------- ...
mysara Post at 18-10-2010 08:44

Kenapa hati aku kuat mengatakan bahawa ada udang di sebalik mee dalam kes ini.

Samada tunang dia yg jadi punca atau dia ikut org ketiga dengan kerelaan....

sapa nak bet?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2010 09:19 AM | Show all posts
kesiannya.. lawa budak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:21 AM | Show all posts
jangan risau Malaysia masih selamat ...

polis sibuk selongkar bilik stor bahan bukti cari belen dadah yg boleh disapu ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:22 AM | Show all posts
kesiannya..sanggup plak lelaki tu tinggalkan tunang dia sorg2..ish ish
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:25 AM | Show all posts
Subhanallah cantiknya Rozaliya ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.316642 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list