CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

     Close [Copy link]
Post time 21-10-2010 07:18 PM | Show all posts
hero malu nak keluar
tengah touch up dulu
sang_arjuna Post at 21-10-2010 19:02



    farid bunc bukan hero eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2010 07:18 PM | Show all posts
hero malu nak keluar
tengah touch up dulu
sang_arjuna Post at 21-10-2010 19:02


brp lama nak kena touch up nie...
mesti ramai yang terpikat nanti
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 07:20 PM | Show all posts
hero malu nak keluar
tengah touch up dulu
sang_arjuna Post at 21-10-2010 19:02



   smiley tepek gambar hero pemalu tuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 07:36 PM | Show all posts
“ BABAHHH! Berapa kali Lia dah cakap, Lia tak suka lah si Farid tu” Semakin giat tangan Dahlia menguli. Aku tengok macam perut Farid pula ketul tepung ni. Nah! Ambil kau! PAPPP! PAPPP!Di tepuk adunan dengan kuat berkali kali.
sang_arjuna Post at 21-10-2010 18:48


adohai ...... kelakarnya dahlia neh
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 07:42 PM | Show all posts
Tak sabar nak tahu dating Dahlia & Farid Boncit ......
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 10:56 PM | Show all posts
rasanya mesti farid dh x buncit..so kene tukar nama jadi farid kempis...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2010 11:08 PM | Show all posts
Uwaah x sabar tunggu Dahlia dating dgn farid ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 08:13 AM | Show all posts
smiley... hero dia ade kaitan ngan sebab musabab puan sri tu nangis ke??
Kia_picanto Post at 21-10-2010 01:10


juliet pun mcm spendapat dgn kia ni.....
ntah2 puan sri ade anak lagi sorang kot hehe...
wahhh best ni kalau datuk azmi ade adik laki......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2010 08:45 AM | Show all posts
dahlia nak gi dating....
cam den plk yg excited...
huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 08:46 AM | Show all posts
selamat pagi ....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 08:51 AM | Show all posts
sporting HJ ZUL nie...sama ngan babah kita...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 09:07 AM | Show all posts
selesai juga baca akhirnye cite smiley ni... tetap marbeles macam cite2 sebelum nih   tak sabar nak tau mcm mane la rupa si farid...:re:
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 09:08 AM | Show all posts
Salam dan selamat pagi kawan2
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 09:43 AM | Show all posts
I budget Farid neh handsome ...........
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 10:21 AM | Show all posts
salam & pagi sumer...
tak sabar nak tunggu reaksi dahlia bila jumpa farid...
farid mesti dah hensem skrg nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2010 10:54 AM | Show all posts
salam & selamat pagi semua

hari ni baru Jumaat
Farid & Dahlia dating hari Ahad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2010 11:07 AM | Show all posts
hari ni kita jumpa hero
..........................................

Ibu ibu bapak bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku
Aku yang tengah malu
Sama teman teman ku
Karana cuma diri ku yang tak laku laku


Cikgu Amir memperbetulkan duduk. Belakang lehernya terasa panas bila berpuluh pasang mata tertumpu ke arahnya. Senyuman mengejek dan pandangan sinis dari trio Ajim, Zack dan Joe  setiap kali lirik “ Tak Laku Laku” di nyanyikan menghiris perasaan Cikgu yang berusia 30an itu. Sudah terang tanpa perlu bersuluh lagi yang lagu Cari Jodoh dari band seberang yang cukup popular beberapa bulan lalu di tujukan untuknya. Dari  lima orang guru lelaki di sekolah itu, tiga  sudah berumahtangga dan Cikgu Nadzim  baru berusia 24 tahun. Belum boleh di kategorikan sebagai “ tak laku”.

Hatinya yang mendongkol geram di sembunyi dengan menempelkan senyum plastk. Budak bertiga ini memang nak kena dengan aku. Belajarnya tak ke mana, pandai pandai nak perlekehkan aku. Dasar bakal penganggur!  Tapi amarahnya lenyap dengan sendiri bila dia terfikir semula cita cita murni yang membawa dia ke Sekolah Menengah Sri Kota tiga tahun lalu. Kerjaya sebagai guru bukanlah pilihannya yang pertama mahupun kedua atau ketiga. Tapi lewat usianya yang sudah menjangkau 33 tahun, dia ingin mencari sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup.

Tepukan gemuruh dari pelajar dan guru menyedarkan Amir dari lamunan. Dia turut bertepuk kuat menunjukkan dia terhibur dengan persembahan tadi dan tidak ambil hati walaupun jelas dia seorang sahaja guru berstatus “ bujang terlajak” di Sekolah Menengah Seri Kota. Kalau di bandaraya Kuala Lumpur, lelaki sebayanya di anggap “ blue chip” di pasaran dan jadi buruan wanita. Tapi itupun kalau si lelaki mempunyai kerjaya yang hebat dengan gaji lumayan, bukan guru yang berpendapatan sederhana seperti aku. Dia sempat menangkap mata Cikgu Aishah Izzati yang duduk selang dua kerusi darinya. Spontan senyuman manis terukir di bibir guru pelatih yang menjadi idaman setiap lelaki dalam kawasan sekolah , waima pelajar sehingga ke tukang kebun. Amir tidak membalas senyumannya. Silap haribulan aku di label lelaki miang keladi yang nak berskandal dengan pucuk muda. Dia sedar siapa dirinya.

Pementasan pentas sempena Hari Guru di teruskan dengan tarian Ulik Mayang dari pelajar Tingkatan Empat. Gerak tari gemalai dengan iringan muzik tradisional membuat penonton terpaku. Amir tersentak bila bahunya di tepuk.

“ Cikgu Amir, ada panggilan telefon di pejabat Guru Besar”  bisik Rajini. Pembantu am itu tertunduk tunduk di antara barisan kerusi, bimbang dia menghalang pandangan penonton.

Siapa pula yang menelefon? Pastinya bukan rakan rakan aku. Semuanya tahu nombor handphone aku. Mungkin panggilan dari sekolah lain atau Pejabat Pendidikan. Amir bergegas mengikut Rajni. Pejabat Guru Besar itu lengang tak berpenghuni.  Puan Asmidar sedang berada di dewan bersama guru lain. Rajini mengisyarat ke arah gagang telefon di meja nya.

“ Assalamualaikum. Cikgu Amir di sini”

“ Amir.. ini Mama.” Darah Amir berderau. Suara ibunya yang sudah lama tak di dengar membuat dia terharu. Perasaan bersalah menyelubungi diri buat sedetik. Dia hairan bagaimana ibunya boleh tahu keberadaannya. Mesti ada yang pasang penyiasat peribadi. Rasa bersalah tadi bertukar jadi marah.

Gagang terus di letak.

“ Siapa itu?” Rajni yang tadi sibuk memfailkan dokumen mendongakkan muka. Sibuk! Getus Amir.

“ Silap nombor. Dia cari Amir Mustafa. Saya Amir Muzaffar. Lain kali dengar betul betul”

“ Oh.. saya ingat dia cakap Amir Muzaffar tadi. Sorry Cikgu”  Rajni tersengih menunjukkan barisan gigi putih.

Amir meraup rambut dari dahi. Kenapa Mak mencari aku? Ada kemalangan atau kematian dalam keluarga mungkin? Mustahil. Kalau ada pasti aku sudah mendapat berita dari suratkhabar atau TV. Ah… lantaklah. Aku tak mahu jadi sebahagian dari keluarga yang memperkotak katikkan maruah orang. Dengan tangan yang di letak dalam kocek seluar, dia bergegas kembali ke dewan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2010 11:08 AM | Show all posts
Namun belum sempat dia ke dewan, semua guru berpusu pusu keluar dan menuju ke kantin di mana jamuan makan sudah terhidang. Amir menyusur arus bersama mereka. Otaknya berserabut memikirkan panggilan telefon dari ibunya. Sudah berapa lama keluarganya pasang “ pengintip”? Jika mereka tahu di mana dia berada pasti dia sudah tidak selamat lagi. Tak lama lagi mesti ibu  atau ahli keluarga lain akan menyusul.

“ Ini pinggan untuk  Cikgu Amir. Jemputlah makan.” Aishah Izzati menyuakan pinggan plastic warna putih .

“ Terimakasih” balas Amir sambil menyambut pinggan.

“ Cikgu Amir nak minum air apa? Teh? Kopi?”

“ Tak mengapa. Saya ambil sendiri. Aishah tak makan?”

Aishah Izzati yang manis menawan dengan baju kebaya hitam dan kain batik lepas tersenyum sipu. Dia sudah kenyang dengan kehadiran Cikgu Amir di depannya. Bukan mudah nak curi perhatian guru yang pendiam dan “ cool” itu. Cikgu Amir jarang berbual kosong dengannya. Nak kata Cikgu Amir sombong, tidak juga. Cuma jaga gengsi kot. Tapi bila Cikgu Amir cakap Bahasa Inggeris , lemah lutut Aishah Izzati mendengarnya. Fuhhh… sebiji macam Dominic, hos E channel Asia. Cukup sempurna pronounciation,intonation, idhgam, madh dan segalanya.

“ Amir, petang nanti kamu ada apa apa rancangan?” sampuk Cikgu Zakaria, Penolong HEM sambil menceduk bihun goreng ke pinggan. Selain bihun goreng, sandwich  dan kuih muih di sediakan untuk menjamu selera para guru. Hari Guru hari yang istimewa untuk mereka. Terasa berbaloi bila jasa mereka di hargai. Ada juga yang mendapat hadiah dari murid masing masing, tak terkecuali Cikgu Amir yang di senangi ramai pelajar.

“ Lepas solat Jumaat saya tak ada apa rancangan. Kenapa?”

“ Saya nak bincang pasal Kem Bahasa Inggeris yang kita kena hoskan bulan depan. Masa dah suntuk. Persediaan belum di buat”

” Betul. Saya pun hampir terlupa sebab sibuk dengan peperiksaan penggal pertama. Tak lama lagi cuti sekolah dah mula. Jawatankuasa Kem Bahasa Inggeris belum buat apa apa persiapan lagi.  Kita nak jumpa di mana?”

“ Apa kata kita pergi ke rumah Cikgu Zul? Saya nak brainstorm dengan dia. Dia tu banyak idea. Bekas guru Victoria Institution lah, katakan. Kita ajak Puan Kamariah dan Mr Chin sekali. Kita pergi dalam pukul 4 petang.”

Amir mengorak senyum. Rumah Cikgu Zul tak jauh dari rumahnya dan dia suka berbual dengan lelaki yang kelakar dan berjiwa muda itu. Memang tak kering gusi kalau melayan Cikgu Zul. Tapi orang tua tu banyak pengalaman yang berguna untuk guru ( tak berapa) muda sepertinya.  Lagipun dia selesa ke sana kerana Cikgu Zul tinggal seorang. Kalau ke rumah orang berkeluarga dia tak senang duduk. Mesti ada kaum ibu yang risaukan status bujangnya dan ingin mencari jodoh untuknya.

“ Boleh saja. Nanti saya bagi tahu ahli jawatankuasa yang lain” Dia terus menuju ke sekumpulan guru yang sedang menjamu selera.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 11:10 AM | Show all posts
Reply 136# sang_arjuna

abih tu nak kena tunggu lg ka....
awat la lmbt sgt ahad ni....
(punya eksaited nk bc sdgkan kalo blh nak jer ahad tu lmbt smpai sbb byk keja nak kena siap on monday)
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 11:16 AM | Show all posts
jap lagi AMIR terpikat kat anak HJ. ZUL pulak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.070144 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list