CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: puakakuburz

siapa ikhlas hati nak tolong aku??

[Copy link]
 Author| Post time 23-10-2010 12:34 PM | Show all posts
Bila membaca masalaah kau ni, macam dah biasa dengar juga.  Minta maaf aku nak tanya ni, datuk ...
ibnur Post at 23-10-2010 12:05


keturunan aku takde saka... lepas aku kena buang kerja itu hari, gangguan semua tu terus hilang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2010 08:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by mulberi at 24-10-2010 20:45
keturunan aku takde saka... lepas aku kena buang kerja itu hari, gangguan semua tu terus hilang. ...
puakakuburz Post at 23-10-2010 12:34

Ade org dengki ke?

Psl mslh kewangan, dulu sy sekeluarga pon pernah alami perkara camni.. Tuhan aje yg tahu bagaimana perasaan seorg isteri spt sy ni..
Tp kdg2 kite kena check balik laa.. maybe ini semata2 ujian dr ALLAH, supaya kite sentiasa berdoa & mengingatiNYA .

Ape pon, jgn putus asa.. dan sy kagum dgn smgt saudara.. Ade org terlalu memilih kerja & sanggup melepak saje di rumah smntara menanti kerja yg betul2 sesuai & lumayan gajinya


Lg satu, cubalah amalkan buat solat dhuha.. Antara doa yg trdpt dlmnya.. "Ya Allah, bahwasanya waktu DHUHA itu adalah waktu DHUHAMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, dan perlindungan itu, perlindunganMu. Ya Allah, jika REZEKIKU masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu DHUHA, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh".


Kdg2 ALLAH kurniakan rezeki/ nikmat  tu dlm pelbagai cara.. salah satunya ialah ketenangan hati & jiwa yg redha dgn setiap pemberianNYA.. In. ALLAH..

p/s sila cek pm


Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 08:30 AM | Show all posts
Mana ada kerja, sambau je dulu. Kalau ikut apply kat company, lambat feedback. Dapat jaga kaunter atau kerja kat kedai makan pun dah OK, dapat jugak rezeki daripada tak dapat langsung.

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
Surah al-Mulk, ayat 15.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 08:46 AM | Show all posts
kilang area tempat aku keje ni (dekat sri purnama, pandan) banyak vacancy (untuk pekerja kilang). tapi rasenya jauh kalau ko nak datang keje... jem lagi. tapi ada sorang staff opis pun dok PG keje kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 04:29 PM | Show all posts
salam, kalau cuma tmpt keje kau yg dulu buat kau rasa mcm tu, maknanya...kemungkinan besar kau tak de problem kt tempat lain... kau cari je keje kt kilang..aku rasa byk kilang kat pasir gudang tu....
apa2 pun, kau sabar la ye..jgn ambik apa2 tindakan drastik....klu dh buntu sgt, kau balik kg, cuba buat keje2 kampung...n sembahyang hajat...jgn lupa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 02:07 PM | Show all posts
cuba tanya kat SASA ..kedai makan yg kat pbpg tu.
jumpa dgn Hj.Zul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2010 12:46 PM | Show all posts
sedih lak dengau....adik beradik x ada.. yg bole tlong ke???
sabar yae....semua dugaan dariNYA....berdoa yae....buat solat sunat banyak2....insya-allah...
rezeki allah beri....harap dipermudahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 02:28 PM | Show all posts
apa status tt ni? dah dpt keje?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2010 02:37 PM | Show all posts
salam semua...
maaf lama tak masuk forum... baru ni saya pi interview kat hitachi chemical isnin 26hb okt 2010.. 2 mggu baru dpt jawapan.. doakan supaya saya dpt kerja tu yea..  kepada yg telah byk menolong saya samada langsung dan tidak langsung, terima kasih byk2 dengan bantuan anda sekalian... semuga Allah sahaja dpt membalasnya.. adik beradik saya ada kehidupan mereka sendiri..maklumlah akhir tahun camni byk nak pakai duit.. jadi saya malas nak kacau hidup dorang..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2010 08:41 PM | Show all posts
ayah aku dulu pun kne macam ni,kawan tempat keje buat,org kristian lagik...ayah pegi berubat dan sambil tu die buat inisiatif sendiri dengan membaca yassin dan ayatul kursi hari-hari.Sekarang dah ok.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2010 10:09 PM | Show all posts
or u can stay at home bagi your wife keje dulu, dah dpt nti u keje la, ppuan byk gak keje cahsier ke pembantu ke, or jadi pengasuh budak2 pun lumayan skrg, klu tak bole tampung benda2 mcm kete tu kena jual ke apa, kerana itu adalah gaya hidup, klu kata keperluan tu ikut kemampuan (pnah baca pasal benda ni)
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2010 10:51 PM | Show all posts
salam semua...
maaf lama tak masuk forum... baru ni saya pi interview kat hitachi chemical isnin 26 ...
puakakuburz Post at 31-10-2010 14:37


syukurlah Allah dah bagi jalan untuk TT... mula2 saya baca kisah TT rasa nak nangis je... tapi betullah Allah akan memberi ujian setimpal dengan kemampuannya untuk menghadapi ujian tersebut.

nasihat saya... pertama jaga solat dan doa banyak2... usaha dan tawakkal jangan sesekali putus asa. Allah maha Penyayang.. rezeki untuk anak-anak pasti akan ada.. ingatlah hidup mati miskin kaya itu urusan Allah kita tidak berhak memilih walaupun kita sudah berusaha...


dulu masa study seorang kawan saya pernah tinggal duit rm1 dalam poket... dia tak cakap apa2... kami pun tak tahu... bilik lain2 ... call parents tapi duit akan bank in lambat ( family susah ) jadi dia bertawakal kepada Allah serah sepenuh kepercayaan bahawa akan ada rezeki untuk dia makan hari tu... akhirnya dia menangis cerita kat saya bahawa Allah benar2 sayangkan dia... rakan sebilik belanja makan.. jiran bilik hantar makanan... Agungnya kasih sayang Allah kepada hambanya. sampai sekarang sayatak dapat lupakan pengalaman kawan saya tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2010 05:57 PM | Show all posts
ntahlah nak cakap apa sekarang.... buntu buntu buntu.... rumah dah nak kena tarik... kereta pun tak lama lagi..... nak minta tolong dengan org dah malu sgt.... dah byk sgt org tolong...
rasa macam nak bunuh diri pun ada nie..... bini lak demam.... aduh lah.... rase cam nak terjun sungai laaaaaa.. tapi tak settle jugak masalah kalau bunuh diri kan... lagi buat masalah ada lah.... susahkan org sana sini... pening2... rasa cam nak lari lari rumah pun ada... macam2 sedang bermain dipikiran... what i suppose to do??? aku nak jual rumah aku nie siapa nak beli???? pastu sambung bayar jerlah.. aku dah tak mampu... siapa nak bela anak2 aku ambil lah.. aku tak mampu nak bela mereka lagi.... arghhhhhhhhhhhhhhhh... pening................. pening...............
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 09:03 AM | Show all posts
ntahlah nak cakap apa sekarang.... buntu buntu buntu.... rumah dah nak kena tarik... kereta pun tak  ...
puakakuburz Post at 9-11-2010 17:57



masya Allah..sabar la..
ttg rumah tu.. bole cuba berunding dgn pihak bank..
jgn lari2 je bila bank cari..
ttg isteri demam..
klinik kerajaan byr seringgit je dh bole dpt rawatan...
anak2 tu.. bg akak jaga..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 10:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by HOTlips at 10-11-2010 10:23

Salam. Tumpang bersimpati. Semuga Allah membantu anda. Sementara nak mendpt kerja yg lebih baik, tak cuba mana2 fast food restaurant?

Selain dr usaha zahir, usaha rohani pn kena pertingkatkan. Rajin2lah bangun tahajud bermunajat pdNya. Suruh isteri amalkan surah waqiah antara maghrib isya. Dan anda juga. Amalkan ayat 1000 dinar dan byk lagi amalan2 utk murah rezeki. Solat berjemaah kat masjid dan isteri hendaklah jaga solat, amalkan solat di awal waktu. Rajin2lah solat isra'/dhuha juga. Semuga Allah selesaikan segala masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 01:56 PM | Show all posts
petikan dr kanselor cuba la renungkan k....

1)Sungguhpun aku diuji dengan beban kewangan tetapi aku sayangkan diriku

2) Aku menerima ujianMu Ya Allah dengan penuh redha

3) Hari ini AKU MEMILIH untuk melupuskan segala tekanan fikiran
juga bebanan emosi berkaitan isu kewanganku

4) Hari ini juga AKU MEMILIH untuk membenarkan sinar kejayaan,
keyakinan, kelapangan fikiran, JALAN KELUAR, REZEKI , RAHMAT dan
KEREDHAANMU mengiringi setiap langkahku.

**********************************************************************
Waktu mengerjakan solat Dhuha adalah satu jam setelah matahari terbit. Diriwayatkan dari Abu Zar, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua rakaat solat dhuha mencukupi sedekah untuk seluruh badan manusia"

Niat Solat Dhuha       
                         
       
                Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
.............................................................................................................................................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2010 04:25 PM | Show all posts
cakap senang ler. korang tak rasa apa aku rasa sekarang nie... masyarakat cam dah pulaukan aku... adik beradik pun buat tak tau aje.... aku tak kisah sgt umah kena tarik kete kena tarik nie... aku nak makan pun takde duit.... aku masih ada iman... sebab tu aku minta jauh dr buat mende tak elok2.... aku dah cari laaaaa keje fast food ke mana ker... semua cam tanak ambik aku kerja....  nak pi cari kerja camne duit nak isi minyak pun takde.... doakan supaya kami cepat2 mampus.... supaya tak susahkan korang lagi yea.... tension...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 08:49 PM | Show all posts
Reply 37# puakakuburz


    Pi chow kit, pakai spek itam, bawak tempurung, duk pinggir jalan.. mintak sedekah... ramai jek kaya jadi peminta sedekah.

Nampaknya tuan tak perlu nasihat di sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2010 08:15 AM | Show all posts
sorry ter emosi.... tq utk semua nasihat kalian... tiada hadiah yg lebih berharga daripada sebuah nasihat yang berguna... thanks a lot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2010 08:18 AM | Show all posts
cuba tanya kat SASA ..kedai makan yg kat pbpg tu.
jumpa dgn Hj.Zul
awan Post at 27-10-2010 14:07



   dah pi dah... dia cukup tggu panggil...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.081839 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list