CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zila_hakimie

KRU.. we Love & we Care about U..

    [Copy link]
Post time 12-6-2012 07:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2012 08:04 AM | Show all posts
KRU nynyi lagu aper time showcase arie tuu eehhh....???...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 09:53 AM | Show all posts
KRU bangkit nostalgia
Oleh Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MENYAKSIKAN barisan panjang peminat yang beratur untuk masuk ke ruang pusat hiburan Neverland, Jalan Kia Peng seawal jam 8 pada malam minggu lalu, dapat dibuat kesimpulan bahawa konsert sempena ulang tahun ke-20 KRU sememangnya ditunggu-tunggu peminat.

Sejak pengumuman mengenai penganjuran konsert ini dibuat pada pertengahan Mei lalu, reaksi yang ditunjukkan peminat sememangnya menggalakkan dan sokongan tidak berbelah bagi mereka ditunjukkan dengan kehadiran lebih 1,300 orang ke konsert yang julung-julung kali diadakan ini.

Gabungan peminat dari dua generasi, iaitu yang membesar ketika zaman remaja trio ini serta golongan peminat baru yang bergabung menjadi satu dalam konsert ini, sememangnya mencipta satu kemeriahan tersendiri. Jelas, masing-masing seakan tidak sabar untuk kembali mengimbas nostalgia bersama trio adik-beradik ini serta barisan artisnya yang pernah mewarnai dunia seni.

Tepat jam 8.45 malam, KRU muncul disambut dengan sorakan gemuruh peminat yang seakan tidak sabar melihat aksi mereka. Bagaimanapun, peminat perlu menunggu kerana kemunculan mereka hanya untuk mendengar pesanan daripada Norman mengenai matlamat penganjuran konsert ini.


“Kami berterima kasih kepada sokongan anda semua. Malam ini kami mahu mengimbas semula zaman permulaan KRU sehinggalah sekarang. Saya harap anda akan terhibur,” sepatah kata Norman di tengah kehangatan jerit pekik peminat yang tidak henti.


Tempat sebagai hos konsert digalas oleh Reza Mohamad yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat. Dia seterusnya menjemput VIP yang menyampaikan lagu Lagu Sedih, Baby Shima (Jahat dan Cinta Hello Kitty), disusuli Amirah dari kumpulan Tilu (Ku Bukan Aku) dan Kamalia (Asmaradana). Nyanyian mereka yang mantap dan memikat memberi petanda perjalanan konsert ini seakan menarik.

Selepas itu giliran kumpulan Mojo pula beraksi dengan menyampaikan lagu popular mereka, Andai Ku Bercinta yang kini menjadi siulan ramai. Kehangatan diteruskan lagi dengan persembahan Azhar menerusi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan yang disampaikan dalam cara tersendiri dengan mendapat tepukan meriah.

Suasana bertambah gamat dengan kemunculan Forteen menyampaikan lagu Andai Kau Pergi dan Berdua Bersatu. Vokal mantap empat anak muda ini menggamit sorakan peminat terutamanya remaja wanita. Persembahan untuk sesi pertama diakhiri dengan penampilan Ika Band menyampaikan lagu Permata Pemotong Permata (PPP).

KRU bijak menggunakan ruang yang ada dengan mempromosikan jenama serta produk terbitan mereka menerusi tayangan teaser di skrin gergasi. Paparan mengenai filem dan animasi terbitan KRU Studios ditayangkan. Paling mencuri tumpuan ialah filem 29 Februari lakonan Remy Ishak yang akan menemui peminat pada 30 Ogos nanti.

Sesi kedua persembahan menampilkan Adam yang kembali menghangatkan pentas dengan lagu nostalgia KRU iaitu Janji Tinggal Janji dan Enough Is Enough (Enuff Ezz Enuff) dengan penuh bertenaga. Kemunculan kumpulan X Factor menerusi lagu Sehangat Api sememangnya ditunggu-tunggu peminat.

Menyebut Elite, tentunya kita terbayangkan penampilan Azza, Watie, Linda dan Sasha. Kemunculan kumpulan yang pernah mencetuskan kontroversi ini dengan lagu G.I.G, Trauma (secara acapella) dan Manisnya Senyumanmu berjaya membawa sebahagian peminat ke alam nostalgia. Ternyata suara mereka masih berbisa walaupun sudah lama tidak menyanyi.

Selepas itu, giliran Sofazr menyampaikan lagu Pencinta Terbaik dan Oh La La yang diubah kepada genre rock yang tidak kurang menariknya. Tomok tampil dengan lagu Arjuna manakala Jaclyn Victor dengan lagu popularnya, Sebelah Jiwaku dan Sedetik Lebih. Segmen menarik iaitu ucapan tahniah buat KRU daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut dipertontonkan di layar gergasi.

Semakin lewat malam dan semua artis undangan sudah selesai mengadakan persembahan. Namun peminat masih setia menanti. Akhirnya penantian mereka berbaloi apabila trio ini tampil dengan lagu Mengerti, Awas, Oh La La dan Fanatik. Kali ini nada sorakan dan kegamatan suasana sangat berbeza daripada biasa.

Kelihatannya Norman agak kekok untuk bergoyang apatah lagi dengan mengenakan pakaian kemas berbanding dulunya yang kasual ketika beraksi. Namun ia langsung tidak menjejaskan keceriaan peminat mengikuti persembahan mereka.

“Sebenarnya, susah kami nak pilih lagu yang nak dinyanyikan kerana sampai esok pun persembahan tak habis. Terima kasih buat semua artis yang buat show secara sukarela untuk ulang tahun KRU,” kata Norman yang sering mengusik Yusry kerana sering mendapat sorakan lebih daripada peminat.

Selepas itu, mereka terus menghiburkan lagi dengan lagu Untukmu yang pernah dipopularkan oleh Feminin. Ternyata lagu ini berjaya mengembalikan sebahagian penonton kepada zaman lampau yang sudah lama ditinggalkan. Kepuasan maksimum terus diberikan apabila KRU meneruskan persembahan dengan lagu Apa Saja, Jangan Lafazkan dan Yang Terhangat Di Pasaran.

Kejayaan yang dicapai KRU bukannya kerana hasil kerja keras mereka semata-mata.
Sebaliknya ia terhasil menerusi sokongan kuat ibu bapa mereka iaitu Zarina Fenner dan Abdul Halim. Paparan gambar mereka ketika kecil sehingga dewasa turut dipaparkan di layar gergasi hingga ada sebahagian penonton berasa terharu melihat kebahagiaan keluarga harmoni ini.

Kejutan dilakukan apabila mereka menjemput kedua-dua ibu bapa naik ke atas pentas dan menghadiahkan bunga sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan.
Selepas ini persembahan diakhiri dengan lagu Ganas dan Tiga Kata seterusnya menutup malam indah yang sudah tentunya sukar berulang kembali dalam waktu terdekat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 10:20 AM | Show all posts
yes..part yg rasa klakar bila uncle halim cakap dia tak tau pun malam ni ada concert...tetiba je di bawa ke sini..hahaha..dan part edry cakap kat daddy dia..balik nanti kita jmpa kat rumah..hahaha
memang lawak ar edry...tapi memang best..kru patut buat concert drg je..tak perlu kot jemput artis lain coz ramai peminat tak puas...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 03:37 PM | Show all posts
KRU nynyi lagu aper time showcase arie tuu eehhh....???...
cikmouse Post at 13-6-2012 08:04


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 07:54 AM | Show all posts
15 June 2012..
Genap umur Yusry 39..
Moga panjang umo, murah rezeki...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2012 07:56 AM | Show all posts
sweet..
himpunan twit birthday Yusry

Lisa:
I sayang u @YusryKRU

Yusry
@LisaSurihani love u more, wifey
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 07:57 AM | Show all posts
Norman:
Happy Birthday my dear brother... Yusry. Get well soon, dengar sakit mata...


Yusry:
@NormanKRU thanks dear brother. What a way to celebrate my birthday. With sore red eyes


sweet...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2012 07:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2012 08:23 AM | Show all posts
agak kachak lah staf kru yang tu kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2012 08:26 AM | Show all posts
Ni dari instagram Lisa


Lishby, Yushby... Huh!
Lisa quote
Happy Birthday to special Gem
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2012 08:28 AM | Show all posts
Iols jeles.

Ok, Fine. Zillaby tgh main tenet. Kimieby baru sambung tdo.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 01:15 PM | Show all posts
happy belated birthday yusry...semoga panjang umur dan murah rezeki...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 12:12 PM | Show all posts
Dapat info yang belum sahih : Yusry kena admitted.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2012 03:49 PM | Show all posts
Reply 2034# haiku


    sakit apa??? Mata???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2012 03:49 PM | Show all posts
Moga yushby baik2 aja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2012 05:25 PM | Show all posts
haiku Post at 12-6-2012 09:51


Dasat gak lagi ek crowd....cayaaaaaalh KRU...forever
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 09:09 AM | Show all posts
Reply  haiku
sakit apa??? Mata???
zila_hakimie Post at 18-6-2012 15:49


Yup. Dah discharge semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 11:30 AM | Show all posts
haiku Post at 11-6-2012 14:08


Laaa....apesal Azza n Watie pun gemuk semcm je....
Ingtkan shasha bukan dh bertudung jgk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 11:35 AM | Show all posts
Alaaa.....xadil ar, KRU kne wat round tour tuk konsert ni patutnye....
Frust btl xdpt g aritu....
Wat ar kat JB plak....mcm dulu2 tour 1 malaysia....
Nak sgt2 tgk...dulu mmg xprnh miss konsert dieorg...
Siap dulu kiteorg dpt bodek Pak Halim....
Tumpng kete heols g hotel semata2 nak jumpe KRU pas abes konsert....
mmg sgt2 sporting heols, bile teringt skrg ni klako je....
Somi iols pun dok gelakkan iols je....
Fanatik KRU ar katakan....
Dieorg xjual video konsert tu ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.132860 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list