CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: winamp05

Sultan Abdul Samad Dan Sejarah Selangor.

  [Copy link]
Post time 27-10-2011 11:40 AM | Show all posts
25-27 November 2011 ni akan diadakan Konvensyen Antarabangsa Bugis di UTM, Sekudai, Johor...Perhimpunan mengenai Sejarah, Budaya dan Senibina...aku rasa cam nak gi tapi baru-baru ni aku gaduh dalam kelas Bahasa Bugis bila ada segelintir puak2 Bugis mengaku Melayu tanpa segan  silu macam tak da Siri'  

Lahabau tu perli aku suruh pi konvensyen Diaspora Bugis neh pasal kononnya aku x tahu sejarah clan aku....masalahnya dia tu dari clan mana nak nyebuk sejarah clan orang len...untuk pengetahuan korang orang x malu tu segelintir Bugis2 Sabah yang duduk dalam parti UMNGOK

Perbezaan sejarah dalam Diaspora Bugis tu penting untuk mengenali antara satu sama len...n perlu la belajar menghormati tanpa pukul rata dalam satu2 isu macam isu Zina n anak Luar nikah dikalangan Melayu...aku tahu ramai Bugis yg masih kuat adat malu baca isu2 ni tapi kalau pukul rata orang tu dr kelompok Bugis mmg silap la...sbb korang tak faham2 Siri na pesse lagi...orang tu Bugis kalau dia menyuburkan Siri' dengan Pengadereng...kalau x da Siri' sekali pon dia mesti mati dalam mengembalikan Siri dalam diri dia. So siapa yang mate de'na siri ( mati tanpa siri)..dia bukan mati sebagai Bugis tapi mati sebagai Melayu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2011 11:36 PM | Show all posts
Bawah ni beberapa jenis Siri yang dipegang oleh Bugis Makassar...iaitu asal keturunan Bugis di Selangor ni..maklumat ni aku amik dr blog qadarudddin501

Kepada seseorang yang akan meninggalkan kampung dengan maksud merantau biasanya orang-orang tua mengingatkan supaya jangan berpisah dengan “Saudaranya” yang dimaksud ialah keris atau badik.
Badik dan keris dianggap dapat menebus aib bila menghadapi persoalan “Siri” bukan digunakan untuk menganiyaya tetapi membela kehormatan diri, kehormatan keluarga dan kehormatan tanah air dari bahaya yang mengancam. Kata orang yang bijak besi yang bertuah. Batu permata yang berkhasiat, perempuan yang baik dan bijak adalah mustika dambaan yang selalu dicahari oelh sebagian orang karena dianggap membawa berkah kebahagiaan dan dapat menjadi pelindung pada dirinya.
Siri Sipassiriki = ( )
Arti “Siri” dalam pembagiannya.
“Siri” menurut bahasa ialah malu. Tetapi bukan semua malu itu “Siri”. Siri yang dimaksud adalah harga diri seseorang.
Siri kadang timbul karena aib, kadang timbul karena mau membela kebenaran dan kesucian. Siri bagi orang Sulawesi Selatan utamanya Bugis Makassar merupakan pantangan aib dan pamali.
Siri dapat dibagi menjadi beberapa bagian :
1. Siri Puntana = (Malu tanah air)
2. Siri Kalabini = (Malu keluarga)
3. Siri Batang kale = (Malu Pribadi)
4. Siri Sipassiriki = (Malu yang terkait dengan orang lain)
5. Siri Sipairi-iri = (Malu dan siap berkorban)
Siri Puntana : disebut juga siri Butta, malu terhadap tanah air Negeri tercinta. Siri ini biasanya dimiliki oleh pejuang yang cinta tanah air yang lebih suka mati atau meninggalkan kedudukan dan Negerinya daripada ditindas atau dijajah Bangsa lain karena .
Dahulu banyak Raja-raja meninggalkan kedudukan dan kekuasaannya bahkan meninggalkan Negerinya daripada dijajah oleh Bangsa Asing karena “Siri” malu dijajah, malu melihat Arung Palakka. Berkualisi dan kerjasama dengan penjajah dan kecewa atas perlakuan Gowa terhadap Bone yang mengecilkan harga dirinya dan tidak merasa malu pada Negerinya. Akibatnya banyak pengikutnya yang meninggalkan beliau dan hijrah kedaerah lain seperti Malaysia dan Filiphina selatan karena “Siri”.
Contoh lain seperti Syekh Yusuf = ( ) Beliau meninggalkan Gowa dan hijrah ke Jawa bergabung dengan Sultan Ageng karena malu tinggal di Gowa setelah Gowa jatuh ketangan VOC / Belanda untuk melanjutkan perjuangannya karena “Siri” Nama beliau harum di Benteng dengan nama Maulana Yusuf di Paccelang, beliau dikena Syekh Yusuf Tajul Hayati Hidayatullah dan di Afrika dikenal dengan nama Syekh Yusuf Al-Makassar Al-Jawi Hidayatullah.
Semua gelar ini dicapai karena berjuang mempertahankan budaya “siri”
Siri Kalabine = ( ) artinya malu karena terusik harga dirinya disebabkan keluarganya kabur, kawin lari oleh seseorang yang tidak menempuh jalu adat yang sah sehingga mempermalukan keluarga dan menanggung aib bagi Tumasiri.
Siri yang demikian harus ditebus dengan darah dan pembunuhan yang dibenarkan oleh adat pada waktu itu. Bahkan Tumasiri dianggap lawan yang sukses menjalankan kewajibannya menghapus aib keluarganya dan mendapat pujian.
Siri Batangkale = ( ) malu pribadi, aib yang ditanggung seorang diri tanpa melibatkan orang lain sebagai Tumasiri. Siri ini biasanya terjadi karena perselisihan pribadi antara seorang dengan lainnya sehingga menimbulkan akibat menghina dan terhina karena ditempeleng atau menempeleng kepala.
Kepala menurut adat di Sulawesi Selatan khususnya bagi orang-orang Bugis Makassar dianggap “Lohen Mahfud” artinya pemberian Tuhan yang paling tinggi nilainya dan paling mulia karena terdapat otak dan pikiran yang membedakan manusia dan hewan, karena itu harus dijaga dan dihormati keutuhannya dan patut dilindungi.
Barang siapa mengganggunya dianggap penghinaan dan iab yang harus ditebus dengan darah. Menempeleng merupakan aib dan pantangan serta pamali yang tidak mengenal maaf dan kompromi, harus ditebus dengan darah sekalipun nyawa taruhannya.
Setiap orang yang sudah menempeleng harus siap dibunuh dan membunuh dan jika mau selamat dan aman lebih baik hijrah dan meninggalkan kampung.
Siri Sipassiriki = ( ) artinya malu yang terkait dan menyangkut orang lain seperti saudara, sahabat, teman dan pimpinan. Siri ini ditanggung bersama dalam satu kesatuan dan kumpulan.
Siri ini baru timbul apabila ada pihak ketiga yang disebut “Appkasiri” maka lahirlah Tumasiri. Dan Siri itu tidak memandang siapa dan kedudukannya. Apabila terlibat dalam perbuatan terhina atau menghina seperti menggauli istri orang lain atau memperkosa diluar kebiasaan adat, hukumnya harus dibunuh, tidak mengenal pangkat dan kedudukan. Apakah dia Raja, pimpinan atau orang-orang biasa sama saja karena perbuatannya tidak dibenarkan oleh Adat / Apabila “Siri” terjaga maka hamba akan mengabdi dan menghormati Paduka.
Siri Sipairi-iri = ( ) Siri ini disebut juga siri sipakaindah-indah. Siri semacam ini sangat berguna dan bermanfaat untuk dimiliki seseorang karena dapat meningkatkan gairah hidup dan perasaan sosial dan mudah berpartisipasi dalam pembangunan. Malu apabila tidak terlibat dalam kebaikan, dermawan dan suka menolong. Malu melihat pembangunan terlantar sehingga selalu mau berkorban. Jika dia pelajar malu melihat temannya berhasil sedang dia tidak. Jika seorang petani malu melihat temannya bekerja keras disawah sedang dia tinggal dirumah. Kalau seorang dermawan malu melihat orang menyumbang dan dia ketinggalan.
Siri yng demikian sangat diperlukan dalam pembangunan.
Siri itu tidak selalu berdiri sendiri tetapi kadang terlibat dengan budaya lainnya seperti Pacce atau Passe kemudian menyatu menjadi Siri Napacce yang dapat menimbulkan satu kesatuan dan kebersamaan satu kata dan satu perbuatan sebagai pegangan hidup mempertahankan kebenaran supaya terhindar dari aib nipakasiri. Kalau hal ini terjdi juga maka inilah yang dikatakan Siri Napacce, maka apapun yang terjadi pada diri seseorang itu merupakan takdir, mati atau membunuh.
Adapun Siri yang terkait dengan Sipatuwo si Patokkong artinya sehidup dan semati, Siri Sepenanggungan, hidup bersama matipun bersama, Siri yang demikian ini biasanya terdapat dalam tatanam persaudaraan dalam perantanam atau tatanam hidup dalam perjuangan yang mempunyai cita-cita yang sama kemudian tergusik yang menimbulkan aib, maka aib itu ditanggung bersama mempertaruhkan jiwanya.
Siri Napacce Sipatuwo Sipatokkong pernah dimiliki oleh Karaeng Allu OPPOKA ri Paccelang menentang kehadiran VOC Belanda dan mempertahankan Gowa bersama Raja-raja lainnya dari serangan Belanda. Beliau berjanji kepada Raja-raja lainnya didepan Raja Gowa bahwa kita hidup bersama matipun bersama = / / Untuk mempertahankan Gowa dari empat segi kehidupan = ( ).
Demikian macam-macam pembagian “Siri” yang biasa ditemui dalam buku-buku Lontara serta keterangan dari orang-orang tua dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 12:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 12-12-2011 00:26

Di sini kita dapat faham Bugis2 di Selangor meninggalkan Sulawesi kerana Siri Puntana...dengan melakukan Pasompe...

Sesetengah orang Makassar di Indonesia saat ini tak tahu bahawa Bugis di Selangor Kedah dan Riau adalah suku Makassar...mereka fikir kami adalah Boneh...sebenarnya kami adalah Suku Makassar kerana meninggalkan Somba Opu semata-mata ddisebabkan oleh Siri Puntana.

Persoalannya kenapa Bugis di Selangor tak dapat mempertahankan Siri/Maruah dari menerima kuasa luar seperti British dan Cina?

Sultan Abdul Samad menerima British untuk memastikan kuasa dia bertahan...Bukan sahaja tu Abdul Samad juga berpihak pada Tengku Kudin iaitu seorang putera MELAYU Kedah dengan pakatan Kongsi Gelap Cina dibawah pimpinan Yap Ah Loy..untuk menjatuhkan kaum serumpun dia, BUGIS MAKASSAR iaitu Raja Mahadi (Raja di Kelang) dan Raja Laut.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 12:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 12-12-2011 00:40

Apa beza Sultan Abdul Samad dengan Arung Palaka di Sulawesi?  Kedua-duanya hampir sama...tapi Sultan Abdul Samad lebih teruk sebab memberi peluang kepada penjajah untuk bertapak ke negeri lain. Karekter Sultan Abdul Samad yang jelas dan paling busuk adalah beliau bukan sahaja mementingkan kuasa, malah mengunakan kuasa dr luar untuk mengukuhkan kedudukan dia...dia juga seorang yang Materialistik...hal ini boleh dilihat apabila dia tidak pernah berusaha untuk menamatkan Perang Saudara supaya dia dapat memungut untung lebih dr hasil cukai Bijih Timah yang didagangkan di Sg. Langat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 12:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 12-12-2011 00:42

Dalam hal ini dapat di dilihat Sultan Abdul Samad cuba mendapatkan Siri Sipairi-Iri / Siri Si Pakaindah-Indah dengan cara salah iaitu menjatuhkan Siri orang lain.

Adakah ini yang Bugis Selangor cari selepas menegak Siri Puntana dengan meninggalkan Sulawesi  beribu-ribu kilometer untuk bertapak di bumi asing? Di mana penghargaan kita terhadap perjuangan Marhum-Marhum yang berjasa menentang penjajahan asing dan sama sekali x pernah membuat pakatan dengan bangsa yang x seagama n x serumpun n xsepuak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 11:47 AM | Show all posts
Reply 1005# nobito

salam,
wah...dasyat..dan amat menarik..!

sultan abdul samad lagik?
eehehhehehe...
itu pendapat nobito.

tp pendapat saya,
alang2 nobito dah explen pasal siri2 ni,
menurut siri2 ni:
1. Siri Puntana = (Malu tanah air)
2. Siri Kalabini = (Malu keluarga)
3. Siri Batang kale = (Malu Pribadi)
4. Siri Sipassiriki = (Malu yang terkait dengan orang lain)
5. Siri Sipairi-iri = (Malu dan siap berkorban)

bg sy, sultan abdul samad ni, ada semua siri ni.
sebab baginda seorang yg amat kuat bugis nye.

ok...sultan abdul samad mesti lah amat malu sebabnya, daerah2 selangor terdiri daripada sg bernam, sg selangor, sg klang, sg langat, sg sepang, sg lukut, sg linggi tidak bersatu...di sebabkan pembesar masing2...

terutamanya di Sg bernam...raja hitam.
raja hitam menyatakan bahawa sg bernam adalah milik nya dan merdeka dari selangor dan juga perak.

ok...kemudian malu terhadap perkara yg dilakukan oleh raja mahadi b raja suleiman kerana berselisih faham dengan raja abdullah b raja jaafar kerabat diraja bugis riau dari susur galur daeng parani.

jadik..siri puntana sultan abdul samad amat kuat kat sini.

raja mahadi yg silap kat sini...sebab die menentang pembesar klang pada ketika itu iaitu raja abdullah...sebabnye beliau x nak bayar cukai kat raja abdullah sebab beliau masih menganggap klang ni di bawah raja sulaiman b s. muhammad. padahal secara sah nye bahawa sg klang adalah di bawah pentadbiran Raja Abdullah. lebih2 lagi, raja abdullah berkahwin dengan raja lijah. jadik...benda ni menjadi lebih kuat lagi.,..jadik kat sini ada siri kalabini, batang kale,sipasiriki.

jadik, raja mahadi kene sedar bahawa sg klang ni bukannya di bawah beliau dah.

lgpun, dari mula lg, menurut raja budu b. raja haji b. s. ibrahim, menyatakan bahawa raja haji pernah dilantik sebagai pembesar sg klang slama 25 tahun, then barulah raja suleiman plak yg dilantik sbg pembesar sg klang selepas raja haji mangkat, then pas raja suleiman mangkat, raja abdullah plak dilantik sebagai sg klang...jadik...time tu, raja mahadi perlu lah mengikut segala pentadbiran yg dilaksanakan oleh raja abdullah.

jadik, kat sini, raja mahadi melanggar peraturan raja di selangor.

menurut nobito, sultan abdul samad membuka penempatan baru di sg langat.
then nobito kata, sultan abdul samad mementingkan kewangan dan materialistik.
ok...tp pandangan saya berbeza, bg saya, sultan abdul samad tidak seperti apa yg dikatakan oleh nobito.
kalu, saya nak katakan raja hitam dan raja mahadi materialistik, tu memang betol.
tp sultan abdul samad tak.
sebabnya, banyak benda yg kite leh lihat bahawa sultana bdul samad bukannya materilistik.
baginda menerima elaun $1000 daripada british dan tidak menentang..kalu di pahang, sultan ahmad menentang, sbb dapat elaun sedikit..tp sultan abdul samad tak...
then sultan abdul samad nak duk kat sg langat..kat jugra...walhal, british membina istana di KL utk baginda...sultan abdul samad tak nak ke KL...sebab baginda nak duk jugra...jadik...baginda akan ke istana tu bile ada hal penting sahaja, seperti pembukaan keretapi di KL.
sultan abdul samad sendiri bercucuk tanam dan menyeru rakyat selangor suruh menjalankan aktiviti agrikultur..
kebanyakan kerabat diraja selangor suka dengan sultan abdul samad...apatah lagi penduduk selangor terutamanya di Sg Langat.
sultan abdul samad memberi sumber kewangan kepada penduduk tempatan utk bercucuk tanam.
sultan abdul samad kebanyakan menggunakan elaun sendiri membuka kawasan pertanian, membina jalan kaki di jugra-bandar temasya.
sultan abdul samad memberi sumber kewangan terhadap mangsa bencana alam di cina dan indonesia.turut memberi sumbangan dalam pembinaan victoria instituition..
sultan abdul samad meluluskan dan mencadangkan kerabat diraja selangor mendapat elaun daripada british..
then, ramai yang dapat.

so..kat sini sultan abdul samad ada siri2 yg dinyatakan oleh nobito.

memang, sultan abdul samad buke bandar temasya di sg langat.
kat sini, saya melihat adalah salah satu kebijaksanaan sultan abdul samad, sebab die nak menstabilkan ekonomi negeri selangor akibat perang klang. kalu sultan abdul samad tidak bertindak sedemikian, selangor boleh lingkup...sebab perang klang ni melibatkan seluruh daerrah selangor, dan melibatkan perak, pahang, dan sungai ujong.

jadik kat sini saya melihat sultan abdul samad ada siri kalabini, batang kale, sipasiriki, sipairi-iri, puntana.

ok...pasal tunku kudin...sebenarnya, sultan abdul samad tidak memihak kepada tunku kudin...ini...pegawai british sendiri pernah kata...sebab sultan abdul samad lebih mementingkan anak beranak dan kerabat diraja selangor lagi...

dalam perang klang, sebenarnya, sultan abdul samad tidak terlibat secara langsung dan menyeluruh, kerana mengamalkan siri2 yg dinyatakan oleh nobito.
sebab tu..baginda membiarkan kerabat baginda sendiri menyelesaikan...

raja mahadi sendri yang menyebabkan raja arfah ni putus tunang kerana tidak menghormati sultan abdul samad...sebab dikatakan raja mahadi berhasrat menjadi sultan selangor...then, sultan abdul samad mengahwinkan tunku kudin dengan raja atfah..ini adalah strategi sultan abdul samad utk mengawal politik di negeri selangor...

kebanyakan kerabat diraja selangor menyebelahi raja mahadi kerana siri2 yg dinyatakan oleh nobito manakala kerabat diraja riau di selangor menyebelahi raja abdullah dan puteranya raja ismail, raja impeh, raja hasan, raja muhammad, raja abdul rahman.

time sultan abdul samad betol2 geram dengan raja mahadi bila, raja lijah, saudara sultan abdul samad dan isteri raja abdullah, bersama-sama anaknya raja abdul rahman, datang menghadap sultan abdul samad memohon bantuan supaya menghalang raja mahadi.

then, memberi tanggungjawab ni kepada tunku kudin utk menyelesaikan sebab die org luar...sultan abdul samad taknak kerabat diraja selangor berselisih faham sesama sendiri akibat perbuatan raja mahadi ni. ini adalah salah satu kebijaksanaa baginda..sebab baginda sendiri pernah menyatakan amat mementingkan kerabat diraja selangor.

so...kat sini, sultan abdul samad ada siri kalabini, batang kale, sipasiriki, sipairi-iri...

kenapa nobito kata sultan abdul samd tidak mempertahankan maruah siri di selangor?
bagi saya, baginda mempertahankan siri baginda.

sultan abdul samad taknak pun terima british.

tapi sultan abdul samad terpaksa menerima dan seterusnya, sultan adbul samad mempergunakan british utk memajukan selangor.

sultan abdul samad terpaksa menerima kerana baginda di ugut bahawa raja yaakub terlibat dalam perlanunan yang mana british menggunakan istilah ini utk campur tgn dalm pentadbiran selangor. walhal, raja yaakub adalah pembesar, jadik, adalah tugas beliau utk mengutip cukai.

raja yaakub pula adalah anak kesygn sultan abdul samad. utk menyelematkan puteranya, raja yaakub, sultan abdul samad menerima british dan seterusnya mempergunakan british utk memaajukan selangor.

kat sini, sultan abdul samad mengamalkan siri2 yg dinyatakan oleh nobito.

kalu lah sultan abdul samad tidak mengamalkan siri2 yg dinyatakan oleh nobito, raja mahadi, raja laut, raja mahmud, syed masahor...mesti semua kene hukum bunuh...tapi tak..sultan abdul samad memaafkan meereka dan memperkenankan mereka kembali ke selangor..cume raja mahadi susah skit nak kembali ke sleangor sebab british takot terhadap raja mahadi mungkin akan buat kucar kacir lagi...tapi kembali gak pada tahun 1880...dan mangkat di klang  kot?

kalu nak kate, sultan abdul samad tidak berdendam pun dengan dorg2 ni...raja laut b. sltn mhmmd, raja mahmud b. sultan muhammad, raja mahmud b. tunku panglima raja berkat, raja mahadi b. raja suleiman..
sultan abdul samad memberi kesenangan kepada mereka...
sultan abdul samad menyatakan kepada british supaya membenarkan kerabat diraja selangor berkhidmat dalam penytadbiran sekiranya sesuai.

sebab tu kebanyakan kerabat diraja selangor berkhidmat dengan british time tu..
raja laut sbg penghulu KL, sbg ahli majlis mesyuarat negeri selangor, ahli saniytary board KL.
raja mahmud sbg penghulu hulu semenyih, ahli sanitary board H. Langat.
raja mahmd sbg penghulu sepang dan seterusnya penghulu k. selangor.
adik beradik raja mahadi memndapat elaun daripada british berdasarkan perkenanan sultan abdul samad, antaranya, raja daud dilantik sebagai penghulu di H. Langat.

jadik kat sini, sultan adbul samad tidak menanamkan sifat dendam...apatah lagi...mengahwinkan puteri baginda kepada raja hitam...tunku muteh kot?

kat sini, sultan abdul samad mengamalkan siri2yg dinyatakan oleh nobito.



ini pandangan saya.
kalu salah tulis n ape2 sbb taip laju2 n susah nk cek...
ekekekkekeke...

memang ramai tak suka sultan abdul samad sebab baginda dilantik sebagai sultan selangor ke-4..
bagi saya, sultan abdul samad adalah sultan selangor yg sah dan layak pada ketika itu utk dilantik sebagai sultan selangor ke-4
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2011 08:05 PM | Show all posts
Sultan Abdul Samad sepatutnya membentuk persekutuan...seperti mana yang dibuat oleh kerajaan Gowa dan kerajaan Bone di Sulawesi....bukan merampas hak orang lain tanpa rasa hormat dan menjatuhkan maruah (siriq) saudara2nya sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 08:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 17-12-2011 20:19
sebabnya, banyak benda yg kite leh lihat bahawa sultana bdul samad bukannya materilistik.
baginda menerima elaun $1000 daripada british dan tidak menentang..kalu di pahang, sultan ahmad menentang, sbb dapat elaun sedikit..tp sultan abdul samad tak...


Apa yang aku nampak:-

1. Sultan ni Bodoh n Tolol sebab x tahu menentang
2. Ni ke yang dikatakan Sultan yg membawa kemajuan Selangor????? Jelas n terang yang membawa kemajuan di Selangor (termasuk KL) adalah British n Cina
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2011 08:59 PM | Show all posts
Reply 1006# manuskrip_lama


   
kalu lah sultan abdul samad tidak mengamalkan siri2 yg dinyatakan oleh nobito, raja mahadi, raja laut, raja mahmud, syed masahor...mesti semua kene hukum bunuh...tapi tak..sultan abdul samad memaafkan meereka dan memperkenankan mereka kembali ke selangor..cume raja mahadi susah skit nak kembali ke sleangor sebab british takot terhadap raja mahadi mungkin akan buat kucar kacir lagi...tapi kembali gak pada tahun 1880...dan mangkat di klang  kot?



Tu la yang dimanakan sbg Penegak dan penghidup Siri...ini yang ditakuti penjajah iaitu kedaulatan Bugis dari Sulawesi sehingga ke Bukit Selangor...Kalau meninggal dunia kerana Siriq orang Bugis panggil tu Mate Ri Gollai...mati bermaruah=jihad

Raja Mahadi mangkat di Johor bukan  di Selangor...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 09:02 PM | Show all posts
dalam perang klang, sebenarnya, sultan abdul samad tidak terlibat secara langsung dan menyeluruh, kerana mengamalkan siri2 yg dinyatakan oleh nobito.
sebab tu..baginda membiarkan kerabat baginda sendiri menyelesaikan...


Lebih baek bagi British jadik Soltan kalau camtu....hokhokhok
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 09:05 PM | Show all posts
memang ramai tak suka sultan abdul samad sebab baginda dilantik sebagai sultan selangor ke-4..
bagi saya, sultan abdul samad adalah sultan selangor yg sah dan layak pada ketika itu utk dilantik sebagai sultan selangor ke-4


Memang ramai...kawan aku Jawa banting tu pun kutuk2 si Samad ni...padahal dia duduk dalam Daerah Langat...rakyat Daerah sendiri pon x suka...apatah lagi kami dari Daerah len neh
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 09:18 PM | Show all posts
Reply 1006# manuskrip_lama


   
kalu nak kate, sultan abdul samad tidak berdendam pun dengan dorg2 ni...raja laut b. sltn mhmmd, raja mahmud b. sultan muhammad, raja mahmud b. tunku panglima raja berkat, raja mahadi b. raja suleiman..
sultan abdul samad memberi kesenangan kepada mereka...
sultan abdul samad menyatakan kepada british supaya membenarkan kerabat diraja selangor berkhidmat dalam penytadbiran sekiranya sesuai.



Kesian kene minta kebenaran kat Tuan British...Tuan kepada Abd Samad...syarikat2 ladang British merambah seluruh Selangor...lombong2 bijih timah Cina pegang...tu akibat kalau berpakat dengan bangsa asing untuk jatuhkan sesama Bugis....menderhaka la tu namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2011 07:36 AM | Show all posts
Reply 1012# nobito


ihhihi..
kewll jwpn2 nobito.

tu pndgn nobito.
bg sy,
sultan abdul samad tidak bhasrat pun nk jatuhkn bugis kt selangor ni.
then mmg sultan abdul samad mmg seorg sultn yg bpandangan jauh.

yes...mmg org cina buke lombong tetapi...meraka2 ni adalah di bwh tgg jwb pmbesar melayu dan juge pnghulu melayu.
cthnye di semenyih.
rja mahmud..pnghulu kt sini...beliau la btanggug jwb mjaga n memantau plombongn bj tmh yg di jln kn oleh org cina n juge mlyu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2011 02:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 18-12-2011 14:10

Cerita ni dah masuk ke peristiwa kat Kuala Kubu...ada sapa2 boleh share x?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2011 02:06 PM | Show all posts
Reply  nobito


tu pndgn nobito.
bg sy,
sultan abdul samad tidak bhasrat pun nk jatuhkn bugis kt selangor ni.
then mmg sultan abdul samad mmg seorg sultn yg bpandangan jauh.

yes...mmg org cina buke lombong tetapi...meraka2 ni adalah di bwh tgg jwb pmbesar melayu dan juge pnghulu melayu.
manuskrip_lama Post at 18-12-2011 07:36



   Jauh betul pandangan Si Samad neh...sama jauh dengan pandangan Melayu Mulia Raya lani...hahaha

Cerita pasal lombong ni rasanya dah masuk perang antara Mandailing+Raja Mahadi menentang Tengku Kudin yang membuat pakatan dengan Kongsi Gelap Cina...ganjaran kepada Yap Ah Loy adalah Lombong....kan..kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 03:06 AM | Show all posts
Di sini ditegaskan bahawa perbincangan ini bukan untuk mewujudkan rasa perkauman di Negeri Selangor...kerana bangsa Cina juga adalah sebahagian dari sejarah negeri Selangor (termasuk Kuala Lumpur)...tanpa Cina dan British tidak wujud Selangor (termasuk KL) dan juga Malaysia seperti pada hari ini.

Kita cuma memahami siapa dalang ketidakharmonian di negeri Selangor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2011 07:42 AM | Show all posts
Reply 1016# nobito


ada ape kt kuala kubu?
perang klang ke?
mmg ade perang klang kt situ.
perang klang ni meliputi perak, n9 dan phg.
tak ingat la team sape yg berperang kat kuala kubu.
syed masahor kot?

owh.
heheheheh..
kalu nobito kate ganjaran yap ah loy adlah lmbong, ok,
tp kat sini, yap ah loi ni adalah pekerja kpd tunku kudin n sultan abdul samad.
org2 cina di Selangor ni yg bkerja sbg pelombong adalah pekerja kepada pembesar dan sultan selangor.
kite kene faham kat situ.
then, yap ah loi ni di angkat sbg kapitan utk menjaga kaum cina di selangor terutamanya di KL.

owh.
ehehee..
selangor ni dah maju sejak zaman sultan salehudiin lagi.
org cina adalah pekerja pembesar dan sultan selangor. then sultan melantik seorang kapitan utk mengawal org2 cina ni.
begitu jg, org jawa, kebanyakan mereke bekerja ngan pembesar Selangor. Cth nye raja muda Suleiman, ada pekerja dari jawa, tugas mereka bercucuk tanam di Bandar Langat. Sultan Abdul SAmad pernah kata, maksud baginda lebih kurang macam ni, baginda taknak ada bangsa selain Bugis duk di Kuala Langat tp kalu mereka bekerja dan mengikuti arahan mereka boleh menetap di sini.
kedatangan british ke Selangor meneruskan kesinambungan yg dilakukan oleh raja abdullah.
raja abdullah dh stat dulu majukan Sungai Klang merangkumi Pengkalan Batu dan Ampang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 07:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 11:25 AM | Show all posts
Kalau boleh sambung Cerita '' Perang Saudara Selangor @ Perang Kelang '' di sini
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 02:06 PM | Show all posts
hadoi... jenuh nak khatam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.132609 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list