CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 940|Reply: 3

Kerana Nabil dan Elly, tok Pinaz pun extra sporting dan gila gila jugak

  [Copy link]
Post time 18-11-2022 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by annadonna at 18-11-2022 09:39 AM

Sekali sekala bagi highlight kat tok Pinaz yg classy ini. Harapnya Jihan tak kecik hatilah ya. Seolah olah Jihan tak mampu buat tok pinaz selesa

Guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat mengakui dia selesa dengan warga kerja Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) sehingga ada yang menyifatkan dirinya ‘extra sporting’ ketika berada di posisi juri bagi musim kali ini.

Syafinaz, 49, berkata dia juga senang bekerja dengan hos program tersebut, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.
"Saya hanya jadi diri sendiri. Cuma saya mungkin lebih relak sebab Nabil dan Elly Mazlein. Saya rasa selesa dengan mereka. Jadi bila saya sudah selesa, saya pun akan ‘naik gila’ juga.

“Mungkin ramai orang tak percaya. Dulu-dulu saya ada cakap saya ni seorang yang gila-gila. Hanya orang yang rapat sahaja yang tahu saya jenis yang bagaimana. Tak kenal maka tak cinta.

“Kalau nak kata ‘extra sporting’ musim kali ini, mungkin kerana saya sudah selesalah. Begitu juga dengan barisan juri, memandangkan sudah terbiasa kerja dengan mereka juga sebelum ini,” katanya kepada MH.

Syafinaz yang sinonim menerusi lagu Ingin Bersamamu turut mengulas mengenai pendekatannya di dalam memberikan komen infotmatif dalam soal teknik vokal kepada para peserta.

“Kalau anda melihat cara saya beri komen sama sahaja. Cuma bezanya ialah jenis pertandingan. Macam sekarang, ia GV. Jadi kita akan bercakap dengan mereka yang sudah biasa menyanyi.

“Ia berbeza macam contoh seperti Big Stage atau Bintang RTM yang mana pesertanya terdiri daripada mereka yang masih baharu nak menyanyi. Jadi cara bercakap itu berbeza.

“Malah ada juga pertandingan yang mempunyai cikgu vokal sendiri. Jadi bila saya beri komen itu, ia sebenarnya adalah untuk cikgu vokal itu juga. Bila dia mendengar, mungkin ada yang boleh diperbaiki,” katanya lagi.
Terdahulu, penampilan Syafinaz pada konsert minggu kesembilan, GV9 pada Ahad menuai kritikan segelintir netizen apabila dikatakan s3ksl dan tidak sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

Syafinaz dilihat memakai busana yang menggunakan material kain net, sehingga seolah-olah menampakkan kulit pada bahagian dada dan lengannya.

Rata-rata netizen berpendapat pakaian sebegitu tidak seharusnya dipakai dalam sebuah program yang ditonton seluruh lapisan usia.

“Baju Syafinaz sangat tidak sesuai,” komen seorang pengguna Twitter.

“Tiada siapa ke nak tegur baju Syafinaz agak seksi untuk konsert GV9 malam ini (semalam),” ciap seorang lagi netizen.

Sebelum ini, penampilan Syafinaz sering meraih pujian ramai pada setiap konsert kerana kerap tampil dengan busana anggun dan unik.

Sumber: MH, KOSMO! ONLINE

http://gengjoyah.com/datuk-syafinaz-ulas-soal-extra-sporting-di-gv9-mungkin-lebih-rileks-sebab-nabil-elly-saya-selesa/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2022 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia juri tbaikla yg ada kt Malaysia… ada knowledge ayat pun tersusun elok, good visual n skg sporting pndai buat kelakar… klu bias sikit tu biasala manusia kan… hope xde lagi la acik kepam yg suh ganti dia hanya sbb kekonon sheols bias.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2022 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Awal2 dulu biasalah kontrol... Lama2 dah selesa, all out malas dah tu kontrol.

Sama mcm Tok ram.. Now dah lapuk kat GV, dah biasa je selamba memberi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2022 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
ok je tok nas..xde la macam juri yg suka kirim salam..cantik baju harini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.440110 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list