CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5963|Reply: 68

[UPDATE ] ~ Kereta Hibrid Proton; Exora Extended & Saga Elektrik

[Copy link]
Post time 2-11-2010 08:51 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by tokapi at 9-11-2010 17:12

PROTON DALAM ERA TEKNOLOJI HIJAU

1. Pada 6hb November kereta Proton Exora telah menang pertandingan kereta zaman akan datang yang dianjurkan oleh RAC (Royal Automobile Club - United Kingdom). Pertandingan ini melibatkan hanya kereta-kereta otomobil yang tidak terlalu mencemar udara dengan pengeluaran asap, karbon dioksida dan monoksida.

2. Hampir semua syarikat-syarikat otomobil di dunia telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dengan kereta elektrik dan hybrid ciptaan mereka untuk masa depan (future). Kereta-kereta ini dikehendaki berjalan dari Brighton ke London, perjalanan sejauh lebih kurang 60 batu (miles).

3. Diantara jenama yang terkenal yang mengambil bahagian ialah Toyota (Jepun), Volkswagen (Jerman) dan General Motors (Amerika Syarikat). Ada yang mengambil bahagian dengan kereta yang sudah dipasarkan dan ada yang belum dipasarkan.
   

4. Proton menyertai dengan sebuah kereta Exora untuk pertandingan ini yang menggunakan sistem yang, selain daripada amat kurang mencemarkan udara tetapi juga menggunakan bahan bakar petrol yang amat sedikit.

5. Exora mendapat tempat pertama dalam kategori Extended Range Electric Vehicle (kereta elektrik yang ditingkatkan jarak perjalanannya) serta juga memenangi dalam semua kategori termasuk kereta elektrik (EV - Electric Vehicle), kereta yang ditingkatkan jarak perjalanan (extended range EV), hybrid (menggunakan enjin petroleum dan elektrik bersama) dan minyak disel.

6.  Exora mencatat ekonomi penggunaan petrol sebanyak 136 batu (miles) bagi satu gelen. Tempat kedua hanya mampu mencatat jarak 62 batu (miles) bagi satu gelen - iaitu kurang separuh daripada kebolehan Proton Exora.

7. Keputusan pertandingan ini jelas menunjukkan yang teknologi Proton jauh lebih baik daripada teknologi lain-lain jenama.

8. Sementara itu Proton Saga elektrik juga mendapat kemenangan tetapi syarikat-syarikat lain membuat protes.  Pihak Proton telah membantah terhadap protes ini.

9. Selain daripada kurang mencemar udara dan jarak perjalanan bagi satu gelen petrol kereta Exora dan Saga mampu memuatkan jumlah penumpang sepenuhnya dan bootnya (tempat simpanan barang) juga mempunyai kapasiti biasa. Hampir semua kereta lain terpaksa menggunakan boot dan tempat duduk belakang untuk bateri.

10. Kejayaan Proton dalam pertandingan ini membuktikan kemampuannya bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi dunia dalam teknologi elektrik, extended range electric dan hybrid.

11. Proton sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan Saga Elektrik dan Exora Extended Range untuk pasaran dunia.  Buat kali pertama Proton mempunyai harapan untuk bersaing dalam pasaran kereta bermotor di seluruh dunia.


http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/11/proton-dalam-era-teknoloji-hij.html

---- Berita Sebelum Ini----

Proton tawar kereta hibrid bawah RM100,000

02/11/2010 7:43pm


PETALING JAYA 2 Nov. - Proton Holdings Bhd. meninjau untuk menawarkan kereta hibrid pertamanya pada harga kompetitif di bawah RM100,000, kata Penasihatnya Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Dijangka dilancarkan secara komersial tahun depan, Proton dikatakan membangunkan enjin hibrid serta enjin elektrik dengan syarikat British Frazer-Nash Research, LG dari Korea Selatan dan anak syarikatnya yang berpangkalan di Britain, Lotus.

Dr. Mahathir yang merupakan bekas Perdana Menteri berkata, pembangunan kereta hibrid merupakan sebahagian daripada inisiatif Proton untuk beralih kepada teknologi hijau.

"Kami kini menghentikan reka bentuk dan dalam proses menambah baik prestasi kereta. Kami akan membuat pengumuman tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kereta edisi ulang tahun ke-25 Proton kepada sembilan pembeli pertama di sini.

"Harga kereta hibrid akan tinggi sedikit berbanding kereta biasa kerana bateri amat mahal. Bagi pengeluar kereta terkenal, kereta hibrid, akan tiga kali lebih tinggi daripada kereta biasa.

"Kereta kita, saya rasa di bawah RM100,000,” kata beliau. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm

--------

Rasa2nya ni kerte hibrid konsep emas tu ke atau kete lain ek?
Harga mahal sebab bateri mahal... kalau proton buat hibrid siap ngan solar power lagi mantap ape... caj bateri pakai solar... kalau kat Malaysia tu sesuai sangat.... cahaya matahari insya Allah ada je sepanjang tahun... malam je x de... hehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2010 10:46 PM | Show all posts
honda civic hybrid pun 108k je.. mcmana dikatanya rega kete hybrid non-proton 3x ganda mahal??
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 10:55 PM | Show all posts
mungkin maksud dia kete sememangnya hybrid cam prius atau insight...sbb dua kete ni mileage lebih jimat dr civic hybrid or lain2 kete yg add on hybrid...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 10:58 PM | Show all posts
Proton tawar kereta hibrid bawah RM100,000
02/11/2010 7:43pm


PETALING JAYA 2 Nov. - Proton Hol ...
tokapi Post at 2-11-2010 20:51



    saya pernah baca, battery kereta civic hybrid almost 10k or more lebih kurang macam itu jika ingin tukar.sila betulkan saya jika silap
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 11:02 PM | Show all posts
macam mana rupa keretanya?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 11:02 PM | Show all posts
honda civic hybrid pun 108k je.. mcmana dikatanya rega kete hybrid non-proton 3x ganda mahal??
pessona Post at 2-11-2010 22:46



   mungkin kamu tidak memahami maksudnya?beliau mengatakan kereta hybrid harga 3x lebih tinggi daripada kereta non hybrid.
di mana saya berpendapat maksudnya cost pengeluaran oleh pengeluar kereta.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2010 10:13 PM | Show all posts
Setakat copy & paste model kete lain pastu bubuh logo 'Thundercat' camna tu :re:
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:18 PM | Show all posts
janji jimat dan tak mahal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2010 11:24 PM | Show all posts
janji jimat dan tak mahal
KingNepTune Post at 3-11-2010 23:18



    Harap2 gitu la.. Bawah RM 100, 000 tapi mesti mahal sikit dari keter biasa... teknologi tu masih mahal sebab baru di peringkat permulaan di negara ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:29 PM | Show all posts
bateri kereta hybrid kena tukar bape tahun sekali?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:51 PM | Show all posts
under rm100k ttp dikira mahal bagi golongan berpendapatan sederhana macam aku...

keter proton hibrid ni pasaran utk sape sbnrnye?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 12:01 AM | Show all posts
Setakat copy & paste model kete lain pastu bubuh logo 'Thundercat' camna tu
tayo_pancit Post at 3-11-2010 22:13


untuk industry permotoran sekarang perkara sebegini sudah tidak asing untuk mana2 syarikat pengeluaran kereta.
sama ada kamu ingin membaca or not sahaja untuk mengetahuinya
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 12:03 AM | Show all posts
saya pernah baca, battery kereta civic hybrid almost 10k or more lebih kurang macam itu ji ...
Vokuro Post at 2-11-2010 22:58
rasa dlm rm17k laa......
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 12:16 AM | Show all posts
so,xkan gune minyak petrol lg ke kete hybrid ni..bankrep petronas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2010 07:31 AM | Show all posts
so,xkan gune minyak petrol lg ke kete hybrid ni..bankrep petronas
kentutmanis Post at 4-11-2010 00:16



    Kalu tak silap aku kan, sebab dia panggil hybrid ialah kerana bole pakai kedua-dua sumber... minyak & letrik... kan?

Kalau mcm tu, nnt Petronas kena buat stesen ntuk caj bateri la....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 08:03 AM | Show all posts
ingat bawah 100K tu murah ke? kancil 2ndhand harga 17K pon gigil nk bayar bulan2.....bukan sume org kaya kat malaysia ni. org susah di suruh berjimat..tah apa yg nk dijimatkan lg tah lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2010 08:06 AM | Show all posts
ingat bawah 100K tu murah ke? kancil 2ndhand harga 17K pon gigil nk bayar bulan2.....bukan sume org  ...
kenarikelabu Post at 4-11-2010 08:03



    Sebab tu diberi pilihan... kalau rasa tak bleh blah, bole pakai proton saga.. atau just viva ke... kalau tak leh gak, pakai Honda Ex..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 08:07 AM | Show all posts
RM99,999.99 pon bawah RM100,000.00 gak
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 08:08 AM | Show all posts
poton saga BLM hybrid.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2010 08:10 AM | Show all posts
Aku dulu pakai Honda Ex je.. tak mampu hibrid mibrid ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.548756 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list