CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10743|Reply: 22

Puisi Sains : Kemandirian Elektron (Sebuah Pengorbitan Maya)

[Copy link]
Post time 3-11-2010 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by attokz at 3-11-2010 10:56

* satu lagi puisi sains untuk mengubah mood. Puisi ini terhasil sewaktu berada di tingkatan 4, di sebuah sekolah di selatan tanahair. Nikmati~

Kemandirian Elektron (sebuah pengorbitan maya)

Usah dimimpi ketemu wajahku
Usah diangan menduga gagahku
Aku mampu menggegarkan dunia
Jangan kau pandang sebelah mata
Tanyalah pada semua
Tanyalah pada Rutherford
Tanyalah pada Thomson
Mereka pernah menjejaki ku
Akulah si kecil elektron.

Pada jisimku yang hilang di mata
Aku setia mengorbit nukleusku
Menemani proton teman sejati
Negatif dan positif
Ibarat irama dan lagu
Terganding setia mencurah jasa.

Lihatlah diriku
Pada medan elektrik dan medan magnet
Aku terpesong terhadap sinar katod
Bertaburan menebar cas di dalam medan
Juga pada hentaman zarah alfa
Kasihan kerajang emas
Tak mampu menahan bobosnya diriku
Terbukti sahih
Aku wujud
Kerana mampu melantun semula.

Wahai khalifah bumi maya
Kalian sudah sebati dengan diriku
Alirkanlah arus pada filamen pijar
Kelak terpancar cahaya penerang gelita
Aku punyai tenaga yang secukupnya
Untuk teruja lepas bebas
Kalian gelarkan pancaran termion.

Kalian sungguh bijak
Mengubah voltan merentasi anod dan katodku
Aku berubah halaju
Lurusnya larianku
menerobos silinder keramat
Aah! Terasa seperti tertembak
Kalian gelarkan senapang elektron.

Namun usah dibimbangkan
Senapang hasilanku kalian mesrai
Pada indahnya paparan imej kaca tv
Juga pentingnya pemantauan grafik
Osiloskop sinar katod.

Baktiku tertumpah lagi
Tenaga kinetikku tertingkat pada aras tertinggi
½ mv² rumus berguna
kalian terbitkan pada hentaman logam
aku hilang tenaga
sinar pula yang terasa
kalian gelarkan sinar-X.

sahabat fasaku sinar-X
tak terjangkau pada pandangan mata
tak terpesong pada sebarang medan
tak termampu menembusi plumbum
mempendaflourkan lapisan platinosianida
kesanku pada plat fotografi
itulah sifatku
ambillah faedahku pada radiografi perubatan
juga pada radioterapi kanser
aku melindungi keselamatan kalian
memeriksa barangan di lapangan terbang.

Masa terus berlalu
Eksploitasi diriku sungguh menakjubkan
Pantasnya larianku pada litar terkamil
Cip-cip kawalan mesin dan komputer
Merangkaikan dunia atas talian digital
Komunikasi 3 dimensi
Serata dunia bisa merasa
Gandinganku gelombang elektromagnet
Tersasar pada canggihnya MEASAT
Terasa kecil alam ini
Terkuantum pada bongkah kerangka.

Sebaiknya pada pertengahan
Selebihnya menempah kecelakaan
Kalian gegarkan aku pada pecutan neutron
Haba dan sinar terbebas
Nukleus terbelah, terlakur dan berantai
Uranium dan kripton berpuaka
Menjadi dasar segala punca
Kalian gelarkan tindakbalas termonuklear.

Kalian juga menjadi mangsa
Apabila meletupnya stesen bersejarah Chernobyl
Berkurun tidak selesa dunia ini
Manusia termutasi, genetik terganggu replikasi
Puas menyeru dari Peranchis ke China
Seluruh jagat hentikan keangkuhan
Namun tak jua tertempa kedamaian.

Mahukah kalian saksikan
Aku membawa muyon dan quark
Berganding bersama alur foton
Menggegarkan lagi dunia ini
Hingga hancur di tangan kalian.

Fikirkanlah semua
Tertimbang atas keadilan
Diriku milik bersama
Tertumpah dari kurniaan Yang Maha Kuasa.


AttOkz Dikulgai
Science Stream - Puisi Sains
Akademia BdrTskSltn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2010 10:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 3-11-2010 10:51

Reply 1# attokz

di angan... diangan
dimata... di mata
Nukleus terbelah,terlakur.. Nukleas terbelah, terlakur...
tq.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 10:56 AM | Show all posts
Ok, dah betulkan.
Terima kasih krn membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:19 AM | Show all posts
tak paham la attokz... sedihnya

sakit kepala as baca ..

kata nak terang istilah sekali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 11:23 AM | Show all posts
tak paham la attokz...  sedihnya

sakit kepala as baca ..

kata nak terang istilah  ...
assafdiyah Post at 3-11-2010 11:19

Erk..
Apa yang As tak faham?
Isitilah mana yg tak jelas?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:28 AM | Show all posts
bukan setakat istilah pelik je tak paham... semua nya..

as kan bukan org sains macamana nak faham... sedih sungguh kalau puisi agama tu mudah la as faham walaupun serumit mana ayatnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-11-2010 11:59 AM | Show all posts
bukan setakat istilah pelik je tak paham... semua nya..

as kan bukan org sains macamana nak f ...
assafdiyah Post at 3-11-2010 11:28


Erk,
maafla.
Namanya pun puisi sains. Ilmu fizik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 01:48 PM | Show all posts
Erk,
maafla.
Namanya pun puisi sains. Ilmu fizik ni.
attokz Post at 3-11-2010 11:59



   la ingat kan nak tolong terang rupanya nak cakap je ILMU FIZIK
  nanti as buat puisi agama biar attokz baca sampai tak faham.... hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2010 02:22 PM | Show all posts
la ingat kan nak tolong terang rupanya nak cakap je  ILMU FIZIK
  nanti as buat puisi  ...
assafdiyah Post at 3-11-2010 13:48

Ok gak tu.
Buat sehingga tingkat pemahaman para salik dalam maqam Musyahadah ye.
Yang bisa membuatkan jiwa nanar dalam wit yang fana.

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 05:08 PM | Show all posts
Ok gak tu.
Buat sehingga tingkat pemahaman para salik dalam maqam Musyahadah ye.
Yang bisa membu ...
attokz Post at 3-11-2010 14:22


takpelah... orang kecil macam saya ni tak layak untuk berpuisi sehebat attokz... baca jelah dan cuba-cubalah faham sendiri... saya tak mampu nak membina puisi hebat macam sasterawan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 05:17 PM | Show all posts
takpelah... orang kecil macam saya ni tak layak untuk berpuisi sehebat attokz... baca jelah dan  ...
assafdiyah Post at 3-11-2010 17:08

saya pun tak hebat As.
masih belajar juga. marilah belajar bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 05:26 PM | Show all posts
saya pun tak hebat As.
masih belajar juga. marilah belajar bersama.
attokz Post at 3-11-2010 17:17


nak belajar bersama macamana... minta terangkan kat attok pun tak mahu terang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 05:36 PM | Show all posts
nak belajar bersama macamana... minta terangkan kat attok pun tak mahu terang...
assafdiyah Post at 3-11-2010 17:26

As tak fhm yg mana?
meh sy terangkan meh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 06:17 PM | Show all posts
Mahukah kalian saksikan
Aku membawa muyon dan quark
Berganding bersama alur foton
Menggegarkan lagi dunia ini
Hingga hancur di tangan kalian.
attokz Post at 3-11-2010 10:28


Wow woww..

Bintang pun aliran sains, tapi ngaku (dengan malunya - tutup muka ) tak pandai wat puisi sains..

Sambung belajar pun tak menjurus sains dah... bidang keje jauh la sangat-sangat... la ni, jadi minat sastera la pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 07:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by assafdiyah at 4-11-2010 07:43
As tak fhm yg mana?
meh sy terangkan meh.
attokz Post at 3-11-2010 17:36



    gitulah atok dengan cucunya hihi
    cuba attokz terangkan secara ringkas tapi menyeluruh puisi tu cerita mengenai apa secara mudah
mengikut kefahaman  as selaku bukan org sains...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 08:27 AM | Show all posts
gitulah atok dengan cucunya hihi
    cuba attokz terangkan secara ringkas tapi menyelu ...
assafdiyah Post at 4-11-2010 07:39



Puisi ni cerita pasal elektron kot
penemuannya..fungsi2nya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2010 08:35 AM | Show all posts
Puisi ni cerita pasal elektron kot
penemuannya..fungsi2nya...
Goldkey Post at 4-11-2010 08:27



   elektron tu apa ? dah lama sgt tinggal alam sekolah... ada belajar ke kat sekolah dulu ? tak ingat lak
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 08:39 AM | Show all posts
elektron tu apa ? dah lama sgt tinggal alam sekolah... ada belajar ke kat sekolah dulu ? ta ...
assafdiyah Post at 4-11-2010 08:35



    kalau tak silap saya caj negatif dalam arus eletrik...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 08:43 AM | Show all posts
kalau tak silap saya caj negatif dalam arus eletrik...
Goldkey Post at 4-11-2010 08:39



   isk isk... jahil benar rasanya ... nak tanya lelebih pun segan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2010 04:16 PM | Show all posts
Terima kasih pada Goldkey yang tolong jawabkan bagi pihak. Secara asasnya betul la tentang apa yang Goldkey cakap tu.

Pada As & Bintang, saya sertakan beberapa info untuk pemahaman. Kita kongsi-kongsi la ye.

1. Mengikut teori material, kewujudan setiap benda mempunyai partikel terkecil yang dikenali sebagai atom.

2. Atom berasal dari perkataan Yunani ~ Atomos bermaksud tidak boleh dibahagi lagi. diperkenalkan oleh saintis Yunani bernama Demokritus pada 450SM.

3. Setiap atom mengandungi partikel subatom ~ gelang Elektron dan teras atom.

4. Gelang elektron atom mempunyai cas negatif

5. Teras atom mempunyai neutron dan proton.

6. Proton bercas positif manakalan neutron bersifat neutral.

7. Keterikatan antara gegelang elektron disebabkan oleh elektromagnetik.

8. Ketika sebuah elektron dipercepat, ia dapat menyerap ataupun memancarkan energi dalam bentuk foton

9. Pada 1986, saintis Britain J.J Thomson membuat eksperimen tentang pecutan elektron yang menyebabkan partikel baru yang dikenali sebagai sinar katod ~ yg dikelaskan bukan sebagai gelombang atau atom.

10. pada 1914, ahli fizik Ernest Rutherfort membuat eksperimen membuktikan kewujudan elektron secara garis lurus melalui zarah alpha pada kerajang emas.

Dan selebihnya adalah tentang kesan dan kegunaan elektron dalam kehidupan. Juga tentang jika elektron disalahgunakan.
Sebab tu di akhir para, mengingatkan tentang pilihan kebijaksanaan manusia terhadap kurniaan yang Maha Khalik ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.356580 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list