Teringat zaman sekolah dulu, Masuk dlm plastik letak sambal kicap.. remuk kan sampai hancur..curah sambal sesuka hati, biarkan kembang @ sebati dgn mee siput, baru ngap! Zaman2 sekolah dulu harganya 5 sen satu + sebungkus sambal tumis ikan bilis. Kini kalau mengidam kena balik Muar…
Makan mee siput ni mmg berhantu. Masa kecil2 dulu selalu cicah dengan kuah cili. Sekarang sudah tukar..suka makan dengan kicap cili pula. Sekali dah makan memang tak boleh berhenti.
Dengar nama aje memang kelakar bukan? bentuk macam maruku, makan dengan sambal pulak tu. Pelik! Mana ada maruku makan dengan sambal. Tapi, sedap. Belum cuba belum tahu.
Pernahkah anda dengar snek mee siput? Mee Siput ni sebenarnya snek @ makanan ringan tradisi orang Muar. Cari la di tempat lain, Melaka yang berjiran dengan Muar ni pun takde mee siput…apatah lagi daerah @ negeri lain..
|