CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 616|Reply: 2

[Tempatan] Harga makanan di restoran, pakar-pakar ekonomi sekolahkan Rafizi

[Copy link]
Post time 23-1-2023 11:37 PM | Show all posts |Read mode
Banyak faktor tentu harga makanan di restoran, ahli ekonomi beritahu Rafizi
Story by Jason Thomas • 10h ago


PETALING JAYA: Pandangan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bahawa restoran harus menurunkan harga sejajar dengan kejatuhan kos bahan mentah tidak tepat, kata ahli ekonomi.

Nazari Ismail daripada Universiti Malaya, yang menyifatkan komen Rafizi sebagai “sukar difahami”, berkata mekanisme pasaran negara bermakna restoran yang meletakkan harga yang tidak munasabah secara semula jadinya akan kehilangan pelanggan kepada penjual yang mengenakan harga berpatutan.

Katanya, selain bahan mentah, faktor lain seperti sewa, upah dan kos pengangkutan turut memainkan peranan dalam menentukan harga.

“Jadi walaupun harga sesetengah bahan turun, pemilik restoran mungkin memilih untuk mengekalkan harga hidangan bagi memastikan keadaan kewangan mereka baik,” katanya.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Pendidikan Pasaran Carmelo Ferlito mencadangkan bahawa Rafizi mungkin tidak mengikuti perkembangan konsep ekonomi dalam konteks moden.

Katanya, Rafizi “belum faham” bahawa bukan kos pengeluaran sahaja yang menentukan harga jualan.


“Pendekatan ini tidak lagi diamalkan dalam ekonomi sejak tahun 1870-an,” kata Ferlito.

“Harga ditentukan oleh bekalan dan permintaan, bukan sebab kos pengeluaran tinggi.

“Permintaan tinggi berpunca daripada faktor seperti musim perayaan, peningkatan perbelanjaan akibat permintaan terpendam sejak beberapa tahun lepas (semasa wabak Covid-19), dan kos pengambilan pekerja yang lebih tinggi, yang tidak mampan kerana ia dijana oleh dasar fiskal yang meluas.”

Tambahnya, lebihan wang dalam edaran disebabkan oleh kadar faedah rendah yang berpanjangan, dan pelbagai pakej bantuan sejak wabak bermula, turut memainkan peranan penting dalam mewujudkan permintaan yang tinggi.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Terengganu pada Jumaat, Rafizi berkata, walaupun kos pelbagai bahan menurun, harga makanan di beberapa restoran dan gerai terus meningkat.

Beliau menasihatkan pengguna agar mengelak kedai makanan yang mengenakan harga tidak munasabah.

Seorang lagi pakar ekonomi berkata, niat sebenar kenyataan Rafizi mungkin “sesat” dalam cara ia disampaikan.

Barjoyai Bardai daripada Universiti Tun Abdul Razak (UTAR) berkata, walaupun bersetuju dengan sentimen Rafizi, beliau merasakan menteri itu sepatutnya menyampaikan pandangannya dengan cara yang lebih “halus”.

Katanya, harga pasti akan menjadi tinggi kerana banyak pengusaha makanan sedang berusaha untuk mendapatkan semula keuntungan yang hilang semasa wabak, justeru penurunan harga bahan mentah tidak semestinya bersamaan dengan penurunan harga.


Barjoyai berkata, kerajaan harus berusaha ke arah memupuk “pengguna rasional” yang lebih sensitif tentang harga, sedar tentang pelbagai pilihan yang mereka ada dalam pasaran, dan maklum tentang konsep seperti bekalan dan permintaan.

Tambahnya, dalam jangka panjang, kerajaan juga harus mengingatkan perniagaan tentang peranan yang mereka mainkan dalam masyarakat dan keperluan untuk memberikan manfaat yang lebih besar kepada masyarakat – bukan hanya memikirkan keuntungan.

“Keuntungan akan datang secara semula jadi dalam jangka masa panjang. Penjual yang tamak hanya memikirkan keuntungan jangka pendek.


“Mereka tidak akan dapat bertahan dalam jangka panjang,” katanya.

sumber: freemalaysiatoday.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2023 11:56 AM | Show all posts
jangan pertikai kan lah apa yg menteri cakap

semua ni adalah pilihan rakyat, rakyat telah memberi mandat kpd ph
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.112062 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list