CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1755|Reply: 4

"Lelaki Mudah Je", Berhenti Untuk Kencing Dekat Tepi Semak, Dalam Samar-Samar Zul Nampak Ada 'Bungkusan' Misteri!

  [Copy link]
Post time 31-1-2023 07:35 PM | Show all posts |Read mode
DEMI mengumpul wang untuk berkahwin, rider penghantar makanan ini sanggup bekerja siang dan malam sejak setahun yang lalu.

Hanya mahu dikenali sebagai Zul, 27, dia bagaimanapun serik untuk keluar bekerja pada waktu malam selepas mendakwa terlihat kelibat pocong di satu kawasan di Rawang, Selangor, baru-baru ini.

"Saya dulu ada kerja proper tapi diberhentikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sejak itu saya jadi rider. Tahun lepas saya bertunang, jadi terpaksalah kerja lebih masa, siang dan malam.

"Ketika hantar makanan di Rawang minggu lepas, saya rasa tak tahan nak kencing. Stesen minyak pun tak jumpa. Jadi saya berhenti dekat tepi kawasan semak, saya kencing je la kat situ. Lelaki mudah je.

"Masa kencing tu, saya dengar bunyi benda bergerak dalam semak. Saya tengok daun-daun pokok bergerak. Dalam samar-samar saya tengok ada benda berbungkus dalam kain putih lusuh," ujarnya memulakan cerita.

Menurut Zul, dia cuba bersangka baik dan cuba mengamati kehadiran 'bungkusan' misteri itu sebelum dikejutkan dengan wajah hitam yang buruk di bahagian atasnya.

"Saya nampak kain putih buruk tu. Ingatkan ada orang buang sampah kat situ. Bukannya cerah, nampak tak nampak je. Saya pun selamba suluh dengan torchlight telefon.

"Rasa nak tercabut jantung tengok muka hitam buruk, macam ada darah dekat muka tu. Masa tu baru saya terfikir bahawa itu pocong. Tiba-tiba bau busuk kuat gila. Tak sempat zip seluar saya lari ambil motor.

"Rokok dan mancis saya pun terjatuh kat situ. Memang tak fikir dah. Saya terus pecut sampailah ke kawasan perumahan. Cerah la sikit ada lampu. Mujurlah juga kejadian berlaku selepas hantar makanan. Jadi saya terus balik rumah," ujarnya lagi.

Menurut Zul, dia yang terkejut dengan kejadian itu mula tidak sedap badan dan bangun dalam keadaan menggigil pada esok pagi.

Kejadian itu juga menyebabkan Zul demam beberapa hari dan terpaksa bercuti daripada melakukan kerja-kerja penghantaran makanan.

"Tiga ke empat hari juga saya demam. Tapi ini bukanlah kejadian pertama. Dulu masa duduk asrama pun pernah nampak. Tapi kejadian kali ni memang betul-betul real, nampak depan-depan, dekat pula.

"Sekarang dah jarang saya on waktu malam. Selepas Maghrib je saya dah balik. Tak berani lagi nak kerja sampai waktu malam.

"Alhamdulillah, selepas kejadian itu, saya juga ada terima panggilan temuduga. InsyaAllah kalau dapat kerja lain, saya dah tak perlu jadi rider," ujarnya lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2023 07:36 PM | Show all posts

Zul trauma selepas mendakwa terserempak pocong ketika bekerja pada waktu malam. (Gambar Hiasan)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2023 07:36 PM | Show all posts

Zul terkejut melihat bungkusan putih dengan wajah hitam ketika berhenti kencing di tepi semak. (Gambar Hiasan)
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 01:52 PM | Show all posts
orang yang ada sixth sense cakap, kalau tetiba bertembung dengan gula2 ni, kita tarik je ikatan kat kepala dia tu nanti dia menangis pastu lari, betul ke eh? iols baca kat porem ni jugak sebelum ni cuma terlupa nak tanya. Sebab gula2 tu pun macam terkejut kita nampak dia, dan kita pon terkjut sama nampak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 02:09 PM | Show all posts
takut tak sempat tarik tali terus cabut lari hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.079612 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list