CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31352|Reply: 2

Peraturan LP & Earning Credit (Updated: 24/4/2011)

 Close [Copy link]
Post time 22-11-2010 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dauswq at 24-4-2011 11:26




Selamat datang ke Bod Politik Tempatan. Dengan ini diisytiharkan peraturan-peraturan bod Politik Tempatan seperti yang tertera di bawah. PERATURAN TIDAK TERHAD KEPADA MODERATOR/MODERATOR PRACTITIONER. Kebanyakan peraturan-peraturan tersebut adalah digariskan oleh Admin dan Supermoderator dan penambahan peraturan-peraturan khas untuk bod ini sepertimana dipersetujui oleh semua mod bod Politik Tempatan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Reply Posting

1. Sebarang post yang mempunyai unsur-unsur serangan peribadi, provokasi, sindiran menjurus kepada pertengkaran, name calling, bahasa kasar, mencarut, tidak menghormati dan kurang ajar, perkauman atau perkataan yang tidak mempunyai makna tetapi hanya bertujuan untuk meluahkan kemarahan dan serangan adalah tidak dibenarkan sama sekali.


2. Name calling kepada pemimpin politik TIDAK dibenarkan sama sekali. Cth: Rosmah lampir puaka, nik najis, bijan, nuar jubub, nuar sodom, najibuya dsb. Walaupun begitu, sesetengah name calling masih dibenarkan spt berahim katak kerana  ia juga diketengah dalam mainstream media.

CLAUSE 1 & 2
1st warning: kredit sebanyak 0-10  akan dipotong ikut budi bicara mod.
2nd warning:
kredit sebanyak 0-50  akan dipotong ikut budi bicara mod.
Berterusan: kredit sebanyak 0-50  akan dipotong ikut budi bicara mod & mendapat warning (3x akan diban automatik).


3. Sebarang serangan terhadap mana-mana agama dan kaum, serta serangan terhadap Imam, Mufti, Ulama, Pope, Sami atau pun mana-mana ketua agama tidak akan di tolak ansur. Posting ini dikira racist.

4. Mana-mana post yang mempunyai hanya emoticons/smiley seperti atau :@:@:@serta ekspresi perasaan seperti "hahahaha" atau "hehehehe" atau "wahahaha"akan dianggap sebagai spamming dan akan diedit beserta amaran. Dan jika diabaikan, kredit akan ditolak sebanyak 0-20 ikut budi bicara mod.

5. Tidak digalakkan membuat keseluruhan posting menggunakan Caps Lock (capital letter/huruf besar). Sebab ianya akan menyusahkan forummer lain untuk memahami isi kandungan post tersebut. Jika berbuat demikian, pemotongan kredit akan dibuat sebanyak 0-20. Sekiranya posting tersebut layak mendapat credit rating, mungkin akan diberi rating yang lebih sedikit atau tidak akan diberi rating langsung.

6. Post yang mengandungi tulisan / font yang terlalu besar ataupun menyebabkan kesukaran untuk dibaca akan diedit serta-merta. Jika perbuatan tersebut tetap dilakukan, pemotongan kredit akan dilakukan. Dan jika posting tersebut layak mendapat credit rating, mungkin akan diberirating yang lebih sedikit atau tidak akan diberi rating langsung.

7. Avatar dan Signature yang berunsur lucah / serangan peribadi /menyebabkan ketidak-senangan forummer lain, akan diminta untuk ditukar oleh moderator bertugas, dan jika diingkari, kredit akan dipotong pada setiap post dibuat sehingga Avatar atau Signature tersebut diubah. 0-20 kredit ditolak atas budi bicara mod.

8. Tiada had maksimum untuk penolakan kredit untuk post-post seperti di bawah (50-150 kredit ditolak):
a.        Berbilang posting
b.        Posting berunsur lucah
c.        Pengiklanan
d.        Posting skim cepat kaya dan skim-skim penipuan lain



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Membuka thread

1. Forumer LP MESTI membuka thread dengan membuat posting berbentuk komen dan disertakan lampiran spt artikel suratkhabar/rencana/blog dsb. Jika tidak,
1st warning: thread ditutup
2nd warning: kredit sebanyak 0-20  akan dipotong ikut budi bicara mod & thread ditutup
3rd warning: kredit sebanyak 0-20  akan dipotong ikut budi bicara mod, thread ditutup & mendapat warning (3x akan diban)


2. Clause 1 boleh diabaikan jika forumer ada sesuatu ISU PENTING yang dibincangkan. ISU tersebut mestilah membawa implikasi yang besar dan BERNAS untuk perbincangan bersama.

3. Tajuk thread tidak boleh berunsurkan name calling terhadap pemimpin politik. Jika terdapat thread yang dibuka semata-mata untuk membuat seranganperibadi / provokasi kepada Super Moderator / Moderator / forummer lain, tidak akan ditolak ansur. Pemotongan kredit sebanyak 30-50 akan dilakukan atas budi bicara mod.

4. Tajuk juga MESTI bertepatan dan selari dengan isi yang dikupas TuanTanah.  Jika tidak, pemotongan kredit sebanyak 30-50 akan dilakukan atas budi bicara mod.

5. Thread borak telah pun disediakan. Jika terdapat thread borak selain daripada thread yang disediakan tersebut, thread itu akan ditutup beserta amaran. Jika amaran tidak dipatuhi dan perbuatan yang sama dilakukan, kredit akan ditolak.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Membuat Aduan

Anda diharuskan membuat report jika peraturan di atas tidak dipatuhi.
Cara membuat report:

1. Klik "report" spt yang tertera dalam gambar di bawah.



2. Kemudian, taip sebab dibuat laporan tersebut.



Diharap semua forummers dapat mengikut guideline-guideline ini bagi memastikan perjalanan Bod Politik Tempatan ini lebih sihat dan berilmiah.

Kami bagi pihak CARI mempercayai kebebasan untuk menyuarakan pendapat, tetapi kebebasan yang diberi, tidak sepatutnya disalahgunakan.

Terima kasih.

Penggubal: cluesan, DTECCONAN
Diubahsuai: dauswq, chewan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2010 11:27 AM | Show all posts

FAQ



1.  Siapakah yang boleh memotong kredit saya di board ATM?

Hanya moderator-moderator Board LP, Supermoderator dan Admin sahaja. Lain-lain moderator hanyalah dibenarkan memberitahu kesalahan-kesalahan yang dilakukan berserta bukti-bukti untuk dinilai oleh pihak yang diberikan kuasa sahaja..

2.  Berapakah jumlah kredit minimum dan maksimum yang akan dipotong?

Bergantung pada kesalahan dan budi-bicara moderator yang mengendalikan board ini. Jumlah minimum ialah -1 dan jumlah maksimum adalah -100. -100 hanya digunakan untuk kes2 yang berat sahaja. Maksimum di sini ialah -50.

3.  Sekiranya pemotongan kredit maksimum telah dibuat terhadap individu terbabit tetapi masih terus-menerus berlaku, Apakah tindakan akan diambil terhadap individu terbabit?

Moderator board ini akan usulkan masalah tersebut kepada pihak yang lebih atas iaitu Super Moderator untuk tindakan. Anda akan dikenakan penalti -500 untuk setiap posting oleh Super Moderator tersebut.

4.  Adakah moderator akan membuat pemotongan kredit tanpa amaran?

Tidak. Amaran akan diberi terlebih dahulu kecuali kepada kes-kes individu terbabit yang sebelum ini  telahpun diberi amaran berkali-kali, provokasi,insult dan posting2/thread yang berunsur iklan

5.  Sekiranya saya mendapat title "beggar", adakah saya masih boleh berposting dan kembali berforum seperti biasa?

Tidak!..Tetapi moderator dibenarkan untuk suspend anda untuk 3-10 hari.

6.  Bagaimana pula dengan pemberian kredit?

Kredit hanya akan diberikan berdasarkan items dibawah:

1. Valuable, original and informative post
2. Copy and Paste from others resources is allowed but with source mentioned-and if the news is good informative news
3. Any subsequent post, which is informative and valuable:
4. Any informative pictures post, which can further explain the topic of the thread
5. Any games/trivia in the board

7.  Adakah pemotongan dan penambahan kredit oleh seseorang moderator akan dimaklumkan kepada saya?


Ya...anda akan dimaklumkan kecuali anda telah mendapat title "beggar".

8.  Sekiranya ada forum member membuat aduan tentang salah laku forum member yang lain, adakah tindakan pemotongan kredit akan dilakukan?


Bergantung pada aduan dan kesalahan forum member yang terbabit. Bagaimana pun kepada orang yang membuat aduan hendaklah kemukan evidence yang boleh mengesahkan individu terbabit telah melakukan kesalahan tersebut. Moderator berhak untuk memotong kredit pesalah terbabit atau sekadar memberi amaran atau edit/delete atau apa-apa yang bersesuaian dengan tahap kesalahan yang dilakukan.

9.  Bagaimana pula sekiranya orang yang membuat aduan memberikan bukti-bukti palsu semata-mata untuk tujuan serangan peribadi atau tujuan yang tidak sihat?

Orang yang membuat aduan akan diambil tindakan iaitu dikenakan pemotongan kredit atau tindakan "beggar", "banned to post" atau "banned" sekiranya mendapat persetujuan dari Super Moderator atau Admin ( Moderator akan sertakan alasan & evidence yang kukuh sebagai bukti untuk tindakan ini)
.


[ Last edited by  DTECCONAN at 18-12-2008 12:32 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2010 11:33 AM | Show all posts


1. Posting bermaklumat dan berbentuk pendapat yang BERNAS terhadap isu dalam thread itu. (+ 0-50 kredit)

2. Posting hujah bersertakan lampiran artikel untuk membidas hujah lawan. (+ 0-20 kredit)

3. Posting bernada sinis tetapi penuh dengan informasi. (+ 0-20 kredit)

4. Lain2 posting yang difikirkan layak oleh mod untuk memperolehi kredit. (+ 0-20 kredit)

5. Menyertai pertandingan dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak mod (+ 0-500 kredit)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.151772 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list