CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aerolit_gurlz

cintaku full house

  [Copy link]
Post time 1-12-2010 05:27 PM | Show all posts
TT masih belum ada n3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2010 11:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by aerolit_gurlz at 1-12-2010 23:59

Tangan yang daripada tadi memegang bahu Zakif dijatuhkan.Dijarakkan dirinya daripada diri Zakif.Barulah aku rasa macam boleh bernafas balik.


“Apa yang tak jadinya Qai?”soal Zakif.Dia turut sama berkerut dahi.Apa ke halnya lah member aku yang sorang ni?Tadi suruh buat aksi macam-macam,last-last bila nak tangkap,tak jadi pulak.Aku ni dahlah berair ketiak.Baju ni pula gatal semacam aje.Dikerlingnya Hana sekilas yang sudah jauh beberapa tapak daripadanya.


Chewing gum yang berada didalam mulut,Qai kunyah semakin laju.Tali kamera disangkutkan ke bahunya.Dipandang Zakif dan Hana silih berganti.


“Aku tak dapat nak lihat cintalah dekat korang ni”Qai bersuara selamba.


Ehhh?Dahi Hana semakin berkerut.


Zakif yang pada mulanya kelihatan blur,akhirnya dapat menangkap maksud yang diucapkan oleh Qai.Sengihan kelat ditarik.Disebabkan dah lama dia kenal Qai,maka diafaham sangat metafora-metafora Qai apabila menangkap gambar.


Qai memandang Zakif kembali sambil sebelah tangan kanannya bercekak pinggang.Qai tak tahu macam mana Zakif boleh kenal Hana.Tup tup..Zakif beritahu dia yang dia nak kahwin.Dia yang ketika itu sedang memanjat anak tangga kedua untuk menaiki papan gelungsur selepas penat berjongging terus terjatuh.Macam tak percaya aje bila Zakif beritahu dia nak kahwin.


Dan sekarang…bila berada dihadapan Zakif dan Hana,dia rasa macam ada something wrong aje dengan pasangan ni.Mungkin perkahwinan  Zakif dan Hana bukannya macam perkahwinan pasangan yang lain.Gaya mereka berdua macam gaya kena kahwin terpaksa aje.Entah-entah gaduh kot?Qai pandai-pandai buat telahan sendiri.


Dalam mata Hana,tak ada sinar terang-benderang yang selalu dia lihat dalam kebanyakan mata pengantin perempuan.Tak nampak sebarang cahaya dalam mata itu.Yang dia nampak,mata Hana sering mengelak daripada bertentang mata dengan mata Zakif.Dia bukannya hebat sangat sampai boleh meneka hati dan perasaan orang,tapi pengalamannya beberapa tahun sepanjang bergelar fotographer bagi sebarang majlis,membuatkan dia begitu mudah membuat kesimpulan tersendiri.


Gaya Hana bukan gaya kekok ataupun malu dihadapan kamera.Tapi gaya Hana gaya orang yang tak bahagia.Gaya yang jelas kena paksa.Senyuman pun jenis yang tak ikhlas.Kalau suruh buat aksi romantik sikit,mengelabah semacam aje.


Yang Zakif pula,memang dia dah sedia maklum,gagal dalam memberikan eksprisi wajah.Tak reti nak berposing dihadapan kamera.Jenis yang kaku tegak berdiri aje.Tapi riak muka Zakif tu…emmm..Sah-sah macam tengah menahan perasaan.Mukapun ala-ala kelat semacam aje.


Dia kenal Zakif dah lama.Sejak daripada mereka sekolah menengah lagi.Namun terpisah sekejap sebab Zakif melanjutkan pelajarannya ke universiti,manakala dia pula terus kerja di kedai gambar Uncle Seng.Dia tak berapa nak minat sambung belajar.Daripada Uncle Seng,dia belajar cara-cara macam mana nak jadi photographer yang berjaya.Dan sekarang..alhamdulillah.Dia dah berjaya menjadi seorang photographer bagi sebuah majalah.


“Kita break lima minat boleh tak?”pinta Zakif.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 12:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by aerolit_gurlz at 2-12-2010 00:07

Qai angguk kepalanya.Terus dia duduk di atas satu bangku yang sudah memang sudah tersedia di situ.Dilihat-lihat kembali gambar yang sudah ditangkapnya.Satu keluhan dilepaskan.Buat pertama kalinya,dia merasa yang gambar yang dia ambil semuanya tak lawa.Tak hidup langsung!


Zakif memandang Hana.Hana yang menyedari dirinya diperhatikan membalas pandangan mata Zakif.Dia mengangkat kening.


‘Ni taklain tak bukan nak condem akulah tu..’


MukaHana yang kerek-sengaja cari pasal-nak gaduh ke itu dipandang.Zakif berpeluktubuh.


“What’s wrong with you?”soal Zakif.


Kening Hana hampir bercantum.Pelik mendengar soalan Zakif.


“Kenapa?”Hana soal balik.Dia pun rasa macam nak berpeluk tubuh,tapi dia rasa,apabila dia turut sama berpeluk tubuh,tak ke nampak macam yang mereka sedang bergaduh.Dia tak mahu kena label sebagai pasangan anjing dan kucing.Cukup-cukuplah memberZakif,si Qai tu kata dia tak nampak cinta antara mereka.


Cinta antara mereka?Hana nak tergelak.Kalau lagu cinta antara kita nyanyian Baizura Kahar dengan Duta tu dia tahulah.


“Kalau you tak buat elok-elok,bila sesi fotografi ni nak habis?I penat tahu tak.Badan dah rasa lekit.I dah rasa rimas.Boleh tak tolong buat elok-elok?”


Hekeleh dia ni…Macam aku sorang aje yang tak buat elok-elok.Macamlah dia tu elok sangat.Hana mendengus dalam hati.Selamba sahaja dia menapak ke kerusi,lalu melabuhkan punggungnya di situ.Dipandangnya Zakif yang membelakangkannya.


Zakif memandang ke siling,sebelum dia melepaskan nafas keras.Apa punya isterilah dia ni?Aku cakap..dia selamba aje blah macam tu.Zakif berpusing ke belakang.Hana kelihatan sedang membetul-betulkan tudung yang dipakainya.


Hana mendongakkan pandangan ke atas apabila melihat Zakif berjalan ke arahnya.Kerusi di hadapannya ditarik,dan Zakif turut melabuhkan punggung di situ.Dia buat-buat tidak perasan Zakif yang berada di hadapannya itu.


“So..macam mana?”soal Zakif.Aku sedang kawal kesabaran aku ni sedaya upaya.So lady..tolong jangan nak buat perangai poyo boleh tak?


“Macam mana apa?”Hana blur.Dia ada cakap apa-apa ke tadi?


“Macam mana kita nak nampakkan cinta antara kita?”Sengaja perkataan cinta antara kita tu Zakif tekan.


Hana senyum sinis.Dia menatap tajam mata Zakif.


“Kenapa tanya i?Kenapa tak tanya diri you sendiri?Yang you pergi upah jurugambar terbaik dalam dunia ni kenapa?”


“Bila I upah.Free of charge aje tu.”


Rahang bawah Hana macam nak terjatuh.Dia mengerling Qai yang sedang meneguk air sirap.Free of charge?Mak aihh..baik ya amat kawan si Zakif ni.Sanggup turun daripada KL semata-mata nak tangkap gambar kahwin kawan.


“Dia memang baik pun”ujar Zakif,bagaikan dapat membaca apa yang sedang Hana fikirkan.Hana tersentak.Satu keluhan kecil dilepaskan.


“Banyak peel betullah kawan you tu..”


Zakif diam.Dia memandang ke belakang,melihat Qai.


“Entah..orang senilah katakan”ujar Zakif balik sambil menjungkit bahu.


“Okay.Kita buat kali ni elok-elok”Hana bangun.Zakif tiba-tiba berasa pelik melihat Hana yang tiba-tiba bersemangat.Namun dia turut sama bangun.Mengekori Hana daripada belakang.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 12:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by aerolit_gurlz at 2-12-2010 00:26

Qai tersenyum kecil di sebalik lensa kamera.Hana dan Zakif yang sedang berdiri bersandar sesama sendiri sambil berpeluk tubuh betul-betul membuatkan Qai mengelengkan kepala.Untuk kali ini,dah nak masuk 40 keping gambar dia tangkap.


“Err..Qai!Kita ubah konsep boleh kan?Guna konsep ala-ala sempoi aje.Yang macam dalam cerita I’m not single tu.Tak payahlah nak romantik-romantik sangat.”


Berkerut jugalah dahi Qai ketika mendengar permintaan Hana.Zakif yang blur dibelakang hanya dipandang seimbas lalu.Dia ambil beberapa saat,sebelum dia dapat mencernakan apa yang Hana minta-dan kembali mengingati filem I’m not  single,dan  akhirnya dia faham.Terus sahaja dia minta Hana dan Zakif buat aksi yang macam mana mereka nak,dan dia hanya akan menokok tambah apa-apa yang dia rasa perlu.


Dan terus gambar kahwin langsung tak nampak macam gambar kahwin.


“Hana!You pijak kaki i..”Zakif bersuara perlahan daripada tepi.


Makin lebar senyuman Hana.Sengaja dipijak kaki Zakif lagi kuat.Dahi Zakif berkerut.Dia pijak aku dengan tumit stiletto dia yang 4 inci tu?Mahu berlubang kasut aku.


“Hana…!!You pijak kaki i.Sakitlah..”Zakif bersuara lagi.Kali ini agak keras.Dia nak tolak tubuh Hana,Qai macam dah ready nak shoot.Nak tak nak..terpaksalah dia berdiri kaku.


“Cun!Comellah you kalau senyum Hana..”Qai menjerit kuat.Thumbs up dinaikkan.


Hana sengih.Sekilas dia menoleh ke belakang.


“Sorry…tak sengaja!”selamba Hana bersuara.


Zakif mengetap bibir.Tak sengajalah sangat.Patutlah bukan main lebar lagi senyuman dia.


Hana dah ready untuk shoot yang seterusnya.Dia ketawa galak dalam hati.Mula-mula,memang dia tak sengaja pijak kaki Zakif,tapi bila Zakif beritahu yang dia terpijak kaki Zakif,sengaja aje dia tekan lagi kuat tumit stiletto itu.Rasa macam seronok aje.Dan untuk pertama kalinya,dia rasa dalam banyak-banyak gambar,itu senyuman dia yang paling lebar.


Hana yang masih tersenyum Zakif pandang geram.Main-main kau yea..Takpe.


“Okay!Last shoot..lepas tu boleh stop..”jerit Qai.


Zakif senyum nakal.Terus sahaja dia paut bahu Hana yang berdiri tidak jauh daripadanya.Hana yang tidak terduga akan tindakan refleks itu terdorong ke arah tubuh Zakif.Pelukan di bahu Hana tidak terlepas,malah sengaja aje Zakif paut makin kuat.


Dan..sengaja aje bibirnya mencium pipi Hana.


“Walllaa!!Cun cun!Sempoi gila aaa..Kau tak bagi isyarat pun Kif.Nasib baik aku dah ready!”Qai senyum nakal.


Zakif tersengih.Dia tak sangka yang Qai dapat menangkap gambar tersebut.Hana yang berdiri dengan mata terbuntang dan mulut terngangga dipandang.Dia ketawa kuat dalam hati.


Perlahan-lahan,macam slow motion,Hana memandang Zakif.Tolonglah katakan ini semua tak benar.Tak mungkin dia cium pipi aku.Tak mungkin…


Namun senyuman Zakif yang masih tidak padam,membuatkan dia terasa macam terawang-awang.


“You…”Hana gigit bibir bawah,geram.Pipinya terasa hangat.Dia terasa macam nak angkat aje jari telunjuknya,macam yang selalu dia lihat dalam drama,bila seorang perempuan sedang marah.


“What?”selamba Zakif bertanya,sambil angkat kening.Senyuman sinis dilemparkan.


“Melampau!!!”Hana bersuara perlahan,namun tegas.Qai masih ada dalam bilik pengantin mereka ni.


Zakif senyum sinis lagi.Dia menundukkan kepalanya,rapat ke arah telinga Hana.Hana sedikit terdorong ke belakang.


“Itu baru sikit.Malam nanti…”Zakif pandang anak mata Hana.


“You tahulah nasib you.Itu balasan bagi orang yang suka cari pasal dengan i..”Zakif menegakkan kembali kepalanya.Dia berpusing,lalu menuju ke arah Qai.


Dan..Hana betul-betul rasa macam nak menjerit kuat aje waktu tu.

JAM TANGAN DIGITAL yang dipakainya berbunyi.Hana tersentak.Lari marathon segala peristiwa petang tadi.Dah pukul 11.00 malam.Hana memicit-micit pelipisnya.Apa aku nak buat ni?

Pintu bilik dipandang.Dia tahu,bila-bila masa sahaja pintu bilik itu akan terbuka,dan makhluk Allah itu akan melangkah masuk.Tanpa berlenggah,Hana terus membuka pintu bilik itu.

‘Aku mesti buat sesuatu..’desis hatinya.

                                                                                 [ BAB 2 TAMAT ]

                                          

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 08:31 AM | Show all posts
hihihi...kelakolah diorg nie...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 08:42 AM | Show all posts
sambung laa panjang2 ckit...swonok...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2010 09:26 AM | Show all posts
sengih sampai ketelinga bila uda baca ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 10:14 AM | Show all posts
hehehe...ni i'm not single versi buku ke? hehehe.. nak lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2010 02:47 PM | Show all posts
cun dan best cerita ni..... sempoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 03:36 PM | Show all posts
Aero girl... rupanya penulis buku 3 campur 1 (ana farhana) keluaran JS tu aero rupanya... tahniah dik napa tak war2 kan kat sini... betul ke ...kalo akak silap orang sorry ekk...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 08:55 AM | Show all posts
salam semua..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 09:34 AM | Show all posts
yess!!!!!!!!!!! bersambung jua akhirnya... huhuhuhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2010 11:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by aerolit_gurlz at 3-12-2010 23:10

-3-


PSP YANG DIPEGANGNYA JATUH terus ke atas lantai.Alias mengangkat pandangannya keatas,selepas terkejut beberapa saat.Timbunan bantal-bantal tinggi itu menyukarkan dia untuk melihat gerangan orang yang mengangkut bantal-bantal yang tinggi menimbun-nimbun itu.


“Eh..sorry sorry.Tak perasan tadi.Sorry yea”Terdengar suara disebalik timbunan bantal-bantal itu.Belum sempat Alias membalas,satu bantal yang paling atas hampir jatuh.


“Ahhhh!!!Tolong tolong.Bantal nak jatuh.”


Alias lekas memegang bantal paling atas itu dengan tangan kanannya,menghalang daripada terjatuh.Dia menjengukkan sedikit kepalanya ke belakang.Ke sebalik timbunan bantal-bantal yang tinggi itu.Yang dia nampak,hanya sesusuk tubuh yang dia rasa memang dia dah kenal.


“KakHana..?”Alias menegur,was-was.


“Alias eh?”Hana membalas.


“Ya Allah Kak!Apa kes bawa bantal banyak-banyak ni?Nak main perang-perang bantal ke ni?”


Hana di sebalik timbunan bantal-bantal itu mendengus.Dahlah aku berjalan tak nampak apa ni.Boleh pula budak bertuah tu buat lawak tak kena tempat.


“Alias tolonglah angkat separuh bantal-bantal ni.”


Hana dapat merasakan,beban daripada separuh daripada bantal itu telah diangkat.Barulah dia dapat melihat Alias dihadapan matanya itu.Hana terus  tersengih.Tak sedar diri pendek,nak bawa bantal tinggi melangit sampai tutup muka.Nasib baik kau dah hafal selok-belok jalan dalam rumah ni.Kalau tak…


“Nak buat apa bantal bebanyak ni?”soal Alias lagi sekali.Muka Kak Hana,sepupunya itu dipandang.


Hana tersengih lagi.


“Tolong bawa sampai bilik akak boleh tak?”Hana terus melangkah.


Alias mengekori daripada belakang.


“Mak Uda minta ke?”soal Alias.Manalah tahu,kalau-kalau Mak Uda-ibu Hana minta bawa bantal.Waktu dia lalu tadi,dia nampak semua saudara-mara mereka semua dah siap melepak dekat ruang tamu.Semua pakat nak tidur berjemaah.


“Taklah..”Hana menjawab sepatah.


“Habis tu?Semua bantal dalam rumah ni Kak Hana ambil ke?”


Hana hanya diam.Dia menolak pintu bilik yang sedia terbuka dengan kaki kirinya.Satu dengusan nafas penuh lega dilepaskan.Dia tak naik lagi.Alhamdulillah…


“Abang Kif pergi 7E kejap.Dia nak beli ubat nyamuk.”Alias memberitahu.Dia menyerahkan bantal-bantal yang dibawanya tadi kepada Hana.Dia hanya berdiri di luar bilik.Segan dia nak masuk dalam bilik pengantin baru.


Hana yang sudah dua kali ulang-alik meletakkan bantal di atas katil mencebik mendengar kata-kata Alias.Eleehh…orang bandar betul.Tak boleh nak kena gigit sikit.


“Opah yang suruh dia pergi beli.Opah kata sekarang ni musim hujan.Nyamuk mesti banyak.”


Hana terdiam.Terbit rasa bersalah dalam dirinya.Engkaulah Hana.Suka hati aje buat tuduhan.Kan tak pasal-pasal dah topup dosa kering.


“Kak Hana nak buat apa bantal bebanyak ni?”Alias menyoal sekali lagi.


Hana sengih.Dia mengaru-ngaru kepalanya.


“Takada apa-apalah.Dah!Budak-budak jangan mengacau.Pergi tidur..”


Alias mencebik.


“Orang dah tolong bukannya nak ucap terima kasih..boleh pula dia halau.Mentang-mentanglah malam ni..”Alias sengih nakal.


Hana membuntangkan biji matanya.Faham akan maksud kata-kata Alias.Terus tiba-tiba muka terasa hangat.Teringat peristiwa petang tadi.Alias ketawa melihat riak muka Hana.Sengaja ayatnya tak dihabiskan.


“Kak Hana debik karang..”


Alias buat muka kesian sesaat.


“Yelah..dulu masa belum kahwin,Alias nilah yang Kak Hana sayang-sayangkan.Sekarang dah ada suami..Alias nilah yang Kak Hana nak debik-debik.Menyampah betullah!”


Hana ketawa mendengar omelan Alias yang sudah berlalu pergi.Dia terus menutup pintu bilik.Pandangannya dihalakan pada katil.


“Now..let the mission begin!”Hana senyum.

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 11:35 PM | Show all posts
La, mana aci berhenti kat sini
Nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 11:36 PM | Show all posts
Cara penulisan tu macam senior2 yg kat sini
Very familiar
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 12:26 AM | Show all posts
semakin mendebarkan perasaan ni............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2010 12:58 AM | Show all posts
semakin mendebarkan perasaan ni............
cewey2 Post at 4-12-2010 00:26


ehemmm...sabar ya!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 08:18 PM | Show all posts
best. update la slalu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 09:01 PM | Show all posts
hana nak buat benteng ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2010 12:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by aerolit_gurlz at 5-12-2010 00:32


ZAKIF MEMBUKA PINTU BILIKNYA.Rasa macam nak terkeluar biji mata apabila melihat katil king size itu sudah menjadi penuh dengan begitu banyak bantal yang dibuat ala-ala sempadan.Tinggi sekali bantal yang disusun dan diletakkan ditengah-tengah.


Dipandangnya Hana yang sedang membaca novel di atas katil,sambil kepalanya terangguk-angguk sekali-sekala.Nampak sangat yang Hana sumbat telinganya dengan earphone.Zakif gelengkan kepalanya.


Betul ke dia berkahwin dengan perempuan yang sudah berumur 26 tahun ni?


Perangai nampak macam budak-budak umur 16 tahun.


Zakif melangkah perlahan.Katil tidur dipandang.Nampak sempit aje katil king size itu.Mana tak sempit,kalau bantal dah penuh satu katil.Dia melangkah ke arah Hana.Sedikitpun Hana tidak menoleh ataupun mendongak memandangnya.Terdengar sayup-sayup lagu yang sedang dimainkan di dalam mp3 milik Hana.Kalau dah pasang lagu sampai ke full volume,macam mana nak sedar yang dia masuk?


Yeah..Finally I realized that I’m not..


Hana membuntangkan biji mata.Terasa yang earphone belah kanannya ditarik kasar.Dia terus pusing lipat maut,memandang Zakif yang berdiri tercegat di sebelahnya.Jemari Zakif memegang earphonenya.Muka Zakif yang tidak beriak itu kadang-kadang memang membuatkan dia rasa macam nak cekik-cekik aje.Muka tak ada perasaan langsung.Dahlah tarik earphone tak bagi salam tak bagi kata aluan apa,cabut pula earphone stail cara nak cabut terus telinga aku.Buat kasi spoil aje dia ni!


Zakif membalas pandangan Hana.Memang dia sengaja aje tarik earphone daripada lubang telinga Hana.Dan memang dia dah jangka punya,Hana mesti bagi lipatan maut punya.Itulah..siapa suruh dengar lagu sampai tak perasan orang keliling?


“Apa ni?”soal Zakif.


“Earphone..”jawab Hana sepatah.Dia pura-pura kembali memandang helaian novel yang dibacanya tadi.Earphone pun dah tak kenal ke?


“Bukan..”Zakif menarik nafas.Sabar ajelah aku dengan dia ni.


“Ini apa?”Zakif menudingkan jarinya ke atas katil.


Hana memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Zakif.Dia mengerutkan lagi sekali dahinya.


“Bantal pun dah tak kenal eh?”Hana bertanya.


“My dear…”Zakif senyum sinis.


“Dah tentulah I tahu ni bantal.Yang I nak tahu,untuk apa bantal-bantal ni?”


My dear..”Hana pula membalas sambil gelengkan kepalanya.


“You tak ada tanya pun untuk apa bantal-bantal ni.Yang you cuma tanya,ini apa?Jadi..adakah I yang tak pandai nak faham bahasa atau you tu yang memang buta bahasa?”


Hambik kau!Hana ketawa suka dalam hati apabila melihat muka Zakif dah berubah riak.Kau ingat kau sorang aje boleh sarkastik sarkastik dengan aku,aku pun boleh juga okay.


And..i’m more good than you.


Zakif pandang muka Hana yang selamba sahaja riaknya itu.Memang dia rasa tercabar,tambah-tambah lagi apabila melihat senyuman sinis di bibir Hana.Nampaksangat macam mereka berdua tak boleh nak bekerjasama.Tak boleh nak cakap elok-elok.Kalau tak dia,pasti Hana yang akan keluarkan aura kerek-tak boleh blah-sarkastik tu.


“Ini sempadan.You tidur sana.I tidur sini.”Hana bersuara.


“Jangan sesekali pun you ubah sempadan tu”sambung Hana lagi.


Mata Zakif mengecil.Sempadan tengah-tengah itu dipandangnya.Memang dashyatlah cikHana ni buat sempadan.Kalau dia berbaring disebelah sana,memang sah dia takkan  nampakmuka Hana.Tinggi juga “dinding” yang Hana bina.Mahunya semua bantal dalam rumah ni dia angkut.


Kaki Zakif terus melangkah ke sebelah sana.Dicapainya bantal-bantal yang disusun tinggi itu lalu diletakkan di atas lantai.Hana yang melihat mula tercenggang.Novel ditutup dan diletakkan di atas meja disisi katil.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.073008 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list