CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2457|Reply: 5

'Usikan' pada van jenazah

[Copy link]
Post time 5-3-2023 11:42 PM | Show all posts |Read mode
'Usikan' pada van jenazah


MASRUL Guding (kiri) bersama sukarelawan Persatuan Amal Jariah Sabah.


Kota Kinabalu: "Bukan nak cakap besar, saya tidak pernah berdepan pengalaman mistik sepanjang menghantar dan bantu uruskan jenazah, tetapi Jumaat lalu, memang ada rasa lain sikit hingga meremang bulu roma," kata Pengasas Persatuan Amal Jariah Sabah, Masrul Guding.

Masrul, 33, yang menawarkan khidmat penghantaran dan pengurusan jenazah kepada waris kurang berkemampuan mendapat perhatian di TikTok selepas memuat naik video lampu isyarat van jenazah tiba-tiba menyala 30 minit selepas di parkir di luar rumah.

Menurutnya, itu kali pertama dia berdepan pengalaman sebegitu dan sedar selepas diberitahu jiran.

"Memang kebiasaan saya parkir van jenazah di luar rumah dan akan periksa dulu lampu serta lain-lain sebelum masuk ke dalam rumah.

"Awal pagi Jumaat lalu, jiran hubungi saya beritahu nampak lampu isyarat van menyala,  jadi saya pun keluar untuk periksa.

"Ingatkan ada masalah penggera, tetapi tiada apa-apa dan pada waktu itu, saya dah rasa lain macam. Bagaimanapun, saya anggap 'benda' itu sekadar nak mengusik.

"Perkongsian di TikTok itu juga sekadar mahu berkongsi pengalaman dan bukan menakutkan sesiapa," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Masrul berkata, dia asalnya seorang usahawan lori treler, namun mula melakukan kerja amal dengan menawarkan khidmat penghantaran dan pengurusan jenazah secara percuma iaitu sebulan sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.

Menurutnya, dia tidak berseorangan sebaliknya bersama sepupunya menggerakkan inisiatif berkenaan malah turut membantu menghantar mayat bukan Islam.

"Saya tiada latar belakang belajar di sekolah agama jauh sekali alim orangnya, tetapi ada niat bantu orang dengan cara ini.

"Menyedari ramai orang berdepan kesulitan ketika PKP, maka saya nekad teruskan inisiatif itu.

"Pada awalnya, ada yang persoalkan niat saya, dipulaukan segelintir rakan dan ada juga orang lama cuba takutkan saya dengan cerita seram.

"Bukan setakat itu, saya juga pernah dihalau pemilik kedai makan yang tidak senang melihat saya parkir van jenazah di hadapan premis mereka," katanya.

Masrul menganggap apa yang berlaku itu sebagai ujian dan bersyukur kerana terpilih serta dibukakan pintu hati untuk melakukan kerja amal itu.

"Persatuan saya terdiri daripada 20 sukarelawan dan awalnya dulu ada sebuah van saja, tetapi kini empat hasil sumbangan individu yang mewakafkannya.

"Syukur kerana perkhidmatan persatuan dapat diteruskan dengan sumbangan orang ramai dan kerja amal itu buatkan saya berasa tak mahu mengejar dunia, mungkin kerana banyak melihat kematian.

"Jika diizinkan, saya akan buat kerja itu sehingga akhir hayat kerana puas walaupun ia tidak menjanjikan pendapatan lumayan," katanya.

Berkongsi perancangannya Masrul berkata, dia akan memperluaskan perkhidmatan dengan menawarkan pengangkutan ambulans percuma pula kepada mereka yang memerlukan.

"Sejak setahun lalu, saya cuba bantu individu kurang berkemampuan dengan menanggung kos pengangkutan menaiki ambulans swasta untuk ke hospital.

"Projek saya seterusnya tawarkan sendiri perkhidmatan ambulans milik persatuan.

"Idea itu tercetus selepas mendengar keluhan keluarga kurang berkemampuan mengenai kesulitan dan beban mereka setiap kali ke hospital," katanya.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... an-pada-van-jenazah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2023 05:35 PM | Show all posts
saya pencen nnt pun nk buat service ni, harap menjadi kenyataan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 10:59 AM | Show all posts
tieyrai_83 replied at 6-3-2023 05:35 PM
saya pencen nnt pun nk buat service ni, harap menjadi kenyataan...

semoga dipermudahkan dan diberi pahala atas niat tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 04:58 PM | Show all posts
venom1 replied at 22-3-2023 10:59 AM
semoga dipermudahkan dan diberi pahala atas niat tersebut.

aminnnn..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 01:51 PM | Show all posts
tieyrai_83 replied at 6-3-2023 05:35 PM
saya pencen nnt pun nk buat service ni, harap menjadi kenyataan...

moga tercapai hasrat tu ..

skrg nak urus jenazah pun mahal ..

klau ada yg permudahkan urusan .. alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 03:26 PM | Show all posts
selendangmerah replied at 20-4-2023 01:51 PM
moga tercapai hasrat tu ..

skrg nak urus jenazah pun mahal ..

amin..kene kuatkan semangat & ilmu penuh di dada dulu ..heheh
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.335395 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list