CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3638|Reply: 12

'Hari-hari dia memancing'

  [Copy link]
Post time 7-3-2023 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Berang: "Tidak perlu lagi ke sungai atau kolam pancing berbayar, sekiranya gian mahu memancing hanya pergi ke belakang rumah," kata Mamat Ali, 70, dari Kampung Belukar Bukit, dekat sini.

Menurutnya, walaupun hidup dalam suasana kampung dan ada sungai berdekatan rumah, tetapi dia tetap bina kolam pancing di belakang kediamannya.

Katanya, kolam pancing yang dibina enam tahun lalu berukuran 30 meter panjang dan 15 meter lebar menjadi tempat isteri, Khatijah Hamid, 54, memancing hampir setiap hari sebagai hobi.

"Hampir setiap hari, isteri saya yang gemar memancing menghabiskan masa di kolam berkenaan," katanya yang mempunyai tujuh anak dan 12 cucu.




Menurutnya, selain memudahkan isteri 'melayan' hobi memancing, kolam berkenaan diibaratkan pengikat tali kekeluargaan kerana anak dan cucunya turut gemar menghabiskan masa memancing bersama apabila bertandang.

KOLAM pancing yang dibina dekat   beranda yang menghubungkan dapur rumah turut menjadi tempat istirahat Mamat sekeluarga.
KOLAM pancing yang dibina dekat beranda yang menghubungkan dapur rumah turut menjadi tempat istirahat Mamat sekeluarga.
Katanya, ketika siap dibina saya melepaskan 4,000 ikan talapia dan 2,000 ikan patin ke kolam berkenaan namun banjir besar pada Februari tahun lalu menyebabkan sebahagian ikan terlepas.

"Ikan dipancing sekiranya tidak dimakan dilepaskan semula ke dalam kolam.

"Walaupun saya tidak minat memancing, namun kolam dibina amat bermanfaat buat ahli keluarga terutama kepada isteri.

"Saya tak sangka isteri minat memancing kerana selepas siap kolam berkenaan kolam itu menjadi tempat wajib baginya memancing setiap hari.

"Sekurang-kurangnya dia (isteri) tidak sunyi ketika berada di rumah kerana ada aktiviti dilakukan dan tidak perlu ke sungai untuk memancing" katanya.

Menurutnya, bahagian beranda yang menghubungkan dapur rumah dijadikan tempat istirehat seolah-olah berada di kolam pancing berbayar.

Disiarkan pada: Mac 7, 2023 @ 6:30am




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2023 06:23 PM | Show all posts
orang yg suka memancing ni , maksud nya dia ada byk masa terluang...

syukurlah pakcik ni di berikan rezeki masa yg banyak
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya..bosan2 g mncing.dpt ikan masak.
Anak cucu balik pon seronok mcmni
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
comel pakcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 05:39 PM | Show all posts
salimrock replied at 7-3-2023 06:23 PM
orang yg suka memancing ni , maksud nya dia ada byk masa terluang...

syukurlah pakcik ni di berikan ...

Kalau ikut artikel tu, yg suka memancing adalah isteri pakcik tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 12:20 PM | Show all posts
ally9970 replied at 8-3-2023 05:39 PM
Kalau ikut artikel tu, yg suka memancing adalah isteri pakcik tu...

haha, ye la,

jadi dia buat kolam pancing tu utk isteri dia, supaya isteri dpt melayan hobi memancing depan rumah...

jd isteri boleh la , masak, basuh kat rumah dn kalo nak mancing, pergi je depan rumah...


supaya pakcik ni tak rasa di abaikn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2023 02:23 PM | Show all posts
best... dapat jimatkan kos barang dapur, nak mkn ikan mancing je belakang rumah, sekali sekala beli ikan laut, nak lagi best depan rumah laut belakang rumah sungai, dedua ikan laut dan sungai dapat makan
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 09:44 PM | Show all posts
kreatif pakcik ni bahagiakan isteri dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2023 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Syoknya..boleh duk rehat2 kut tak suka memancing
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 04:20 PM | Show all posts
tanah dh nk rebak kt tepi tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 02:28 PM | Show all posts
Bestnya... i selalu berangan nak buat rumah kampung yang sebahagiannya atas kolam ikan, boleh la memancing dalam rumah. Hahaha... Tapi pakcik ni kolam dia tak sampai bawah rumah sebab kolam tu dibina kemudian.



Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kalau ikan kolam air tak mengalir ni dia hanyir lebih berbanding ikan sungai kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 03:33 PM | Show all posts
Semoga dipermudah urusan harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.091940 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list