CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10250|Reply: 63

[DRAMA MELAYU] ANDAI ITU TAKDIRNYA [SYUKRI YAHAYA, HANNAH DELISHA]

  [Copy link]
Post time 7-3-2023 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 9-3-2023 09:42 AM

Andai Itu TakdirnyaSaksikan Andai Itu Takdirnya yang akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 6 Mac 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Episod: 60Tarikh Tayangan: 6 Mac 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Slot MegaDrama, Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan & Liza Ali
Pengarah: Jamal Khan
Produksi: SR One Sdn Bhd

Lagu Tema (OST)
Andai Itu Takdirnya - Vanessa Reynauld
Takdir Cinta Kita - Asfan Shah & Erin CTJ


Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Syed Aizril
Hannah Delisha sebagai Aleya
Dayang Areeda sebagai Sharifah Emilin
Puteri Sarah Liyana sebagai Umairah
Idzham Ismail sebagai Ikram
Fahrin Ahmad sebagai Lukman Hakim
Aida Khalida sebagai Puan Sri Syarifah Aisyah
Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Syed Abas
Esma Daniel sebagai Syed Rahim
Laila Nasir sebagai Sharifah Rosnah
Razman Mahayuddin sebagai Faizal
Atikah Suhaime sebagai Sharifah Azreen
Safura Yaacob sebagai Puan Ramlah
Hariz Hamdan sebagai Azhar
Kamal Bakar sebagai Encik Idris
Nur Dhia Irdina sebagai Dania Arisya
Rayyan Mikail sebagai Dany
Aiman Badrul sebagai Darwin


Sinopsis Andai Itu TakdirnyaAleya yang berasal dari keluarga yang sederhana meminati salah seorang rakan kolejnya iaitu Syed Adam Aizril. Syed Aizril dikenali dalam kalangan wanita kerana ketampanannya dan penampilan yang menarik. Sebagai anak kepada seorang tokoh korporat, dia sudah biasa dengan gaya hidup kaya dan berbangga dengan kekayaan keluarganya. Dia mempunyai standard yang tinggi dan sentiasa memandang rendah terhadap orang lain. Tanpa disangka, berlaku satu kejadian yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya.

Aleya memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang isteri tetapi malangnya Syed Aizril menyeksa hidupnya. Tidak lama selepas itu, Syed Aizril ditimpa kemalangan. Ia mengubah hidupnya dan dia menyesali semua kesalahannya terhadap Aleya. Demi cinta dan anak-anak, Aleya menerima juga Syed Aizril dalam hidupnya. Aleya dan Syed Aizril hidup bahagia bersama anak-anak selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam perkahwinan mereka.

Perkahwinan Syed Aizril dan Aleya tercabar sekali lagi apabila Syed Aizril jatuh cinta pada Sharifah Emilin yang muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya. Janjinya terhadap Aleya mudah dilupakan. Pada ketika ini, perasaan Aleya terhadap Syed Aizril sudah hilang sepenuhnya. Hidupnya kini hancur kerana egonya. Patutkah Aleya beri peluang sekali lagi kepada Syed Aizril?

Ini adaptasi dari novel karya Siti Rosmizah. Layan drama ni plak.
Semalam dah mula episod 1


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2023 11:56 AM | Show all posts
aniss tak tengok...komen sikit episod 1 semalam?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2023 02:08 PM | Show all posts
cmf_anisss84 replied at 7-3-2023 11:56 AM
aniss tak tengok...komen sikit episod 1 semalam?

episod semalam masing2x dekat oversea universiti dan lepas habis balik ke malaysia.zril jadi dendam dengan leya sebab dimalukan depan kawan2x dia utk final projek which zril kena present sorang2x.

ada tunjuk family zril dan familya leya.

itulah utk episod semalam..episod perkenalan


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 10:30 AM | Show all posts
Tak boleh nak imagine kalau Nad Zainal yg pegang Aleya ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 01:54 PM | Show all posts
Da tgk ep1&2. Ok la best gak. Visuals cantek. Lagi2 si Aleya tu, cantek comel weh si Hannah Delisha. Sesuai sangat.

SY blakon pun best, tapi aduhai da nmpk la tua heols. Tak kene plak jadi dak baru abes U. 2nd hero si Fahrin tu pun agak tua lahhh.

Lagi satu meols rengsa ngan sound/audio drama nih. Tak bape nak jelas dialog unless meols kuatkan sound. Dah tu bila time iklan helok plak kuatnya smpi tekejut si meow.

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
So far best pelakon2 nya
Sakit hati betul watak faizal tu
Dan cantiknya hannah delisya tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2023 10:25 AM | Show all posts
Pasal da tertengok tayangan perdana aritu, da expect ape si Faizal pedengki tu akan buat, meols jadi stress nak layan Ep3 smlm.
Si Aizril tu da la mmg giler. Yg si Aleya tu punye la bodoh...cer la naik gi terjah sama2 ngan si Umi tu. Tapi tu la, nak dijadikan citer kaaannn.


Malam ni start da penderitaan si Aleya. Tak tau la kalau sanggup nak tengok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2023 10:30 AM | Show all posts
episod semalam tak tengok...dah terlena awal.petang nanti tengok episod semalam


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
layannn
comey nau hanna haihh
geram watak faizal tu
keje nak mendengki je
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2023 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp poster tu buruk benor?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Layan drama ni
So far lakonan best esp watak hero dan heroin
Menjadi sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ba** nya azril episod malam ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku terus skip episod 5.. Memang sesuai Hannah Delisha yg bawak watak ni.. Kalau Nanad bawak tak sesuai, sebab muka dia lebih kepada pembuli. Bkn mangsa buli
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2023 11:31 AM | Show all posts
benci betul faizal tu...yang ril tu termakan je dengan kata2x faizal
x sabar nak tunggu nasib ril nanti bila dia akan terduduk...

dato & datin pun sama je..patut anak camtu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 01:47 PM | Show all posts
Ishhh...menyirap sgt ep smlm. Geram siot ngan si Faizal tu. Cilaker sangat smlm smpi tak cukup tanah meols mencarut. Si Aizril tu patut disula cukup2.

Kesian Aleya. Suker bila sheols melawan tapi apeker benak sheols ni pecaye sgt muslihat si Aizril tu. Takut weh ingat sheols hampir2 kene rogol ramai2.

Apepun salute hero (hero ker?) heroin. SY jgn ckp la heols jadi saiko penyangak mmg sesuai. Tapi meols kagum ngan Hannah. Watak Aleya tu berat tapi helok sheols bawak. Sangat menjiwai meols rasa nak lari peluk2 sheols bila time meraung tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 01:50 PM | Show all posts
krustykrab replied at 12-3-2023 04:30 PM
Knp poster tu buruk benor?

Kaaan... apolah si hannah tu terok kene filter. Ke itu lukisan? Out of shape sangat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2023 01:52 PM | Show all posts
Perawankota replied at 15-3-2023 12:44 AM
Aku terus skip episod 5.. Memang sesuai Hannah Delisha yg bawak watak ni.. Kalau Nanad bawak tak ses ...

Klau nad jadi aleya, cnfm meols takkan tgk pun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
deebiz14 replied at 15-3-2023 01:52 PM
Klau nad jadi aleya, cnfm meols takkan tgk pun.

Hahah kan…
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by faiz-za at 16-3-2023 08:37 AM

Hannah bawak watak aleya ni memang menjadi sangat
Terkesan sangat bila tengok part dia nangis, iols pun rasa sedih
Memang pelakon2 nya menjadi bawak watak masing2
Si azril ni memang lahanat betul perangainya
Memang mulut ni duk maki kan dia je masa tengok cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aliya ni dah 2 kali kena tumbuk..kalau episod seterusnya tak report polis mmg skrip bangang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.071612 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list