CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19134|Reply: 0

Panduan Utk Membuka Thread Di Board Gambar Nostalgia

 Close [Copy link]
Post time 29-11-2010 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by sourplum at 7-12-2010 15:27

PANDUAN MEMBUKA THREAD UTK BOARD GAMBAR NOSTALGIA


1.  Pembuka thread mestilah meletakkan sekurang2nya 3 gambar samada dari koleksi peribadi atau dari Internet (sila nyatakan sumbernya) pada post pertama mereka beserta caption atau info berkaitan gambar tersebut.   
2.  Forumer2 lain yg mempunyai gambar yg relevan dgn tajuk thread boleh ikut menyumbangkan gambar2 mrk.  
3.  Pemberian kredit akan dinilai pada gambar2 yg diletak dan caption / info yg disertakan.
4.  Utk memudahkan forumer membuka thread, pihak Moderator telah mengklasifikasikan gambar-gambar Nostalgia kpd beberapa kategori asas utk dijadikan panduan sebagaimana berikut :  


1.  GAMBAR NOSTALGIA PERISTIWA



Gambar2 Nostalgia  Peristiwa meliputi peristiwa2 besar atau peristiwa2 yg telah mendapat liputan meluas samada di luar atau di dalam negara.  Cth: Gambar2 peristiwa Memali 1985, Gambar2 sepanjang perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim 1998, Gambar2 serangan 11 September 2001, Gambar2 perkahwinan Princess Diana-Charles 1981, Gambar2 kejadian Tsunami yg melanda Asia 2004.


2. GAMBAR NOSTALGIA TEMPAT



Gambar2 Nostalgia Tempat ialah yg gambar2 yg merakam rupa & keadaan asal sesuatu tempat / bangunan / jalan / bandar / daerah dan seumpamanya sebelum ia berubah wajah kpd yg ada skrg.  Sebagai info tambahan, gambar terkini tempat tersebut jugak boleh diletak utk perbandingan.   Cth: Gambar2 lama Kuala Lumpur,  Gambar2 lama Pulau Pinang.


3.  GAMBAR NOSTALGIA TOKOH



Gambar2 Nostalgia Tokoh ialah koleksi gambar lama tokoh2 terkenal seperti pemimpin negara, keluarga diraja, orang-orang kenamaan, artis, ahli sukan, tokoh ilmuan atau mereka yg pernah mencatat nama dan menjadi icon dalam bidang2 tertentu.
Utk kategori ini,  gambar2 yg digunakan mestilah sekurang2nya yg diambil 15 tahun yg lepas. Cth:  Gambar2 Tun Mahathir Mohammad di zaman mudanya, Gambar2 Dato' Siti Nurhaliza pada pada zaman awal kemunculannya, Gambar2 Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan Tan Sri P. Ramlee pada zaman kegemilangan mereka.


4.  GAMBAR NOSTALGIA MASA / ERA / ZAMAN



Gambar2 Nostalgia Masa / Era / Zaman ialah gambar2 yg memaparkan keadaan semasa atau sosiobudaya masyarakat pada satu era atau zaman yg telah berlalu. Cth: Gambar2 yg memaparkan kehidupan rakyat di Tanah Melayu pada zaman pemerintahan Jepun, Gambar2 artis atau peminat mrk semasa kegemilangan pop yeh yeh atau zaman rock kapak, Gambar2 era pemerintahan Pol Pot di Kemboja.


5.  GAMBAR NOSTALGIA BARANGAN / PERALATAN



Gambar2 Nostalgia Barangan / Peralatan ialah gambar2 tentang apa saja barangan / peralatan yang pernah digunakan suatu masa dulu samada oleh forumer sendiri atau masyarakat umum.  Ia termasuk juga barang permainan / pakaian / alat perhubungan / kenderaan yg kini tidak lagi atau jarang digunakan kerana peredaran masa atau telah mengalami evolusi.  Cth: Gambar handphone pertama yg dimiliki, gambar basikal yg digunakan pada zaman persekolahan, gambar pakaian abad ke 18.

   
6.  GAMBAR NOSTALGIA PERIBADI



Gambar2 Nostalgia Peribadi ialah gambar2 koleksi peribadi yg memaparkan apa jua perkara, aktiviti atau tempat yg mempunyai nilai2 nostalgia tersendiri kpd forumer.  Cth: Gambar2 forumer semasa zaman persekolahan atau zaman kanak-kanak, gambar2 semasa menyambut harijadi atau hariraya, gambar2 semasa melancong atau belajar di luar negara, gambar2 semasa menyertai aktiviti sukan atau gathering, gambar2 kampung halaman atau daerah kelahiran forumer.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.057586 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list