CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5109|Reply: 45

[Jenayah] Sumber SPRM: Cukup bukti untuk dakwa kes rasuah kepada pengundi Marang

  [Copy link]
Post time 14-3-2023 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by BicaraHatiku at 14-3-2023 11:16 AM

SPRM mempunyai bukti yang mencukupi untuk membawa pertuduhan terhadap seorang ahli PAS seperti yang dipaparkan dalam rakaman video ketika menyerahkan wang tunai kepada pengundi di Marang semasa pilihan raya umum lalu.

Menurut sumber yang rapat dengan kes itu, penyiasat telah membuat temu bual dengan saksi kejadian dan akan mencadangkan tuduhan rasuah kepada pendakwa raya tidak lama lagi.

Mereka sedang menyiapkan satu bahagian terakhir sebelum melengkapkan siasatan, kata seorang pegawai kanan SPRM, yang membabitkan permintaan formaliti untuk mendapatkan beberapa dokumen rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“SPRM perlu mendapatkan dokumen pendaftaran pemilih daripada SPR, yang perlu kita mohon melalui mahkamah.

“Apabila kita mendapat dokumen dan merekodkan beberapa lagi kenyataan, maka kertas siasatan akan dihantar semula kepada Jabatan Peguam Negara untuk keputusan mereka.


"SPRM akan mencadangkan kepada AGC untuk mengenakan tuduhan rasuah terhadap individu yang memberikan wang tunai itu (kepada pengundi)," kata sumber berkenaan yang bercakap kepada Malaysiakini dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Menurut sumber SPRM itu, penyiasat telah menyoal beberapa saksi, termasuk kira-kira 90 pengundi yang didakwa telah menerima bayaran daripada PAS untuk mengundi calon parti tersebut.

Daripada siasatan SPRM, pegawai penyiasat dikatakan menemui unsur rasuah yang jelas dalam kejadian itu.

"Terdapat unsur-unsur rasuah, seperti yang dapat dilihat dengan jelas daripada video yang tular," kata sumber lagi.

Di sebalik dakwaan pembabitan parti dan kawasan pilihan raya itu, Malaysiakini difahamkan bahawa pertuduhan dan siasatan tertumpu semata-mata kepada mereka yang memberi rasuah, dan bukannya ahli Parlimen Marang Abdul Hadi Awang.

Selepas berakhirnya PRU15 pada November lalu, timbul dakwaan di media sosial bahawa PAS telah menyogok pengundi.

Dalam salah satu video tular, beberapa individu kedengaran bersumpah di hadapan seorang yang didakwa ahli PAS, mengatakan bahawa mereka telah mengundi parti itu, sebelum bayaran wang tunai dibuat.

Satu lagi video tular menunjukkan orang ramai menunggu di hadapan sebuah bangunan untuk mengambil bayaran daripada PAS selepas selesai  mengundi.

Bagaimanapun, Pengarah pilihan raya PAS Muhammad Sanusi Md Nor segera menafikan perkara itu dengan mendakwa ia hanya helah parti pesaing untuk memburuk-burukkan PAS dan parti Islam itu tidak mempunyai dana untuk membayar pengundi.

Bulan lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa siasatan SPRM telah mengenal pasti sehingga 90 individu yang didakwa menerima wang tunai di Terengganu untuk mengundi sebuah parti.

Suruhanjaya itu dilaporkan berjaya mengenal pasti penerima wang tunai daripada dokumen yang mereka rampas semasa siasatan.

Ia termasuk dokumen yang perlu ditandatangani oleh penerima apabila mereka menerima bayaran, selain perlu mengangkat sumpah.

Dakwaan pembelian undi itu menjadi subjek petisyen pilihan raya untuk membatalkan keputusan pengundian di Marang.

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu telah menolak bantahan awal Hadi bagi menolak petisyen pilihan raya difailkan calon Barisan Nasional (BN) Jasmira Othman untuk membatalkan kemenangannya.

https://www.malaysiakini.com/news/658395




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2023 11:18 AM | Show all posts
Syukur...



Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Lindungilah saksi ittew, kang sekampung mari serang
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Tangkap semua pengundi Marang, kumpulkan di satu padang luas. Tanggalkan tudung dan pakaian islamiyyah mereka supaya tidak mencemar nama baik Ugama kita semasa pendakwaan dijalankan.

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 12:29 PM | Show all posts
Semoga beroleh CASHH!!


Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sudah cukup to form gomen keww?

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2023 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
video wallahi saya undi pas tu kat marang ke rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang2 je jatuh hukum ni...dah ada kes cameron  sebelum ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2023 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 14-3-2023 01:30 PM
video wallahi saya undi pas tu kat marang ke rupanya

Ada netizen tiktok dah zoom in rumah ustaz tu guna Google Maps..cuba cari video nye.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp tak hadi yg kn dakwa..biar diam ckit mulut tu..ckp pun x bawa nilai tambah ekonomi
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 01:56 PM | Show all posts
wallahi wallahi wallahi..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 01:57 PM | Show all posts
alhamdulilah, hapuskan rasuah habis habisan di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 14-3-2023 01:52 PM
Ada netizen tiktok dah zoom in rumah ustaz tu guna Google Maps..cuba cari video nye.

Macam kenal jew
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 14-3-2023 01:52 PM
Ada netizen tiktok dah zoom in rumah ustaz tu guna Google Maps..cuba cari video nye.

Mesti pintu rumah tu tertutup kan ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Derma la sgt…
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 02:06 PM | Show all posts
duit minyak blk ngundi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
la sebab tu eddy beria ckp kasi duit tu sedekah. tempat dia rupanya. takkan takut kalah kot sampai kena rasuah pengundi
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
lebai yg ni ka? ajk pas marang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 03:15 PM | Show all posts
bagi duit kat pengundi ke? pengundi PH x dpt eh?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti keluarlah ayat “pendakwaan terpilih”.. “fitnah akhir zaman” etc. Lobai2 kuat main psikologi pd mereka yg malas berpikir dan sedia kena tonggang dgn penjual agama!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.062407 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list