CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3748|Reply: 0

Dewan Rakyat: 70,000 OKU jalani pemulihan dadah

[Copy link]
Post time 20-3-2023 04:35 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.


Dewan Rakyat: 70,000 OKU jalani pemulihan dadah


KUALA LUMPUR – Seramai 70,000 orang kurang upaya (OKU) di seluruh negara mendapatkan rawatan pemulihan dadah di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sama ada di pusat rawatan atau komuniti.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, daripada jumlah itu, seramai 85 OKU mendapatkan rawatan di dalam pusat kendalian AADK iaitu Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen).

“Kita akan menilai OKU tersebut dan jika mereka benar-benar tidak ada keupayaan, mereka akan dirawat melalui komuniti. Bagaiamanapun, sekiranya ada kemampuan fizikal, rawatan dibuat di Puspen,” katanya.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat selepas menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) berhubung bilangan OKU terlibat dadah di seluruh negara.

Mengulas cadangan Mohd. Suhaimi berhubung penggunaan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi merawat OKU terlibat dadah, Shamsul Anuar berkata, kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah pusat rawatan.

“Cadangan yang berhomat untuk menggunakan PLKN, akan dikaji tapi kita memang ada perancangan untuk menambah (pusat rawatan). Namun ia tidak menjurus lagi kepada PLKN.

“Selain itu dari semasa ke semasa, kita juga akan buat latihan dan meningkatkan keupayaan mereka yang berurusan untuk rawatan OKU ini. Kita juga menggalakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama-sama terutama rawatan di komuniti,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... ni-pemulihan-dadah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.418696 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list