CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: manganini

Rawatan alternatif untuk kanser payudara

[Copy link]
Post time 9-5-2011 02:43 AM | Show all posts
Typhonium Flagelliforme merupakan nama saintifik bagi sejenis pokok herba iaitu keladi tikus. Pokok herba ini boleh

merawati pelbagai jenis penyakit kanser. Daripada pokok herba ini kami telah menghasilkan produk yang berasaskan 100% herba keladi tikus tanpa sebarang campuran bahan kimia bagi memudahkan cara pemakanannya untuk merawat

kanser. Produk ini dinamakan Super Typhonium Flagelifforme atau kapsul keladi tikus yang telah terbukti melalui ujian makmal. Ianya juga boleh dijadikan sebagai makanan tambahan.

CARA PEMAKANAN

Sebotol 90 kapsul RM90(SEMENANJUNG)RM120(SABAH&SARAWAK)
(2 btol tempoh sebulan)

Penghantaran melalui POSLAJU(tanpa kos penghantaran)

6 kapsul sehari, 3 kapsul pagi 3 kapsul malam

(bergantung pada kondisi pesakit)

Perhatian!!!
2 - 7 hari pengambilan akan mengalami simpton - simpton mual, najis berwarna hitam dan lesu. Kadang - kadang pesakit muntah atau mual setelah pengambilan yang lama, hentikan seketika sampai gejala hilang dan teruskan pengambilan dengan mengurangkan dos atau penggunaan berdasarkan nasihat doktor. Wanita hamil tidak digalakkan untuk mengambil kapsul ini

Ingin bersama kami memerangi kanser!! Jika ya, mulakan makan sihat dan gaya hidup sihat sekarang!!

Untuk Maklumat Lanjut:

http://www.penawarkanser.com

http://bebaskanser.blogspot.com

Wan 0179075355
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2011 10:13 AM | Show all posts
ibu mertua saya baru ja pulih dari breast cancer...selepas operation & kimo. Ini amalan ibu selepas proses rawatan:

1. minum soya buatan sendiri setiap hari
2. minum jus buah-buahan buatan sendiri (orange, apple jihau, carrot, belimbing - campur semua.. tanpa gula ya)
3. masak masak guna minyak jagung
4. tidak memasukkan sebarang perisa dalam masakan (ajinomoto, kiub ikan bilis dan sebagainya)
5. kurangkan makanan berminyak
6. tak makan daging lembu dan organ dalaman
7. banyakkan makan yang berkukus sahaja
8. mee & kuewteow pun tak makan - hanya makan meehun
9. makanan segera mcm KFC & MCD tak makan
10. minum susu setiap hari 2 gelas
11. suppliment - sarang burung, spirulina , vit C, b complex & ubat doktor

memang mak betul2 disiplin ikut arahan doktor dan Alhamdulillah mak semakin pulih dan nampak segar aja sekarang..tak mcm dulu lagi


Kebaikan Sarang Burung Walit

Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung Walit merupakan agen pemutih kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi pengidap asma, ia juga dikatakan merupakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada pelbagai eksperimen dan penelitian menunjukkan... bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:

zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walit dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

sarang burung walit dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga merupakan nurtisi bagi paru-paru dan menguatkan saluran pencernaan.

pengambilan sarang burung walit semasa kehamilan dapat mengurangkan rasa sakit punggung, memperkuatkan paru-paru bayi yang dikandung. Juga mempercepatkan proses penyembuhan setelah melahirkan.

untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit , menghilangkan parut serta melambatkan proses penuaan.

untuk orang tua, pemakan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang, serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

untuk kanak-kanak, sarang burung walit dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan, dan memperkuatkan paru-paru.

merupakan makanan yang amat baik kepada perokok, serta mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin untuk mencegah serangan kanser.



http://asziemiworld.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2011 12:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by Cybersetan. at 22-5-2011 00:45
Reply  mnaa


    kalau bedah batin tu kene gi indonesia ke? jauhnye la haii.. aku kat borneo ni ...
manganini Post at 3-12-2010 00:04



Jangan kena kelentong dgn BEDAH BATIN. Melayu memang mudah LUPA dan sangat mudah diperdaya.
Baca yg berikut:

http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=1070318&hl=

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=187788
Kenyataan RASMI dari KEMENTERIAN KESIHATAN:

Home / Consumer Education Info / Info10

Pembedahan Batin...Adakah Haram atau dibenarkan disisi Islam


Kebiasaannya dilakukan oleh individu yang menggelarkan dirinya ustaz, atau berpakaian seperti guru agama, menggunakan gelaran tertentu iaitu untuk meyakinkan orang awam bahawa diri mereka adalah istimewa dan memiliki kebolehan untuk merawat dengan kaedah mistik yang kononnya berlandaskan syariat Islam.

Apa kata mereka?

1.    Pengamal meyakinkan anda bahawa rawatan pembedahan batin ini berupaya menggantikan rawatan pembedahan moden bagi penyakit kronik seperti masalah jantung, barah otak, barah hati dan lain-lain penyakit serius.

2.    Meyakinkan orang ramai bahawa kaedah ini tidak menyakitkan walaupun tiada ubat pelali digunakan.

3.    Tempoh masa untuk sembuh adalah singkat.




Fakta disebalik kata-kata mereka?

1.    Tiada bukti kukuh dari AL-Quran dan Hadis bahawa amalan pembedahan batin ini mengikut syariat Islam.

2.    Amalan ini HARAM dilakukan kerana pengamal mungkin menggunakan ilmu hitam, silap mata, perantaraan jin atau syaitan atau sihir semasa melaksanakan pembedahan.
Pengguna juga ditipu dengan janji manis keberkesanan rawatan ini di samping bayaran pembedahan yang tidak munasabah.



Renungan bersama:

Memang satu kewajipan untuk kita terus berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihadapi. Seperti terkandung dalam hadis yang biasa kita dengar yang bermaksud…

“Tidak ada penyakit yang Allah turunkan itu melainkan ada ubatnya…”
Tetapi berwaspadalah kita, dengan setiap cara untuk kita berubat atau berikhtiar, perkara Haram tetap menjadi Haram dan alasan tidak akan menghalalkan cara.



Sumber rasmi: http://tcm.moh.gov.my/v2/modules/mastop_publish/?tac=78
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 12:21 AM | Show all posts
Apa itu kanser Payudara?
Kanser payudara marupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita Malaysia. Kanser payudara berpunca dari sel- sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal. Jika tidak dikesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru- paru dan hati.




Apa Menyebabkan Kanser Payudara?
Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun ke atas adalah berisiko menghadapi kanser payudara. Faktor- faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara:

    *
      Usia yang meningkat.
    *
      Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.

    *
      Telah mendapat kanser pada satu payudara.
    *
      Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur melebihi 50 tahun.
    *
      Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
    *
      Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.





Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Mencegah Kanser Payudara?
Kanser payudara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payudara adalah satu kanser yang paling mudah dikesan.

Pegesanan boleh dilakukan dengan Pemeriksaan Sendiri Payudara. Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapat Pemeriksaan Payudara oleh seorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.
Pemeriksaan payudara secara tetap akan membolehkan seorang wanita mengesan payudara pada peringkat yang awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.
Bila Mesti Melakukan PSP?
Anda mesti melakukannya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke 7 hingga ke 10 selepas bermulanya haid anda. Sekiranya jangka masa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.

Bagaimana Melakukan PSP?
Ia boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu, melihat perubahan di hadapan cermin dan mengesan perubahan dengan cara berbaring.

1.  Melihat Perubahan Di Hadapan Cermin.
Lihat pada saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras kedua- dua puting payudara.

Kedudukan 1
Tanggalkan pakaian anda pada paras pinggang, dan lihat diri anda di hadapan cermin.

Kedudukan 2
Angkat kedua- dua tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara anda dari berbagai sudut.

Kedudukan 3
Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan anda di sisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara

Kedudukan 4
Tegangkan otot- otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.

Tanda- Tanda Amaran Yang Perlu Diperhatikan Semasa Pemeriksaan.

    *
      Benjolan di payudara atau ketiak
    *
      Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luar biasa.
    *
      Kerutan atau lekuk yang luar biasa pada payudara.
    *
      Puting payudara tertarik ke dalam.

Perdarahan atau lelehan luar biasa dari puting payudara

2.  Mengesan Perubahan Dengan Cara Berbaring

Langkah 1: Persediaan
Mulakan dengan PAYUDARA KANAN. Baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan kedua- dua lutut anda. Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah dilipat di bawah bahu sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa.
Kemudian letakkan tangan kanan anda di bawah kepala.Gunakan tangan kiri anda untuk memeriksa payudara kanan anda.Gunakan tapak jari- jari anda untuk memeriksa sebarang BENJOLAN atau PENEBALAN. Periksa payudara anda dengan menggunakan kaedah- urutan menegak (Vertical Strip) dan Kaedah pusingan (Circular).

Langkah 2: Pemeriksaan Payudara Kaedah Urutan Menegak
Periksa seluruh kawasan payudara dalam corak urutan menegak, dari tulang selangka di bahagian atas ke garis- kutang (bra- line) di bahagian bawah; dan dari garis- tengah di bahagian bawah ketiak anda. Menggunakan tangan kiri, mulakan urutan pertama di ketiak anda. Buat pusingan ringan dan tekan kuat di tempat ini untuk merasakan sebarang benjolan atau penebalan.gerakkan tangan anda perlahan- lahan ke bawah ke arah garis- kutang menggunakan pusingan ringan dan tekan kuat di setiap tempat. Di bahagian bawah garis- kutang, bergerak lebih kurang dua sentimeter ke kiri dan terus ke arah atas menuju ke tulang selangka anda dengan melakukan pusingan dan tekanan. Bergeraklah ke atas dan ke bawah mengikut urutan dan liputi seluruh kawasan yang ditunjukkan.

Langkah 3: Pemeriksaan Payudara Kaedah Pusingan
Bermula di bahagian atas payudara anda, buat pusingan yang besar. Bergeraklah sekeliling payudara anda dengan memerhatikan sebarang benjolan atau penebalan yang luar biasa. Buat sekurang- kurangnya tiga pusingan kecil sehingga anda sampai ke puting payudara. Lakukan ini sebanyak dua kali, sekali dengan tekanan ringan dan sekali dengan tekanan kuat. Jangan lupa periksa bahagian bawah areola ( kawasan hitam ).

Langkah 4: Pemeriksaan Lelehan Di Puting Payudara
Menggunakan kedua- dua belah tangan, tekan payudara anda untuk melihat samaada terdapat sebarang lelehan luar biasa dari puting payudara.

Langkah 5: Memeriksa Ketiak Anda
Jatuhkan tangan kanan anda di sisi dan rasa ketiak anda dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan.

PEMERIKSAAN PAYUDARA KIRI
Mula sekali lagi dengan langkah 1 hingga ke langkah 5 untuk PAYUDARA KIRI dengan cara yang sama menggunakan tangan kanan.

Adakah Semua Benjolan Dalam Payudara Menandakan Kanser?
9 daripada 10 benjolan yang terdapat di dalam payudara bukanlah kanser. Walau bagaimanapun, anda perlu berwaspada terhadap semua benjolan dalam payudara, dan perlu berjumpa dengan doktor anda dengan segera.[url][/url]


NORASMA BINTI MUHAMAD
Facebook : Asma Asziemiworld
Facebook Page : Sarang Burung Alga Prima
Email : asziemiworld@yahoo.com
Phone No : 019-4470675





  



       
       
Awesome Inc. template. Powered by Blogger.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2011 04:17 PM | Show all posts
thanks for all the feedbacks
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.052716 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list