CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Raline

WAR! Farid Kamil akan diheret ke Mahkamah Oleh Syamsul Yusof? “Kita dah tua Bro, apa kau nak buat ‘game’ budak-budak. Jadi, aku jumpa kau di mahkamah,

  [Copy link]
Post time 23-3-2023 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
3chanceno replied at 22-3-2023 07:09 AM
Mungkin Parid ada banyak $, tu yg tak kisah kalau disaman....banyak betul kes2 retis tahun nie, leti ...

Jap...FK tak mention nama sesapa pun kat situ..still boleh saman ke? Alangkan shakira buat lagu lirik kena sebijik kat ex dia pun, loyer kata tak boleh saman sbb takde sebut nama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 23-3-2023 08:14 AM
Jap...FK tak mention nama sesapa pun kat situ..still boleh saman ke? Alangkan shakira buat lagu li ...

Entahlah apa yg samdol dah plan..cuma sibuk ke sana sini, naik turun mahkamah..baca berita pasal kenyataan2 dia nie, berharap ps siap bincang dgn loyar dgn teliti..apooi kalo bini dah curang masih nak simpan lagik?  Tu yg buat meols terpikir apa yg samdol nak buat seterusnya bukan straightforward.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
AWEKSAMURAI replied at 23-3-2023 04:51 AM
Haaa aku bru nk ckp benda ni FK mana ada sebut nama dia pun yg si Sol terasa sgt tu kenapa...kata  ...

"selagi FK x mention nama Sol x bleh lah babi buta saman FK"

Salah tu. Selagi orangramai senang2 tahu siapa yg dimaksudkan maka boleh saman.

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 23-3-2023 07:14 AM
Jap...FK tak mention nama sesapa pun kat situ..still boleh saman ke? Alangkan shakira buat lagu li ...

"Terdapat tiga elemen utama sebelum anda boleh mengambil tindakan saman fitnah terhadap pemfitnah anda. Pertama, kenyataan yang diungkapkan mestilah mempunyai elemen atau unsur fitnah terhadap anda. Kenyataan yang semata-mata memalukan anda (tetapi tidak mempunyai unsur fitnah) tidak boleh dijadikan sebagai hujahan dan pembuktian dalam kes saman fitnah.

Kedua, kenyataan fitnah tersebut haruslah ditujukan secara jelas kepada anda atau kenyataan berunsur fitnah tersebut boleh dikenal pasti sebagai telah ditujukan kepada anda walaupun nama anda tidak disebut secara nyata dalam kenyataan berunsur fitnah tersebut.

Ketiga, kenyataan berunsur fitnah itu telah diungkapkan atau dikongsikan kepada orang ramai."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2023 09:42 AM | Show all posts

SYAMSUL mengakui sedih dengan apa yang berlaku membabitkan rumah tangganya sehingga melibatkan keluarga, namun hanya menyerahkan kepada waktu perihal permintaan ibunya supaya dia pulang ke rumah.

Bukan sekarang, tunggu masa tepat – Syamsul

PETALING JAYA – “Hanya waktu yang mampu menjernihkan keadaan.”

Demikian maklum balas Syamsul Yusof mengulas rayuan ibunya, Datin Fatimah Ismail yang meminta dia pulang ke rumah bagi menyelesaikan isu antara mereka.

Kata pengarah filem Munafik itu, dia turut mengakui berasa sedih dengan situasi membabitkan perkara yang diluahkan insan kesayangannya itu.

“Saya pun sedih. Siapa yang tak sayangkan ibu. Cuma mungkin bukan sekarang. Hanya masa yang akan menjernihkan keadaan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) di sini, pagi tadi.

Anak kepada Datuk Yusof Haslam itu yang ditemani sepupunya menghadiri sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan isterinya, Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38.

Terdahulu, hari ini Kosmo! melaporkan bapanya yang juga sutradara tersohor berharap Syamsul dapat berjumpa ibunya dan meminta maaf bersempena kedatangan Ramadan.

Malah Yusof, 68, juga mendoakan bulan penuh rahmat ini dapat menjentik hati anaknya serta pihak yang terlibat dalam kemelut membabitkan keluarganya bermuhasabah.

Malah sebagai ayah, beliau sedih melihat situasi semakin tidak terkawal apabila Syamsul menganggap nasihat ibu supaya kembali ke pangkal jalan sebagai racun.

Perkara itu diluahkan Yusof susulan Syamsul menyentuh mengenai berkemungkinan Fatimah meminta dia menceraikan Puteri Sarah ketika sidang media tergempar bersama peguamnya, kelmarin.

Menerusi sumber, difahamkan pemilik nama sebenar Mohd. Syamsul Mohd. Yusof itu sudah lama tidak bertemu ibu bapanya. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... masa-tepat-syamsul/

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul la berani bawak masuk mahkamah.. hujung2 DD mengaku mmg kena pukul… mampos ko situ Sol .. mendapatla kawin dgn bohsia terus bawak sial bertimpa2
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-3-2023 10:01 AM | Show all posts
CrowneGlory replied at 25-3-2023 09:44 AM
Kalau betul la berani bawak masuk mahkamah.. hujung2 DD mengaku mmg kena pukul… mampos ko situ Sol  ...


BUKAN meminta cerai kerana harta, Puteri Sarah berkata, selama ini dia berusaha sendiri mencari pendapatan menanggung kedua anak-anaknya. Foto - SHIDDIEQIIN ZON

‘Minta cerai bukan sebab nak harta sepencarian’

KUALA LUMPUR – Pelakon Puteri Sarah Liyana menepis tanggapan segelintir pihak yang mendakwa tindakannya untuk bercerai adalah ingin mendapatkan harta sepencarian dengan suaminya, Syamsul Yusof.

Katanya, sepanjang tempoh ini, dia bekerja keras dengan mengambil tawaran berlakon dan projek sampingan bagi mencari pendapatan sendiri untuk menyara dua permata hati.

“Anak-anak adalah keutamaan saya. Orang luar semua boleh nampak selama ini saya keras demi mereka. Ini pun saya tidak cukup tidur kerana habis kerja penggambaran lewat malam tadi.

“Jadi takkanlah saya nak menuntut cerai semata-mata kerana harta. Apabila dia (Syamsul) memfailkan nusyuz, saya pula terus menuntut hadanah iaitu hak penjagaan anak-anak.

“Saya tidak tuntut harta pun, sebaliknya cuma menuntut hak penjagaan anak semata-mata. Jadi anda boleh tahu apakah keutamaan dan perkara nombor satu dalam hidup saya ketika ini.

“Ini kerana anak-anak sentiasa dengan saya dan kami tidak pernah berenggang,” kata Puteri Sarah ketika ditemui di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, pagi tadi.

Pelakon itu hadir ke Jawi bagi menghadiri sesi Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dengan suaminya, namun proses tersebut gagal menemui jalan penyelesaian.

Puteri Sarah ditemani adiknya, Puteri Sofea, manakala Syamsul pula membawa sepupunya bagi proses rundingan yang berjalan lebih dua jam itu.

Terdahulu pada 7 Mac lalu, mereka diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka selepas Syamsul enggan melafazkan talak.

Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah. 4.

Pada 6 Januari 2023, anak kepada Datuk Yusof Haslam itu mengumumkan bernikah lagi satu dengan Ira Kazar di Thailand dan perkahwinan mereka didaftarkan di Malaysia pada 20 Januari 2023.

Sebelum itu, kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah menjadi perhatian ramai sejak pertengahan tahun lalu apabila aktres itu mendedahkan kehadiran ‘orang ketiga’ iaitu Ira. – KOSMO! ONLINE

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... -harta-sepencarian/

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 10:04 AM | Show all posts
Raline replied at 25-3-2023 10:01 AM
BUKAN meminta cerai kerana harta, Puteri Sarah berkata, selama ini dia berusaha sendiri mencari p ...

syariat memang membenarkan tuntutan harta sepencarian, boleh je tuntut utk meneruskan kehidupan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2023 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 25-3-2023 10:01 AM
BUKAN meminta cerai kerana harta, Puteri Sarah berkata, selama ini dia berusaha sendiri mencari p ...

Cantiknya ps
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2023 10:43 AM | Show all posts
Dilabel ‘Kaki Pukul’, Syamsul Yusof Persoal Farid Kamil – “Kenapa Aku Tak Masuk Penjara Macam Kau?”

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof meluahkan rasa berang selepas dia dilabel sebagai lelaki kaki pukul oleh pelakon, Farid Kamil tanpa sebarang bukti.

Bukan itu sahaja, Syamsul menganggap tindakan Farid sebagai melampau kerana telah menyentuh mengenai keluarga, filem, dan menyebut nama ayahnya, Yusof Haslam.

Malah, pengarah berusia 38 tahun itu turut mempersoalkan sekiranya perkara itu benar, mengapa dia tidak pernah berhadapan hukuman penjara diatas kesalahan tersebut.

Sedar tak, kenapa saya tak masuk penjara ni? Kenapa aku tak masuk penjara macam kau? Minta maaf cakap, sebab buktinya tak ada lagi.
Dalam pada itu, Syamsul berkata dia enggan membongkar kisah peribadi Farid kerana bimbang pelakon berusia 39 tahun itu akan menanggung malu besar.

Kalau saya buka cerita lama, malu pihak sebelah sana. Kalau aku cakap menangis tak sudah kau bro. Kau dah main hati dan perasaan.
Dalam pada itu, suami kepada Puteri Sarah Liyana itu turut meluahkan simpati terhadap Farid yang sedang berdepan masalah rumah tangga bersama isterinya, Diana Danielle.

Sorry about that. Tapi itulah, saya tak tahu dia ni apa hal, daripada dulu, apa masalah dia dengan saya pun tak tahulah.
Malah, Syamsul memaklumkan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Farid.

Tak puas hati kita jumpa di mahkamah, ikut undang-undang. Kenapa nak tunjuk kau lagi bagus daripada aku ke?

SUMBER:https://beautifulnara.com/dilabe ... -penjara-macam-kau/

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok juga saman. Time tu segala khazanah lama akan terkorek dan sesilap nasib DD akan terbela akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
razzia replied at 22-3-2023 08:45 PM
di akan dtng anak2 mereka dh besar..ank dd che mad yg hensem,ank sarAh yg cantik bertemu jodoh.mcm f ...

Aku rasa boleh je, sbb mak2 diorg mmg baik dan rapat. Bapak2 diorg je yg bercakaran, tapi peduli hapa, bapak masing2 bukan boleh pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2023 01:11 PM | Show all posts
Isu Syamsul Yusof Mahu Saman, Ini Respons Farid Kamil: “Saya Tak Kenal Siapa Dia”



Pelakon Farid Kamil enggan membuka mulut mengenai saman yang bakal dibuat pengarah sensasi, Syamsul Yusof terhadap dirinya.

Hal ini susulan Farid dipercayai menyindir dan mendakwa Syamsul pernah memukul seorang wanita bernama Diana sebelum ini yang dipercayai merujuk kepada isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle.


Lebih panas, muat naik Farid itu dibuat sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana mendedahkan pernah dipukul oleh suaminya menyebabkannya keluar rumah sekitar 2020.

Farid ketika ditemui XTRA bagaimanapun memberikan jawapan sinis dengan memberitahu media bahawa dia tidak mengenali pengarah terbabit.

“Saya tak kenal siapa dia,” katanya ringkas sambil tersenyum.

Syamsul pada sidang media khas minggu lalu memaklumkan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon filem Lagenda Budak Setan itu kerana dianggap tidak matang.

Untuk rekod, Syamsul dan Diana pernah menjalin cinta sekitar 2005 sebelum hubungan itu terlerai pada penghujung 2008.

Diana kemudian bercinta dengan Farid sebelum mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.

Sumber:https://www.xtra.com.my/hiburan/ ... ak-kenal-siapa-dia/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.058126 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list