CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2886|Reply: 2

Serangan Panik; Adakah Ia Normal? Ambil kesah atau buat deqq??

  [Copy link]
Post time 22-3-2023 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Serangan Panik; Adakah Ia Normal?



“Kau dah kenapa Mad, nampak pucat semacam ni?”

“Entah weh, aku rasa berdebar, tak tahu kenapa ni, rasa takut semacam, macam nak mati dah rasa, rasa macam nak gila dah wehh..”

Anda pernah mengalami situasi seperti di atas? Rasa berdebar, sesak nafas, sakit dada, loya dan rasa nak muntah, seram sejuk badan dengan tiba-tiba?Kluster simptom- simptom seperti di atas, kita gelarkan ia sebagai simptom-simptom serangan panik atau panic attack.

1. SIMPTOM – SIMPTOM SERANGAN PANIK

Terdapat pelbagai simptom yang mungkin berlaku dalam satu episod serangan panik dan tidak semestinya kesemua simptom tersebut mesti ada pada setiap episod. Kebiasaannya, dalam setiap serangan, individu akan mengalami beberapa simptom sekaligus dalam tempoh masa yang singkat yang kemudiannya akan hilang dengan sendiri selepas beberapa ketika. Individu tersebut akan okey atau kembali kepadafungsi yang normal (baseline) dan emosinya ketika selang antara episod- episod serangan tersebut.   

Simptom serangan panik :

  • Berdebar- debar
  • Berpeluh- peluh
  • Menggeletar
  • Rasa sesak nafas
  • Rasa seperti tercekik
  • Sakit atau tidak selesa pada bahagian dada
  • Loya tekak, sakit perut atau tidak selesa perut
  • Pening atau hampir pitam
  • Rasa sejuk atau panas pada anggota badan
  • Rasa kebas atau semut-semut pada anggota badan
  • Rasa situasi sekeliling seperti tidak real (derealization)
  • Rasa diri bukan seperti diri sendiri (depersonalization)
  • Takut akan menjadi gila atau hilang kawalan pada diri
  • Perasaan takut mati


2. ADAKAH SERANGAN PANIK INI NORMAL?

Ya, serangan panik ini sebenarnya adalah normal. Semua orang pasti pernah mengalami serangan panik dalam kehidupan seharian. Ia dianggap normal kerana ia merupakan reaksi fisiologi badan yang bertindak balas terhadap sesuatu situasi atau perkara yang dianggap sebagai ancaman dengan cara merembeskan hormon adrenalina (fight and flight). Ancaman yang dimaksudkan boleh didapati dalam pelbagai bentuk, sebagai contoh dalam situasi yang mendebarkan seperti berucap dihadapan orang ramai ataupun dalam situasi berhadapan konflik seperti diancam bunuh.

Namun, serangan panik ini juga boleh dianggap tidak normal (disorder), apabila :

Situasi di atas terlalu kerap berlaku dan tiada sebab yang khusus untuk ia berlaku (boleh berlaku walaupun sedang berehat dan tiada pencetus atau punca kepada episod panik tersebut).
Wujud ketakutan yang berterusan akan kemungkinan berlakunya serangan panik yang seterusnya atau individu tersebut terpaksa mengubah suai rutin kehidupan atau perangai bagi mengelakkan serangan panik dari berlaku seperti melakukan atau meninggalkan sesuatu.
Menjejaskan fungsi normal individu seperti makan, tidur, bekerja, bersosial dan sebagainya.
Tiada diagnosis penyakit psikiatri atau perubatan yang lebih tepat.

3. APA PUNCA SAYA DAPAT PANIC DISORDER NI?

Berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan, tiada perkara yang boleh dikatakan sebagai 100% punca mutlak yang mengakibatkan Panic Disorder ini terjadi. Namun, terdapat beberapa teori yang menyumbang kepada penyebab terjadinya penyakit ini seperti genetik, cara didikan ibubapa yang terlalu mengongkong sehingga mengganggu kemandirian anak, Kemahiran daya tindak (Coping Skills) yang lemah atau terdapat trauma di masa silam.

4. BAGAIMANA UNTUK MENDIAGNOSIS PANIC DISORDER?

Panic disorder, sama seperti masalah Anxiety Disorder yang lain, ialah penyakit kesihatan mental.

Justeru, sebarang kemungkinan bahawa simptom yang dihadapi adalah disebabkan oleh penyakit atau sebab organik lain (misalnya, masalah jantung, pengambilan dadah, masalah metabolisme badan seperti tiroid atau kurang gula dalam badan) perlulah diambil kira dan dikecualikan terlebih dahulu. Hal ini memerlukan penilaian dan tindakan daripada pihak professional yang pakar . Kebiasaannya, beberapa ujian klinikal akan dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan capaian diagnosis yang lebih tepat.

5. SELAIN BANTUAN DOKTOR, APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN?

Anda perlu cuba mengawal diri bila berada dalam situasi tersebut. Bagaimana?

Terdapat pelbagai cara atau tips yang boleh dilakukan ketika sedang menghadapi sebarang stres. Teknik- teknik ini tidak hanya terpakai untuk pesakit kesihatan mental bahkan dapat dipraktikkan oleh masyarakat umum.

Tips Psikologi:

a. Breathing relaxation exercise

b. Progressive muscle relaxation

c. Mindfulness

Tips lain : Pastikan anda mengamalkan gaya hidup sihat seperti kerap bersenam, menjaga rutin tidur yang baik, mengamalkan pemakanan yang seimbang, kerap bersosial dengan ahli keluarga untuk mendapatkan sokongan yang anda perlukan.


Sumber:https://jiwadamai.com/2021/01/08/serangan-panik-adakah-ia-normal/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aha jangan panik! Salam Ramadan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 10:02 PM | Show all posts
adila39 replied at 22-3-2023 11:51 PM
Aha jangan panik! Salam Ramadan.

waalaikumussalam, Ramadhan kareem
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.212725 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list