CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2754|Reply: 0

Rupanya Guna 3 Bahan Ini Dah Boleh Buat Sos Perapan BBQ, ‘Save’ Bajet & Enak!

[Copy link]
Post time 29-3-2023 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Rupanya Guna 3 Bahan Ini Dah Boleh Buat Sos Perapan BBQ, ‘Save’ Bajet & Enak!





Siapa sangka hanya dengan menggunakan tiga bahan ini, sudah mampu menghasilkan sos perapan yang enak! Malah, ia juga dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan sekiranya anda bercadang untuk membuat barbeku bersama keluarga besar.

Selain sos perapan ini digunakan untuk memerap ayam dan sosej, ia juga boleh digunakan untuk kambing seperti dikongsikan oleh Puan Norhayati Che Ismail di bawah. Jadi, bolehlah hari-hari berbarbeku bersama anak-anak.

3 BAHAN MUDAH BUAT SOS PERAP



Welcome back dunia masak-memasak hehe. Rasa sendu pulak FB dah lama Kak Yatt tak share resepi dan tips mudah memasak ni kan.

Hari ini akak bagi resepi atau cara buat sos perap yang mudah, simple, bajet dan yummy. Kalau nak ubah buat untuk ayam, sosej ke pun boleh tau. Takda masalah langsung. Sama je cara dia. Resepi ini Kak yatt guna lamb slice.

RESEPI SOS PERAPAN 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:

  • Serbuk cili.
  • Sos blackpaper.
  • Madu.


Itu sahaja. Mudah kan? Siapa kata susah nak buatnya hehe.

CARA PENYEDIAANNYA:



1. Campurkan sahaja 3 bahan diatas. Sukatan dia Kak Yatt main letak saja.

2. Cuma sos blackpaper kena lebih. Habiskan sepeket pun tak apa. Jika nak pedas lebihkan serbuk cili.

3. Kemudian gaulkan lamb slice, atau potongan ayam kalau nak buat ayam.

4. Rasa dulu. Ada pedas, manis madu kira ok dah. Adjust rasa ikut tekak memasing. Dalam gambar ni memang buat pedas dan lebihkan sos blackpaper nanti sos perap tu masa bakar tak kering.

5. Perap 5,6 jam baru bakar. Ini Kak Yatt perap tengahari, malam baru bakar. Baru dia ummmph gitu.

6. Masa bakar ni pakai kuali lebar je. Letak minyak supaya isi tak kering. Then boleh letak sos perap masa nak pusing-pusing isi supaya lebih sedap.

Itu sahaja cara buat sos perap. Nak makan dekat luar tak baloi pulak rasa. Lagi sedap buat sendiri. Tapi sesekali rasa malas, nak makan luar tak ada masalah.

Dah tau boleh cuba. Dah cuba nanti bagitau hasil tau hehe. Resepi ni memang sesuai untuk kita yang nak luang masa berBBQ dengan family kita. Pun dah seronok tau.

Kak Yatt Kongsi Resepi.

Sumber: Facebook Norhayati Che Ismail via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)
https://siraplimau.com/rupanya-g ... bq-save-bajet-enak/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.060772 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list