CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15445|Reply: 0

Hutang Kerajaan Persekutuan dijangka selesai sepenuhnya pada 2053 - MOF

[Copy link]
Post time 30-3-2023 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Hutang Kerajaan Persekutuan dijangka selesai sepenuhnya pada 2053 - MOF


Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan dijangka dapat menyelesaikan hutangnya pada tahun 2053 dengan mengambil kira tiada sebarang pinjaman baharu dibuat bagi tujuan pembiayaan defisit dan membiayai semula hutang yang matang mulai 2024 dan seterusnya, kata Kementerian Kewangan (MoF).

Menurut kementerian itu, hutang Kerajaan Persekutuan sehingga akhir 2022, adalah berjumlah RM1,079.6 bilion atau 60.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Daripada jumlah itu, hutang dalam negeri adalah sebanyak RM1,050.1 bilion, manakala pinjaman luar pesisir sebanyak RM29.5 bilion.

Sekiranya mengambil kira pendedahan kerajaan kepada liabiliti lain, jumlah hutang dan liabiliti kerajaan Persekutuan pada akhir 2022 adalah sebanyak RM1.45 trilion atau 80.9 peratus daripada KDNK.

Jumlah itu meliputi hutang Kerajaan Persekutuan (RM1,079.6 bilion), komitmen jaminan (RM205.9 bilion), 1MDB (RM18.2 bilion) dan liabiliti lain (RM142.2 bilion).

"Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan bayaran khidmat hutang atau 'debt service charges' (DSC) dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan.

"DSC ini diperuntukkan sebagai item tanggungan T13 iaitu satu perbelanjaan tanggungan yang terlebih dahulu diberi keutamaan daripada item perbelanjaan yang lain, seperti yang termaktub di bawah Perkara 98(1)(b) Perlembagaan Persekutuan iaitu segala caj hutang adalah di bawah tanggungan kerajaan Persekutuan," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Ia bagi menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang ingin tahu mengenai kadar hutang negara yang mencecah hampir RM1.5 trilion.

Mengulas lanjut, Kementerian Kewangan berkata, DSC merangkumi bayaran faedah tahunan ke atas hutang terkumpul kerajaan Persekutuan dan lain-lain kos pengurusan berkaitan dengan terbitan kertas hutang berkenaan.

DSC pada 2018 adalah sebanyak RM30.5 bilion, 2019 (RM32.9 bilion), 2020 (RM34.5 bilion) dan 2021 (RM38.1 bilion) dan 2022, RM41.3 bilion, tambahnya.– BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... epenuhnya-pada-2053

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.054128 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list