CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 105|Reply: 0

[Tempatan] Hampir 700,000 penumpang dijangka menaiki penerbangan sepanjang tempoh Hari Raya Aidilfitri

[Copy link]
Post time 20-4-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Hampir 700,000 penumpang dijangka menaiki penerbangan sepanjang tempoh Hari Raya Aidilfitri berdasarkan jumlah penerbangan yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), kata Pengerusi Eksekutif MAVCOM Datuk Seri Saripuddin Kasim.

Justeru bagi memastikan kelancaran dan keselesaan pengguna, MAVCOM menjalankan pemeriksaan mengejut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 serta Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang bermula 17 April lepas.

"Daripada pemeriksaan kami, suruhanjaya ingin melaporkan bahawa tahap kesediaan kedua-dua syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang di kesemua titik sentuh penumpang penerbangan adalah memuaskan selari dengan jangkaan peningkatan trafik penumpang.

"MAVCOM akan terus menjalankan pemeriksaannya dan bekerjasama bersama syarikat penerbangan serta operator lapangan terbang bagi memastikan tahap perkhidmatan ini berterusan sepanjang tempoh perjalanan Hari Raya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, MAVCOM melalui surat pada 14 April lepas turut memberi peringatan kepada pemain industri untuk memastikan kesediaan operasi secara konsisten bagi mengelakkan gangguan penerbangan.

Selain itu, MAVCOM menggesa syarikat penerbangan mematuhi jadual penerbangan serta slot yang diluluskan, selain pengendali lapangan terbang juga diingatkan untuk mematuhi tahap perkhidmatan yang ditetapkan.

Pada masa sama, suruhanjaya itu menggalakkan pengguna untuk mendaftarkan aduan mereka dengan syarikat penerbangan atau pengendali lapangan terbang sekiranya berlaku gangguan penerbangan.

Katanya, pengguna terjejas yang tidak menerima maklum balas atau tidak berpuas hati dengan penyelesaian yang diberikan oleh syarikat penerbangan atau pengendali lapangan terbang boleh mengemukakan aduan di laman web www.flysmart.my atau aplikasi mudah alih FlySmart.

Pengguna juga boleh menghubungi talian pengguna MAVCOM di 1800-18-6966 untuk panggilan dalam Malaysia atau +603-7651 2777 untuk panggilan dari luar Malaysia, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.080976 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list