CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 504|Reply: 13

[Tempatan] Alhamdulillah…hujan dah turun!

  [Copy link]
Post time 22-4-2023 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by BicaraHatiku at 22-4-2023 04:57 PM

KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal di Selangor membabitkan Sabak Bernam, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang, selain Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 9 malam ini.

Amaran turut dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (METMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook untuk Kedah membabitkan Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

METMalaysia berkata, beberapa kawasan di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan turut diramal mengalami hujan lebat serta angin kencang.

"Ramalan di Perak membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak manakala Kelantan hanya membabitkan Gua Musang.

"Amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang turut dikeluarkan bagi Pahang membabitkan Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera manakala Negeri Sembilan untuk Seremban, Port Dickson dan Jempol.

"Di Johor membabitkan Segamat manakala Sarawak di Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu dan Kapit (Song)," kata kenyataan itu.

METMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila ada tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) setiap sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.- BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2023 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..malam tadi,lepas maghrib gerimis.agak lama la jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2023 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ini bikin ribut-ribut?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2023 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Angkat kain hujan, jemuran dah turun
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2023 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Subuh pagi ni pon dengan guruh kilat tapi hujan sikit je setakat gerimis,masuk pagi ke tengah hari tu sampai ke petang kemain panas,pas asar ni la baru mendung angin kencang,hujan lum turun lagi,syukur la kalo hujan lebat malam ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2023 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
I kat Felda Palong. Alhamdullilah hujan turun lebat. Tapi sekejap aje.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
patut la tengahari td panas sangat
Alhamdulillah hujan turun
byk pulak kenderaan jln segamat - kuantan ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2023 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ku sangka panas sampai ke petang..rupanya hujan  la ni jugok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2023 06:52 PM | Show all posts
tempat aku mendung dari pukul 11 pagi tadi, walaupun tak hujan
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2023 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlis ujan di tengahari
Alhamdulillah sejuk sikit beraya tadi
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2023 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ktrg sakan guruh gelap mendung je tghari td ujung2 panas berasap smpai skrg
on ekon kipas tak jd apa...ke sbb karbon dioksida byk sgt dlm umah ni, penuh ummah iols sakit kepala dah melayan org
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2023 10:00 PM | Show all posts
Pagi sampai ptg memg panas berkuap. Ptg akhirnya gelap n hujan lega jugaklah
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
mendengar guruh di langit,air ditempayan dicurahkan….
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
KL ujan.. Syok lega.. Nyaman raya sambil layan tv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.250691 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list