CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 499|Reply: 7

[Tempatan] Usahawan rimas diburu Along, pinjam 2 juta kena bayar balik 3 juta

  [Copy link]
Post time 23-4-2023 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Ketika ramai pekerja bawahannya sedang bercuti dan gembira dengan kedatangan 1 Syawal hari ini, lain pula halnya dengan seorang usahawan diburu ceti haram atau along yang berterusan 'menjejakinya'.

Dalam kejadian terbaru, seorang ahli perniagaan wanita bagaikan hidup dalam pelarian selepas diburu along yang tetap mahukan dia membayar kadar faedah yang tinggi hampir RM3 juta biarpun pinjaman asal berjumlah RM2 juta.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ros berkata, dia diganggu tanpa henti oleh along yang memaksa dia supaya terus membayar hutang biarpun sudah lama diselesaikan.

Katanya dia meminjam sebanyak RM2 juta tahun lalu untuk menampung operasi perniagaannya di Johor Bahru dan sudah membayar keseluruhan lebih dua kali ganda.

"Saya tidak tahan lagi diganggu sebegini. Walaupun ketika ini ramai yang bercuti, nampaknya along tidak ada hari rehat.

"Sejak dua minggu lalu, setiap hari saya terima panggilan mendesak agar bayaran dibuat, sedangkan saya sudah bayar lebih," katanya ketika membuat aduan kepada Pengerusi Pertubuhan Gerakan Transformasi Pengguna Malaysia (GTPM) Azman Kang Abdullah kelmarin.

Sementara itu Azman berkata, kedudukan kewangan yang kukuh serta rangkaian perniagaan yang maju menjadikan along berkenaan mengambil kesempatan untuk meminta wang secara berterusan kepada mangsa.

Katanya, seperti beberapa kes sebelum ini, along akan menjadikan pelbagai alasan tidak masuk akal untuk mengaut untung termasuk mengganggu peminjam setiap hari.

"Mujur dalam kes ini, pengadu tidak dikasari secara fizikal, namun kerana takut, dia terus membayar sampai tiada had.

"GTPM akan membawa isu ini kepada pihak berwajib. Buat masa ini kita sudah pun mengumpul dokumen berkaitan dan berharap kes ini akan mendapat pembelaan," katanya.

Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2023 09:47 AM | Show all posts

Adatlah tu .. itu kan cara Along make money. Alahai budus betul usahawan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 23-4-2023 09:47 AM
Adatlah tu .. itu kan cara Along make money. Alahai budus betul usahawan ni.

Mana Boleh biarkan make money cara yang salah. Maximum interest dibenarkan bank negara 14% per annum sahaja. Lebih dari itu illegal.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 11:33 AM | Show all posts
eh dah ko pinjam dengan along

ko expect along beroperasi macam bank pertanian ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Pinjam along kut bukan x tau the consequences.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ko pinjam kt gangster bukan pinjam kat Baitulmal..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang pergi ke along ni knowing too well where they are heading dan sudah nekad. Masa meminjam tu ko ada pilihan untuk duduk bawah jambatan tapi ko memilih along dan berani mati - the way i see it.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 03:22 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-4-2023 02:27 PM
Yang pergi ke along ni knowing too well where they are heading dan sudah nekad. Masa meminjam tu ko  ...

ape kemungkinan no tel jiran pun dorg dpt ye
org yg meminjam ni yg share kan ke
atau kena bg semua no contact dr fon



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.260468 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list