CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nitezen

HIJRAH - FARAH , ASHRAF MUSLIM, AMER RUFFAGE, JOE VISA

  [Copy link]
Post time 8-4-2011 04:07 PM | Show all posts
syukur alhamdulillah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2011 04:43 PM | Show all posts
mula2 baca nama Asyraf tu pikiran tu terlayang kat Asyraf sinclair, ingat dia yg berhijrah.. rupanya asyraf muslim.. ermm..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 04:49 PM | Show all posts
Reply 102# water_lily


    yg tu lambat sikit la kot... tapi mana tau kan
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 10:18 AM | Show all posts

geng2 Ruffedge, VE dan Innuendo
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 10:25 AM | Show all posts
tak sure dah ader ker tak ..
mek sharing naaa

kedit to abang nara

assalamualaikum Abang Nara. apa khabar? semoga semua bagus2 Insya Allah.

Saya teringin nak berkongsi tentang Ashraf Muslim. Dia jadi cover untuk Majalah i terbitan Karangkraf. Bercerita tentang kehidupannya dan bagaimana hidayah Allah menyapa, dan cabaran-cabaran yang dia telah dan sedang hadapi untuk mengekalkan hidayah yang Allah telah tumbuhkan dalam jiwanya.

Katanya, dia mula berubah sejak dia mula merenung diri dan melihat betapa banyaknya dosa yang dia telah lakukan. Hidupnya yang penuh gaya tidak menjanjikan ketenangan, malahan membuatkan dia terperangkap antara ketenangan, kemewahan dan kepuasan, tetapi dia tidak mahu mengaku kalah dengan kecamuk jiwanya, lalu dia bangkit cuba mencari jawapan kepada setiap persoalan yang mengganggu jiwa. Dia mula menyusuh langkah untuk menjadi manusia yang lebih baik walaupun dugaan cukup banyak.

Dia berfikir, adakah setakat solat telah cukup untuk menjadikannya sebagai muslim yang baik sedangkan dia bukanlah seorang individu yang gemar meninggalkan solat sebelumnya? Persoalan jiwa ini, dia tanyakan kepada kenalannya yang dianggap sebagai saudara, Hj Lokman yang membuka Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, dan jawapan yang diberikan mudah sahaja, tetapi sangat menyentuh.

“Dekatkanlah diri dengan Allah,”.

Manusia banyak sekali dosanya yang wajib bertaubat bersungguh-sungguh. Dan salah satu jalannya, dia dinasihatkan supaya menunaikan umrah, dan carilah umrah yang mabrur, beribadah seikhlasnya, dan betulkan niat. Ashraf mengambil masa setahun untuk menyediakan diri ke Makkah. Dia mendekatkan diri kepada Allah, solat taubat dan meninggalkan perkara yang ditegah.Namun katanya, pada waktu itu dia masih berlakon, dan dia merasakan ada percanggahan dalam dirinya. Kerana dia masih harus melakukan adegan-adegan yang tak sepatutnya seperti memegang tangan bukan muhrim dan lain-lain lagi. Dia juga mengalami masalah kewangan untuk mempersiapkan diri ke tanah suci dan seluruh kerisauannya diadukan kepada Allah, dan dia mendapat tawaran lakonan dengan bayaran yang sangat tinggi berbeza nilainya dengan sebelum-sebelum ini.

Di Makkah dia melakukan ibadah sesungguh hati, bersyukur dengan segala yang Allah kurniakan dan selalu memohon semoga Allah tidak mencabut hidayah yang telah diberikan kepada dirinya. Dia juga katanya, semakin menyedari keindahan islam, serta sangat bersyukur kerana diberikan perasaan sangat mencintai al-Quran yang membuatkan kefahamannya mengenai islam semakin mendalam dan keyakinan juga semakin bertambah.

Ashraf juga bercerita mengenai ujian-ujian yang perlu dia hadapi dalam mengharungi perubahan. Terutama sekali dalam kariernya sebagai seorang pelakon. Di Makkah dia memohon kepada Allah semoga hatinya dikuatkan untuk berubah, dan diberikan tawaran watak yang sesuai dengan pendirian barunya. Sekembalinya dari Makkah, dia mendapat banyak tawaran termasuklah watak-watak yang diidamkan sebelum ini, namun pada masa itu masih terdapat percanggahan konflik dalam dirinya, antara tuntutan dan komitmennya dengan kehendak diri sendiri. Malah dalam siri Ustaz Amirul pun, dia mengakui masih banyak perkara yang tidak selari dengan kehendak dirinya sendiri. Dia berdepan dengan dilema antara melakukan kehendak orang lain atau berpegang teguh dengan pendirian diri.

Demi menghormati komitmen dan tuntutannya terhadap agama, Ashraf mengambil keputusan untuk berhenti seketika dari bidang lakonan, dan menggunakan masa rehat ini untuk memperkasakan dirinya, agar jiwa menjadi lebih kuat sebelum bersedia berlakon semula dengan cara yang lebih baik.

Buat masa sekarang, Ashraf menekuni bidang perubatan berasaskan al-Quran, dan ini boleh digunakan sebagai salah satu cabang dakwah. Mudah-mudahan dengan menggunakan al-Quran sebagai salah satu rawatan, orang akan lebih mencintai al-Quran, dan mendorong mereka yang selama ini jauh daripada agama lebih dekat dengan al-Quran. Dia juga bersama Hj Lokman telah menubuhkan rumah khas untuk anak yatim, di samping merancang untuk menubuhkan sebuah pusat penyelidikan dan rawatan untuk pesakit kanser, serta menubuhkan rumah kebajikan untuk orang-orang tua beragama islam. Malah mereka juga bekerjasama dengan sebuah agensi menawarkan pakej umrah dan rawatan di tanah suci.

Saya tertarik dengan harapan Ashraf di akhir artikel tersebut. Katanya :

“Saya berharap suatu hari nanti industri perfileman kita akan berubah. Dengan menggunakan teknik-teknik tertentu dan beberapa idea lain, mungkin adegan-adegan di tempat tidur dan rogol misalnya dapat dihindarkan. Walaupun kita tidak menunjukkan secara detail, tetapi dengan kepakaran yang kita ada, mesej yang ingin disampaikan kepada penonton sampai, tanpa perlu mengheret pelakon melakukan hal-hal yang tidak selari dengan kehendak agama.”

——————————————————————————

Saya harap Abang Nara boleh siarkan email ini demi memberi inspirasi kepada kita semua. Saya rasa cemburu kerana Ashraf dipilih Allah untuk merasai manisnya iman, dan indahnya hidup beragama, dan mudah-mudahan dengan perkongsian ini, akan mendorong lebih ramai lagi orang lain untuk menjadi kuat dan tabah sepertinya, dalam mencari redha Allah.

Terima kasih =)

yang benar,
Asma’ @ nama saya
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 11:14 AM | Show all posts
sejok jek hati tgk ashraff muslim skrg...dl mmg tak minat pon....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2011 11:56 AM | Show all posts
Reply 1# nitezen

Joe Visa? OMGoshhh aku minat gila dengan mamat ni time skola dulu
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 09:42 AM | Show all posts
Adeep tinggalkan The Fabulous Cats
•Hiburan •2011-09-07 •Kredit Berita Harian

WALAU berat hati untuk melepaskan Adeep, anggota The Fabulous Cats (TFC) yang lain menghormati keputusan teman mereka meninggalkan dunia hiburan.

Cik Normah dapat tahu khabar ini pun daripada rakan yang mengikuti perkembangan kumpulan hip hop itu. Tetapi dengarnya ketua kumpulan, Car Farish tidak terkejut kerana perkara itu sudah disuarakan sejak beberapa bulan lalu. Adeep dikatakan mahu bersara untuk menumpukan perhatian terhadap aktiviti keagamaan dan kerohanian. Malahan sebagai rakan dia tumpang gembira dengan perubahan itu dan akan menyokong apa jua keputusan rakan baiknya. Dia dan rakan juga tidak bercadang mencari pengganti kerana yakin buat masa ini mereka masih mampu bergerak dengan anggota yang ada.

Nampaknya Adeep mengikuti jejak langlah beberapa teman artis lain yang beralih kepada lagu dakwah serta kemanusiaan seperti Amer (Ruffedge), Lah (VE) dan Pot (Innuendo). Apa pun Cik Normah ucapkan selamat mau jaya buat Adeep.

Selepas ketiadaan jejaka kelahiran Singapura itu, TFC kini hanya dianggotai Cat, Wangi serta Zizi. Entahlah , Cik Normah pun tengok kumpulan The Fabulous Cats ini asyik bertukar ganti ahli-ahlinya. Tak tau apa kesudahannya nanti dengan kumpulan ini.



Giliran Adeep pulak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 09:50 AM | Show all posts
alhamdullilah..syukur dia org diberi hidayah skg
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 10:18 AM | Show all posts
hidayah juga perlu di cari.....those yg Allah select sgt bertuah, dan kita tak bleh menunggu untuk turun hidayah. pada yg dh mendpt kena selalu doa mcm kata wardina....jgn Allah tarik balik hidayah yg diberi....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 10:40 AM | Show all posts
alhamdulilah......berbubah ke arah yg lebih baik....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 10:47 AM | Show all posts
bgusla berubah.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 11:32 AM | Show all posts
alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 11:42 AM | Show all posts
saya tertarik dengan kata2 ashraf yang hidayah perlu dicari. bukan datang bergolek. dan sentiasa berdoa supaya hidayah itu tidak ditarik kembali.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 12:17 PM | Show all posts
alhamdulillah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.420497 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list