CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1313|Reply: 0

Suami guna duit amanah isteri kahwin wanita lain di Thailand

  [Copy link]
Post time 2-5-2023 07:57 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

Suami guna duit amanah isteri kahwin wanita lain di Thailand

PETALING JAYA – Pengorbanan seorang isteri menyara keluarga dengan bekerja sebagai jururawat di luar negara tidak dihargai si suami apabila lelaki tersebut tergamak berkahwin isteri kedua tanpa pengetahuan wanita tersebut.

Bukan itu sahaja, suaminya tidak bekerja dan setiap bulan, wanita tersebut mengirimkan wang kira-kira RM7,000 termasuk perbelanjaan anak-anak, sebaliknya digunakan untuk bernikah di sempadan Thailand.

Kisah ujian rumah tangga itu diceritakan peguam syarie, Fahmi Ramli berhubung kejadian sebenar dari Mahkamah Syariah Kuala Muda mengenai seorang isteri yang menanggung nafkah rumah tangga, manakala suaminya disifatkan sebagai biawak hidup.

“Ayu (bukan nama sebenar) seorang ibu berkerjaya tinggi. Seorang jururawat di negara Timur Tengah, anak-anak semuanya sudah besar, perkahwinan jarak jauh.

“Suaminya izinkan untuk pergi ke sana kerana pendapatan lumayan. Boleh bantu keluarga dan stabilkan kewangan. Setiap bulan, Ayu akan kirim ke Malaysia sekurang-kurangnya RM7,000 sebulan kepada suami.

“Sehinggalah Ayu mendapat tahu bahawa suaminya telah berkahwin seorang lagi di sempadan Siam. Apa lagi, luluh hati Ayu. Sudahlah duit dikirim setiap bulan setelah penat membanting tulang di negara luar, suaminya juga tak kerja,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Bertambah geram dan sakit hati apabila duit yang diberikan Ayu digunakan suaminya sebagai mas kahwin untuk bernikah dengan isteri kedua.

“Kalau nak ikut kemampuan, suami Ayu tidak ada kerja tetap, hanya mengambil upah kerja-kerja kampung sahaja macam potong rumput, kutip getah sekerap dan lain-lain.

“Duit yang sepatutnya digunakan untuk belanja anak yang masih bersekolah pun tak cukup. ‘Kantoi’ bila anak mengadu kepada Ayu, kenapa duit bagi tak cukup. Sebab nak bayar yuran ‘tuition’ lagi.

“Balik Malaysia, Ayu terus soal suaminya, kenapa anak cakap tak cukup, mana buku simpanan yang dia minta suami pegang sebagai amanah. Bila ditekan, barulah ‘pecah lubang’ apabila suaminya mengaku telah berkahwin dengan perempuan lain, janda kampung sebelah,” katanya.

Apabila dibawa kes tersebut di mahkamah, suami wanita itu tidak mahu ‘melepaskannya’ selain mendakwa dia menyediakan nafkah secukupnya manakala Ayu bekerja di luar negara tanpa izinnya.

“Saya jenis tak boleh bincang, saya jenis suka lawan saja sebab fakta kes Ayu kuat dari segi nafkah. Jadi, saya atur strategi macam mana nak bukti suaminya gagal beri nafkah,” tegas Fahmi. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... a-lain-di-thailand/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.057430 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list