CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 505|Reply: 7

[Tempatan] Kalau Anwar boleh buktikan saya ada 1 billion, separuh saya akan beri padanya - Tun M

[Copy link]
Post time 12-5-2023 11:06 AM | Show all posts |Read mode
JITRA: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan dakwaan beliau memiliki sejumlah wang seperti yang didakwa Perdana Menteri ke-10 itu.
Bahkan, bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu secara berseloroh berkata, sekiranya Anwar mampu berbuat demikian, separuh daripada wang berkenaan akan diberikan kepada Ahli Parlimen Tambun itu.

"(Atas) sebab (tuduhan) itu, saya cabar Anwar, kalau (dia dapat) jumpa RM1 bilion (yang dikatakan) duit (yang ada kepada) saya, saya (akan) bagi dia separuh (daripada amaun itu),
"(Berkaitan) bekas pemimpin (yang didakwa kaut keuntungan), dia cabar buat apa, dulu dia 'ex-Malay leader' juga, (saya rasa) dia patut isytihar dia punya harta dahulu… bagi contoh dan dia bagi (cabaran itu) kepada semua orang,
"(Paling utama ketika ini) beliau tidak payah suruh orang lain, jawab (dan buktikan dahulu) tuduhan kononnya saya ada berbilion (ringgit), (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) ada berbilion, ada jet dan sebagainya, tunjuk (kepada umum)," kata Dr Mahathir membidas Anwar.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Prihatin Kubang Pasu di Kampung Naga, di sini, malam tadi (Khamis).


Pada 6 Mei lalu, Anwar mencabar bekas pemimpin dan pembesar yang mendapat keuntungan ketika era pemerintahan mereka untuk berkongsi kekayaan dengan orang Melayu yang lain.


Jelas Anwar, ini kerana pemimpin-pemimpin berkenaan dilihat hanya mengaut keuntungan untuk diri sendiri dan keluarga ketika pentadbiran masing-masing.
Namun, apabila mereka tidak lagi berkuasa, isu membabitkan penyatuan serta kekuatan orang Melayu baru dibangkitkan dan diperjuangkan individu berkenaan.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2023 11:10 AM | Show all posts
secara umumnya, majoriti pemimpin UMNO, MCA dan MIC sakau duit negara...Anwar perlu dedahkan kesemua mereka...

mungkin juga sakau menyakau ni berkait rapat dgn monarki sedia ada
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 11:37 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 12-5-2023 11:40 AM

Sudah sudah lah  atok,  lg meluat kami rakyat marhaen pd kamu saka tua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2023 12:09 PM | Show all posts
Edited by Orix at 12-5-2023 12:13 PM
mmg betul pun sampai bebila pun x boleh bantu org miskin kalau org miskin xnak tolong diri mereka sendiri.... atok ni jenis cakap benda betul walau perit ditelan... x mcm bangnon suruh atok bagi duit pd org melayu lepastu ??? dah settle kalo bg duit kt org melayu selesai semua masalah ekonomi org melayu terus maju gituh kalau di beri dibantu secara berterusan ??

atok keluar masuk parti bersebab, berPRINSIP... yg sorang tu pun gigih keluar masuk jugak... dari ABIM (utk isele), ke Ameno (utk melayu), ke PKR (utk semua kononnya) lepastu geng dengan penyamun n ameno yg dia kutuk2 selama ni...prinsip gadai asal boleh jadi PM dah nama pun kemaruk PM... at least atok keluar parti pun semua parti melayu, firm je dia punya pendirian... yg sorg tu isele lah melayu lah semua bangsa lah paling klako suruh contohi myanmar ko mampooooo

anyway mana 6 kotak bangnon chuols? da kena makan anai2 ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak bila ABIM parti politik kak? Itu NGO... ko kira pulak atok punya parti...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-5-2023 01:13 PM | Show all posts
snowflakes replied at 12-5-2023 01:07 PM
Sejak bila ABIM parti politik kak? Itu NGO... ko kira pulak atok punya parti...

ko bru lahir ke dekkkk ? alah2... ABIM tu under PAS la BODOH
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Miskin dulu ada rm 10 boleh gak beli ayam 2 ekoq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.077657 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list