CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 0

[Lain-Lain] Filem bertemakan kucing raih sokongan NGO

[Copy link]
Post time 14-5-2023 01:37 PM | Show all posts |Read mode


Hasrat syarikat produksi, Art Ornament Sdn. Bhd. menghasilkan sebuah filem aksi bertemakan kucing meraih sokongan padu dua badan bukan kerajaan (NGO) yang memayungi kebajikan haiwan kesayangan itu.

Penerbitnya, Aida Othman, berkata kolaborasi dengan Anugerah Mahligai Arah Nasib Abadi Haiwan (Amanah) dan Persatuan Suara Haiwan Malaysia itu dijangka mampu merealisasikan sebuah naskhah berbeza.

“Pembabitan dua pertubuhan ini secara tidak langsung menyuntik motivasi dan keyakinan kepada kami untuk menghasilkan sebuah filem dengan tema kucing seperti dirancangkan.

“Kerjasama strategik ini antara lain mahu memupuk perasaan sayang terhadap si comel itu selain mahu memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memandulkan haiwan tersebut bagi mengurangkan kes pembuangan kucing.

“Selain itu, saya dan pasukan produksi juga bersepakat untuk menerapkan kesedaran masyarakat terhadap kes-kes penganiayaan terhadap haiwan,” katanya.

Bagi menyempurnakan misi berkenaan, syarikat produksi berusaha meraih sokongan daripada semua pencinta kucing supaya dapat memberikan sumbangan untuk tujuan mengumpul dana pembikinan filem yang disasarkan sebanyak RM2.5 juta.

“Sumbangan boleh dibuat serendah RM1 dengan sasaran terkumpul sebanyak RM2.5 juta bagi merealisasikan pembikinan filem ini.

“Namun sebanyak RM200,000 daripada dana yang dikumpulkan itu akan disalurkan kepada pihak Amanah untuk melaksanakan bantuan kepada yang memerlukan sepanjang kempen ini.

“Pada masa sama, kami yakin menerusi pengalaman, pasukan produksi dapat menerbitkan sebuah karya berkualiti selain bakal mencetuskan fenomena,” ulasnya.

Kempen akan dibuka bermula pada 15 Mei ini dan mereka yang ingin membuat sumbangan, boleh layari


Sumber – KOSMO! ONLINE










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.048100 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list