CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1846|Reply: 16

Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan Istimewa Buat Nabila Sempena Hari Ibu-“Sangat Penyayang…”

  [Copy link]
Post time 15-5-2023 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan Istimewa Buat Nabila Sempena Hari Ibu-“Sangat Penyayang…”



Pelakon, Sharnaaz Ahmad dilihat menitipkan ucapan istimewa buat bekas isterinya, Noor Nabila serta ibu tersayang, Datuk Marina Puteh sempena Hari Ibu pada 14 Mei, baru-baru ini.

Beri Impak Yang Besar Dalam Hidup
Sharnaaz, menerusi hantaran di Instagram menyifatkan ibu serta bekas isterinya itu telah memberikan impak serta anugerah yang besar dalam hidupnya.

“Kedua-dua wanita ini memberikan impak serta anugerah yang besar dalam hidup saya. Terima kasih Mama dan Mummy Nabila…Tanpa anda berdua, saya tidak akan berada di sini. Terima kasih Mama dan Mummy Nabila. Selamat Hari Ibu..”-tulis Sharnaaz


  





“Terima Kasih Sebab Jadi Ibu Yang Sangat Penyayang…”
Dalam pada itu, Sharnaaz turut meninggalkan komen istimewa pada hantaran Nabila yang menyambut Hari Ibu dengan menitipkan ucapan terima kasih buat bekas isterinya yang menjadi ibu yang sangat penyayang dan bertanggungjawab.



“Thank you sebab jadi ibu yang sangat penyayang dan sangat bertanggungjawab. Anda adalah ibu yang terbaik di dunia!.”-komen Sharnaaz kepada Nabila

Sementara itu, Nabila dilihat membalas komen Sharnaaz dengan menitipkan ucapan terima kasih kerana sentiasa menghargai dirinya.

“Sama-sama. Terima kasih kerana sentiasa menghargai..”-balas Nabila



Sekadar info, Sharnaaz Ahmad pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017. Mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Walaubagaimanapun, pasangan ini telah membuat keputusan untuk berpisah secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sumber:https://murai.my/2023/179365/sharnaaz-ahmad-noor-nabila-hari-ibu/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2023 11:52 AM | Show all posts

"Tanpa Kamu Saya Tiada Di Sini," Sharnaaz Ahmad Hargai Noor Nabila, Ucap Selamat Hari Ibu

Sharnaaz Ahmad mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu kandungnya, Datuk Marina Puteh dan bekas isterinya, Noor Nabila.


Di Instagram, Sharnaaz kata, kehadiran dua individu tersebut telah memberikan impak yang besar dalam hidupnya.



Foto: IG



Malah, kejayaan yang dikecapi hari ini adalah disebabkan oleh Nabila dan Marina.


"Kehadiran dua wanita ini (Nabila dan Marina Puteh) memberikan impak yang sangat besar dan ibarat hadiah dalam hidup saya.


  



"Terima kasih mama dan mommy Nabila, tanpa kamu berdua, saya tiada di sini, tidak akan ada.


"Terima kasih, selamat hari ibu. Dan juga kepada semua ibu dalam dunia ini. We love you!" tulisnya.


  



Dia juga memuat naik beberapa foto ibu dan bekas isterinya.


Di ruangan komen Nabila sempat membalas, "Terima kasih Baba"


Netizen turut meluahkan rasa gembira melihat keakraban Sharnaaz dan Nabila walaupun dah bercerai. -CARI
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 12:46 PM | Show all posts
kehadiran kedua2nya memberikan impak yang besar ya itu langit tak sentiasa cerah agittewww!
btw pakai baju melayu pun tetap kepam si mamu sabut nyoq... dah kenapa retis2 lelaki malaysia gigih nak jadi sabut nyoq... padahal takde pun suruh simpan serhoper wolverine tu... wolverine tu pun kaka tak pernah taste dari kian dulu filem xmen tu wujud... lagi tasty si proffessor botak tu walaupun kertu...





Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 12:50 PM | Show all posts
I suka co-parenting theyols ni. Jebat pun nampak genuinely happy.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 12:51 PM | Show all posts
fyp iolss ada video cakap haram ucap selamat hari ibu.
entahlah ??
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya nabila menyesal x berserai dgn nanas ni? Laki sendiri pn xda wish apa2 kt dia ya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2023 01:42 PM | Show all posts
Ni adalah contoh couple yg secara individu tidak lah istimewa sangat tetapi gabungan berita mereka bersama di tambah dengan anak yg seperti memberi tawa serta senyuman pada semua…..memang synthesis level star power!
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 01:51 PM | Show all posts
Waaa....begitu besar impact Jane Jenab dalam hidup Nenaz.

Tapi memang betul tanpa Nabila , Sharnazz is nothing. Zero!

You dam right bro!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2023 02:16 PM | Show all posts
gittew ucapan nanaz.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 02:26 PM | Show all posts
nanas nak bagi budak muda tu jeles ker?
melambung puji jane
padahal jane tak hingin rm500 sebulan tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2023 02:29 PM | Show all posts
MatDeghem replied at 15-5-2023 01:51 PM
Waaa....begitu besar impact Jane Jenab dalam hidup Nenaz.

Tapi memang betul tanpa Nabila , Sharnaz ...

Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan Istimewa Buat Nabila Sempena Hari Ibu-“Sangat Penyayang…”
https://bm.cari.com.my/forum.php ... =5175455&extra=
Post time 15-5-2023 10:35 AM

dah ada

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 02:31 PM | Show all posts
curious betul apa jd dgn ku emran tu? gambar raya pun xde...nampak gambar raya ku emran dgn nisa albakri tp tatau juga apa hubungan theyols...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu ayah si nanas ke. Garang nau muka
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak assume kaknab xngam ngn tiga2 laki sbb xreti nk bersilaturahim dgn kuarga suami..asyik bergelumang dgn sskjp je...mcm dlu dgn ex laki kan sbb kaknab xnk jaga mak arman tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 04:33 PM | Show all posts
juruterra replied at 15-5-2023 01:31 PM
curious betul apa jd dgn ku emran tu? gambar raya pun xde...nampak gambar raya ku emran dgn nisa alb ...

nisa tu mak saudara ku emran..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 04:37 PM | Show all posts
apedehal replied at 15-5-2023 02:51 PM
Aku nak assume kaknab xngam ngn tiga2 laki sbb xreti nk bersilaturahim dgn kuarga suami..asyik berge ...

tgk neelopa dgn atisha tu nampak ok takla sokmo2 dgn sskjp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2023 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
juruterra replied at 15-5-2023 04:37 PM
tgk neelopa dgn atisha tu nampak ok takla sokmo2 dgn sskjp

Alamak..yg aku mentioned tu k.nab, yg lain2 aku xtau la chuols sbb masing2 pun lakinya masih sorg..k.nab dah 3x berlaki mmg xpernah nmpak dgn keluarga belah suami2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.083057 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list