CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13388|Reply: 122

Salih Yaacob Terkilan Tak Pernah Genggam Anugerah

  [Copy link]
Post time 13-12-2010 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by achik2009 at 13-12-2010 11:33

Salih Yaacob Terkilan Tak Pernah Genggam Anugerah



Teks: zyzamani

KUALA LUMPUR, 13 DIS 2010: Mengelusuri kehidupan sebagai anak seni bukanlah mudah. Jika tidak teguh pastinya rapuh di tengah jalan. Bagi penyampai radio, pelawak serta penyanyi Saleh Yaacob, dia bersyukur kerana diizinkan Ilahi untuk bertahan dalam bidang seni selama 30 tahun.

Tidak pernah menyangka mampu bertahan selama itu, bapa kepada 11 anak itu mengakui bangga dengan apa yang dimilikinya kini selain bersyukur ke hadrat Ilahi dengan rezeki yang diperolehinya.

"Saya bersyukur kerana masih bertahan dan kekal sehingga ke hari ini. Saya sendiri tak menyangka dah 30 tahun saya terlibat dalam industri seni ini. Bukan nak riak tapi saya akui memang puas dengan apa yang telah saya lakukan sepanjang 30 tahun ini, " jelasnya dengan gembira.

Memulakan kerjaya di Pentarama pada tahun 1980, bakat seni Saleh berkembang terus sebagai penyanyi, pelawak dan pelakon secara serius lima tahun selepas itu.

Bukan mahu memuji diri sendiri, namun lelaki berusia 49 tahun ini memberitahu pengalaman mendewasakannya serta membuatkan dirinya antara selebriti popular tanah air.

"Saya belajar dari pengalaman untuk terus kekal dalam industri ini. Paling penting kita kena tahu cara bagaimana mahu mengekalkan populariti kita. Bakat kita memang semua orang dah tahu tapi populariti pun penting untuk dipertahankan kalau kita mahu terus bertahan," ucapnya sambil ketawa.

Sebagai anak seni Saleh turut mengakui terkilan kerana sepanjang hayatnya bergelar anak seni tidak pernah sekali dalam momen hidupnya menerima pengiktirafan atau penghargaan.

"Memang terkilan masa awal-awal dulu malah saya pernah dicalonkan menerusi dua kali di kategori artis komedi namun tak pernah menang. Nak buat macam mana dah tak ada rezeki. Itu antara sebab saya dah tak berminat nak berlakon lagi kerana bagi saya, bidang lakonan memang tidak menjaminkan apa-apa," kata pelakon yang pernah membintangi filem Janda Meletop, Keluarga 99 dan Otai ini.

Meskipun sudah mengecapi kemewahan namun Saleh masih belum mahu duduk diam sebaliknya kini dia sedang sibuk menguruskan perniagaan ikan Arowana bersama rakan kongsinya di Bukit Merah, Perak.

"Saya dah tiga bulan menguruskan perniagaan ini yang diberi nama Selebriti Arowana. Ia akan dilancarkan bulan Disember ini dan saya juga mahu mengajak orang ramai yang berminat untuk turut sama menyertai perniagaan ini," katanya kepada murai.com.my.



Credits to murai.com.my


p/s:  sian dia.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2010 11:34 AM | Show all posts
i follow ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 11:36 AM | Show all posts
errmmmm... betul gak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 11:37 AM | Show all posts
alahai..siannya
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 11:40 AM | Show all posts
perlu ke stiap artis nih mengharap nk dpt anugerah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 11:45 AM | Show all posts
ni agenda nak suh undi die kt ABP kan? hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2010 11:47 AM | Show all posts
Ramai lagi yg tak penah menang .... bukan stakat pesta filem kat Malaysia ni tapi Oscar ya... macam Harrison Ford, John Travolta... nama lagi besar dari awak ... takde masa derang nak komplen pasal mende2 ni....
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 12:03 PM | Show all posts
dah rasa tua kot .. tapi i follow abang je m..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2010 12:07 PM | Show all posts
xpa vote ABPH  tok penyampai radio lelaki popular...i follow....
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 12:11 PM | Show all posts
xpe nanti klu rajin i vote abg jem kat abp ek..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 12:11 PM | Show all posts
penting sgt ker anugerah tu?
rasenyer yg dpt tu pon kdg2 x layak...
abg jem follow the flow jer...
x dpt anugerah pon, org suke jer pgl abg berlakon/hosting kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 12:18 PM | Show all posts
anugerah tu insya Allah akan ada nanti...
btw yang penting SY masih popular dan terus diminati......
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 12:19 PM | Show all posts
IOLSSS VOTE DJ FOFULAR KAT ABANG JEM DAN MAK NENG NANTI HOKEH!!!!! KASI TENGGELAM ITU FAIZAL ISMAIL PONYA
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 12:26 PM | Show all posts
xde rezeki lagi la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 12:31 PM | Show all posts
i like abg jem
dpt atau x anugerah,aku ttap ske n sapot die
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 12:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by kru_mania at 13-12-2010 12:49

bertabahlah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2010 12:47 PM | Show all posts
Nanti Finas pikirlah nak bagi dia ANUGERAH apa.
Lepas dapat ANUGERAH APA tu, dia akan terkilan lagi
sebab tak diberi TITLE DATUK...............
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 12:57 PM | Show all posts
Alo..sbr ye abg jem..xpyh anugerah segala..sbb abg jem ttp yg paling best di hatiku..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 01:00 PM | Show all posts
dia gengam anugerah lain.
org lain x leh challen
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 01:40 PM | Show all posts
simpati ngan nasib SY...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.070401 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list