CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3898|Reply: 70

[Politik] PRN: PAS nak ubah Selangor jadi Kelantan?

  [Copy link]
Post time 1-6-2023 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 1-6-2023 12:43 PM

PRN: PAS nak ubah Selangor jadi Kelantan?
Hasmi Hashim
Diterbitkan:  May 31, 2023 9:00 AM



ULASAN | PAS begitu galak mahu menawan Selangor. Kempen dilancarkan, dengan slogan “Selangor baru”.

“Baru” dalam konteks PAS ialah satu undi kepada PN, maka setapak untuk menjadikan Selangor jadi Kelantan.

Selangor penting untuk masa depan PAS. Negeri ini negeri kaya, justeru kekayaan Selangor perlu demi menjamin survival politik PAS—kerana parti itu bukan lagi “parti tin Milo”.

Sekarang PAS parti yang mahal. Mungkin sahaja antara parti yang termahal di negara kita dengan kos operasi yang semakin tinggi. PAS punya bangunan berjuta ringgit di ibu kota, punya kakitangan ibu pejabat dan pejabat-pejabat di seluruh negara.


Terlebih menjadikan PAS parti yang mahal apabila pemimpin utamanya tempohari juga sempat memegang jawatan utama di dalam kerajaan dan GLC.

Apabila PN gagal merampas kerajaan persekutuan buat kali kedua dalam PRU lalu, keselesaan berkenaan tidak boleh terhapus begitu sahaja.

Setiap pemimpin utama PAS tentu sudah mempunyai pelbagai komitmen, daripada yang bertujuan untuk parti sehinggalah keselesaan diri sendiri.

Paling tidak, komitmen ansuran bulanan kereta-kereta, rumah-rumah, bil-bil lain selain program politik. Dalam tempoh singkat 31 bulan berkuasa sama ada di bawah perdana menteri Muhyiddin Yassin atau Ismail Sabri, ada yang sempat menukar kereta dan membeli rumah baru.


Sekarang apabila sudah tidak lagi jadi menteri, duta atau pengerusi GLC, takkanlah mereka mahu menggadai kesemuanya kembali kepada bank.

Tentu pemimpin PAS perlu berusaha untuk mengekalkan gaya hidup dan apa sahaja yang boleh diselamatkan—cara paling ‘afdal’ ialah dengan merebut lubuk emas Malaysia, yakni Selangor!

Meskipun sukar, PAS nampaknya terdesak untuk mengalahkan PH di samping secara senyap mampu mengenepikan pula rakan kongsinya sendiri, iaitu Bersatu yang juga bercita-cita mahu menjadi MB dan mengemudi Selangor.

PAS cukup kenal pemain politik Bersatu di Selangor. Kempen “Selangor untuk anak Selangor” bukan sangat dihalakan kepada PH, tetapi mahu menyinggung Bersatu yang juga berkemungkinan menampilkan mantan menteri besar sebagai calon MB. Calon berkenaan khabarnya lahir di Singapura.

Sentimen anak negeri

Sepertimana di Kedah, Terengganu dan Kelantan, PAS percaya sentimen anak negeri boleh dijual di Selangor. Di mata PAS, Selangor sama sahaja seperti ketiga negeri yang masih dikuasai mereka.

PAS menganggap, 99.9 peratus penduduk Selangor memang asal Selangor. Mereka sebenarnya tidak sedar, 60-70 peratus penduduk Selangor ialah anak dagang atau orang luar.

Daripada baki 30-40 peratus anak Selangor, 10-15 peratus pula adalah daripada ibu-bapa yang juga bukan berasal dari Selangor.


Bandaraya Petaling Jaya.

Hal inilah yang menjadikan Selangor negeri maju yang bersifat kosmopolitan. Kalau Selangor negeri mundur, tiada siapa yang mahu datang dan berhijrah ke sini.

Sekiranya sesebuah negeri itu dihuni hampir 100 peratus anak tempatan sahaja, maka itulah petanda negeri berkenaan negeri mundur.

New York, London, Dubai, Singapura, Jakarta (hanya menyebutkan beberapa contoh), kesemuanya dihuni lebih ramai orang luar. Presiden Indonesia, Joko Widodo yang pernah menjadi wali kota Jakarta bukanlah anak jati Jakarta. Dia orang Solo, lahir di Surakarta.

Selangor pula sebuah negeri yang hampir menjadi “negeri kota” di mana banyak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sudah bertaraf bandar mahupun bandaraya. Hanya di Selangor ada tiga PBT yang bertaraf bandaraya iaitu Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam.


Bandaraya Shah Alam.



Tinggal satu sahaja PBT yang bertaraf daerah (Sabak Bernam), sementara baki lapan PBT bertaraf perbandaran.

Ada dua lagi yang bila-bila masa boleh dinaik-taraf menjadi bandaraya iaitu Klang dan Ampang.

Dalam tempoh kurang 10-15 tahun lagi, beberapa PBT juga akan bertaraf bandaraya seperti Puchong, Bangi dan Sepang.

Status ini menunjukkan Selangor akan menjadi negeri pertama di Malaysia yang bertaraf “negeri kota”. Konsep negeri kota itu menyerupai sahaja dengan konsep klasik “negara kota” yang menjadi asas kepada kegemilangan banyak kerajaan di dunia sejak dahulu.

PAS ‘pakai sondol’ saja

Dari Srivijaya, Mahapahit, Pattani dan Melaka, semuanya merupakan empayar negeri kota. Begitu juga di Eropah, seperti kerajaan Yunani dan Rom. Terlebih lagi dalam sejarah tamadun Muslim dari Mekah dan Madinah; dari Abassiyah ke Uthmaniah—semua itu merupakan empayar yang berasaskan negeri atau negara kota.

Visi ke depan bagi Selangor ialah menjadikan negeri ini sebagai negeri kota pertama di Malaysia. Dari sana Selangor bakal muncul sebagai kuasa ekonomi yang sekaligus menjadi teras tamadun Malaysia moden.

PAS buta dengan semua fakta ini. Mereka main ‘pakai sondol’ saja. Isu anak jati lawan anak dagang yang cuba dimainkan oleh MB Kedah, Sanusi Md Nor tempohari, ibarat mahu menarik Selangor ke belakang menjadi sepertimana mundurnya negeri-negeri yang masih dikuasai PAS yang lain.

Sentimen berkenaan hanyalah kepanjangan daripada sentimen kaum yang selalu menjadi mainan parti berkenaan.

PAS tidak pernah ada rekod berjaya memajukan mana-mana negeri. Ketika PAS mentadbir sesebuah negeri, negeri berkenaan menjadi semakin mundur dan menyiksakan. Apabila dikritik, dalil dan ayat Quran melimpah menjadi ‘banjir’ yang menutup kelemahan dan kecuaian mereka.

Faktor yang memundurkan negeri-negeri di bawah pentadbiran PAS, seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan adalah pemikiran jumud dan tingkah laku angkuh pemimpin mereka sendiri.

Mustahil dengan faham aliran keras agama dan cenderung menjadi puak pelampau kaum, PAS boleh memajukan serta memberi kemakmuran ke manapun negeri yang ditadbirnya.


Gambar hiasan, Kota Bharu.


Tidak kisahlah sama ada negeri itu majoritinya orang Melayu atau masyarakat pelbagai kaum yang berimbang.

Kelantan contoh ‘terbaik’ yang sekaligus menyayat hati. Kelantan puluhan tahun lalu tidaklah begitu ketingggalan jika dibandingkan dengan Kelantan hari ini.

Misalnya, Terminal Bas Kelantan di Kota Bharu pada 1980-an adalah setaraf atau sama sahaja dengan terminal bas di negeri-negeri lain.

Kini, melalui sekeping foto yang tular di media sosial, terminal yang dahulunya dua tingkat, tinggal setingkat sahaja: bertiangkan besi, tidak berdinding dan beratap zink.

Jika PAS perintah, apa jadi S’gor 10 tahun lagi


Jalan yang dahulunya besar, kini juga semakin sempit.

Cuba bayangkan bagaimanakah terminal di Seksyen 17, Shah Alam akan menjadi begitu lima ke sepuluh tahun akan datang kalau PAS memerintah Selangor? Nauzubillahiminzallik! Semuga dijauhkan.

Saya amat takut bila memikirkan, bagaimana nanti nasib anak-anak kami di Selangor terpaksa berhijrah mencari rezeki di Johor, Melaka atau Sarawak?

Apabila tiba hari raya, bersama keluarga mereka tidak terpaksa merempuh jem berjam-jam untuk pulang ke Subang Jaya atau Shah Alam.

Keadaan berkenaan tidak mustahil berlaku kalau PAS menawan Selangor dalam PRN nanti, dan kekal menjadi kerajaan selama 30 tahun sepertimana di Kelantan.

Turut menakutkan apabila pada hari raya tahun depan, orang Selangor terpaksa menadah tong-tong hitam depan rumah kerana bekalan air terputus serta ampangan kering seperti apa yang terjadi di Kedah.

Kalau dibiarkan, mungkin penduduk di Sabak Bernam, Tanjung Karang atau Hulu Langat pula mulai mendapat air ‘teh tarik percuma’ yang disalurkan melalui batang paip ke rumah-rumah mereka.

Bukankah lebih baik kalau Kedah, Terengganu dan Kelantan itulah yang sewajarnya diubah segera menjadi negeri maju yang makmur?

Tak boleh tangguh lama lagi

Anak rantau Kelantan yang kini menetap di “Shah Ale” atau “Kaje” perlu ikut bertanggungjawab. Usah lagi selesa di negeri orang, tetapi pulang nanti memangkah ‘bulan’ sehingga menyiksa keluarga di kampung halaman.

Saya yakin, pengundi-pengundi Kelantan yang menetap di Kelantan sudah tidak sanggup lagi hidup tanpa pembelaan—dan mereka mahukan perubahan.

Kita tidak boleh membuat keputusan hanya atas sentimen “parti Isle” membela “Isle”. Islam bukan untuk ditunggangi; bukan untuk digunakan bagi menakut-nakutkan orang Melayu bahawa mengundi PAS menjamin kita ke syurga.

Politisasi agama dan pembodohan sebegitu sudah berlarutan berpuluh-puluh tahun dan perlu dihentikan segera—di dalam PRN kali ini!

Perubahan untuk Kelantan, Terengganu dan Kedah memang bukan mudah, tetapi ia tidak boleh ditangguh-tangguh lebih lama. Kalau boleh selesaikanlah sekali ini, dan buat selama-lamanya.



Single Polls, Total 63 Users voted

Poll is finished

19.05% (12)
80.95% (51)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pas ni kan dari ko nk ubah selangor ada baik nya ko tgk dulu yg atas kat sana tu...ko nk ubah marhain je tp tk berani nk tegur or ubah yg atas...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 01:23 PM | Show all posts
Hanya di Selangor ada tiga PBT yang bertaraf bandaraya iaitu Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam.

Di Johor juga ada JB, Iskandar Puteri dan Pasir Gudang. Fakta dah silap.

- 50 markah

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 01:34 PM | Show all posts
aku tak baca artikel dan baca tajuk sahaja.. dan aku undi setubuh sebab aku rasa kelakar sangat.

... sebabnya mentaliti. Tak ada kemungkinan mentaliti pendudk selangor akan jadi spt kelantan.. kebolehan mentadbir kurang tetapi tetap setia undi parti tersebut.

tapi tak rugi dan tak salah juga berangan-angan.


Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
siyelll je cita2 PAS ni
tambah siyelll dgn penyokong2 taliban dlm ni
mimpi itu percuma ahhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 03:14 PM | Show all posts
ubah air kelantan tu bg jernih dulu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2023 03:17 PM | Show all posts
takpelah lebai nak berangan..... bukan kena bayau pun....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 03:36 PM | Show all posts
takkan nak kasi selangor mcm penang kot..63% cainis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 03:42 PM | Show all posts
kelantan tu kalu x nak bagi peruntukan utk tukar paip airberkarat tu mcm negeri2 lain..kasila dorang royalti minyak at least sambil2 beli merc leh tukar sistem paip2 lama yg keluar teh tarik tu. Air penting utk pembangunan..pelaburan....kesian kelantan mcm mana nak ada investor kalu air pun x keluar. Isu air saja je la dimainkan oleh federal...dgn harapan rakyat kelantan terseksa lalu memilih mereka jd gomen negeri.
Kalu UMNO PH memerintah kelantan pun dorang akan perlukan duit...kalu sepasukan dgn gomen federal kencangla peruntukan...selagi gomen negeri ni pembangkang...jgn harap. Apa korang ingat sistem bekalan air negeri2 lain x de peruntukan dr federal ke? Ingat bagus sgt ke urus takbir geng geng PH UMNO ni...tgk papanon dan rafizi pun dah leh agak mcm mana bagusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 04:00 PM | Show all posts
harisbee replied at 1-6-2023 03:42 PM
kelantan tu kalu x nak bagi peruntukan utk tukar paip airberkarat tu mcm negeri2 lain..kasila dorang ...

Ada masa yang 33bulan tu kenapa tak buat? kenapa tak mintak peruntukan time tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 04:06 PM | Show all posts
Orang takde otak je undi PAS.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 1-6-2023 03:42 PM
kelantan tu kalu x nak bagi peruntukan utk tukar paip airberkarat tu mcm negeri2 lain..kasila dorang ...


Satu persoalan besar yg pati pas kena jawab, selama jadi kerajaan 3 tahun, kenapa tak dibuat perkara yg diwarwarkan kulu kilir sejak zaman berzaman.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts






dahulu rasanya ada spender angin




   

Parti Ada Spender



Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 04:31 PM | Show all posts
Sedih betul aku.. kita kat Malaysia ni kaya dengan parti2 politik.. tapi semua pun takleh nak pakai... gaduh sikit, buat parti baru, gaduh sikit buat parti baru...
Selama aku mengundi, aku rase semua parti pun aku dah pangkah..
Biasanye kena tengok calon untuk PRN dan untuk federal kena tengok parti mana yang aku nak jadik kerajaan..

So far mmg kecewa la.. lepas ni aku dah tak tau nak sokong sapa.. Pembangkang teruk sangat .. tak effective langsung.. baik bagi Najib buat keje sorang2 pakai facebook aje.. Kerajaan Madanon pulak sembang kari ... harapan diberikan melangit tinggi... so far still sembang lagi.. wayang banyak sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Shah ale
Kle
Sepe
Kaje
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
snowflakes replied at 1-6-2023 06:27 PM
Shah ale
Kle
Sepe

Buah mempele
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh jangan lah buat Selangor jadi kelantan.  Nanti orang kelantan dah tak boleh dtg selangor buat maksiat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 09:18 AM | Show all posts
1) PN takkan bodoh ... Calon MB musti bukan dari lobai2 Malang hamPAS..

2) Lobai2 hamPAS musti buang lobai2 extreme tak bertempat acah2 terlebih Isle dari ore lain..

3) pakatan hancing kena buat kerja jangan tahu menyalak2 tapi hasil tarak ada.. prestasi teruk wpun dahulu kala sembang kencang sambil2 dabik dada kununn "kami terpaling bijak lg suci" sampai macai2 yg bangang pun muncul berlagak "bijak" ..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Slogan pas ni lawak lah... Lg lah org Selangor tak undi.... Kalo ko berjaya bangunkan Kelantan lain lah blh pakai slogan mcm tu ... Nnt Kang tak pasal2 Selangor jadi mcm sana kotor sampai bersepah pastu air bersih pun tak leh nak supply..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 09:33 AM | Show all posts
selangor ni dah ramai, jangan lah dipadatkan lagi. kang nak masuk mall, Q nak masuk parking jadi 4jam. kang banyak plak wayang kena tutup...tak mau tak mau..selangor masih nak berlagha ni..cukuplah kelantan dapat title serambi serambo ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.327482 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list