CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

Bawa pistol mainan, larikan mesin wang tunai

[Copy link]
Post time 1-6-2023 08:19 PM | Show all posts |Read mode
Bawa pistol mainan, larikan mesin wang tunai


RAKAMAN gambar tular lelaki mebawa pistol mainan melarikan mesin wang tunai sebuah kedai roti. FOTO Tular


Kota Bharu: Seorang lelaki yang membawa pistol mainan dan melarikan mesin wang tunai sebuah kedai roti di Jalan Pintu Pong di sini, ditahan polis tidak sampai lima jam selepas melakukan jenayah itu kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, lelaki berusia 40-an ditahan pada 12.30 tengah hari di bandar ini selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan kejadian berlaku kira-kira 8 pagi hari sama.

"Ketika kejadian, suspek datang bersendirian ke kedai berkenaan dan berlegar-legar sambil memegang objek disyaki pistol mainan.

"Lelaki itu kemudiannya ke kaunter juruwang dan melarikan mesin wang. Ketika kejadian semua pekerja sedang membuat roti dan kek di tingkat atas kedai," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, hasil maklumat, polis berjaya membuat tangkapan dan suspek sudah direman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi dua minit 21 saat sejak semalam, memaparkan kejadian lelaki itu melarikan mesin wang tunai terbabit.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-mesin-wang-tunai

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.075621 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list