CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 690|Reply: 2

Wartawan wanita tanpa pakaian dalam program bual bicara

[Copy link]
Post time 1-6-2023 08:26 PM | Show all posts |Read mode
Wartawan wanita tanpa pakaian dalam program bual bicara


Helen Berriman (kanan) berbogel ketika muncul dalam program televisyen Good Morning Britain terbitan ITV kelmarin. - ITV


LONDON – Seorang wanita berbogel semasa muncul dalam program televisyen Good Morning Britain bagi membincangkan isu berjemur di tepi pantai tanpa seurat benang, lapor portal berita MailOnline semalam.

Helen Berriman dijemput menyertai program bual bicara terbitan stesen televisyen ITV  bagi  membincangkan topik itu bersama pakar jenama dan budaya, Nick Ede.

Helen ialah seorang penulis gaya hidup telanjang dan  wartawan.

Mereka membincangkan insiden di kolam Hampstead Heath, London Utara baru-baru ini di mana kakitangan fasiliti tersebut menghubungi polis apabila seorang pengunjung berjemur dalam keadaan telanjang dan enggan menutup dirinya.

Helen yang mahu mengukuhkan lagi hujahnya, memutuskan untuk muncul dalam program tersebut dengan duduk tanpa berpakaian.

Dalam program itu, dia berkata: “Bagaimana berbogel boleh menyinggung (orang lain)? Ia hanyalah tubuh badan.”

Walaupun tidak menyalahi undang-undang untuk berbogel di khalayak ramai di England dan Wales, di bawah Seksyen 66 Akta Kesalahan Seksual 2023, orang ramai perlu memastikan bahawa perbuatan tersebut tidak menimbulkan keresahan kepada orang lain. – Agensi


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... rogram-bual-bicara/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk ingatkan 'tanpa pakaian dalam'
Rupanya bogel terus
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih selesa tiada pakaian, x perlu fikir nak Iron or basuh baju
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.106318 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list