CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 652|Reply: 15

[Politik] Hadi tuduh DAP sebar naratif palsu tapi PAS dah dua kali jadi sekutu kami - MP Kepong

  [Copy link]
Post time 12-6-2023 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Hadi kata DAP sebar naratif palsu tapi dua kali jadi sekutu kami - MP Kepong
Diterbitkan:  Jun 11, 2023 12:30 PM



Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng mempertikaikan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menggesa orang bukan Melayu di negara ini supaya tidak terpedaya dengan "naratif palsu" DAP.

Lim mempersoalkan sama ada PAS juga terpengaruh dengan "naratif palsu" ini apabila parti itu bekerjasama dengan DAP dua kali pada masa lalu.

“Hadi harus memberikan jawapan jujur kepada kita kerana sejarah seolah-olah memberitahu kita bahawa PAS menumpang parti politik lain untuk mencapai agenda politiknya sendiri dan dia juga harus menjawab kita sama ada PAS turut terpengaruh dengan apa yang dikatakan 'naratif palsu' ketika dua kali bekerjasama dengan DAP,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim turut menyorot sejarah PAS bekerjasama dengan parti lain yang menurutnya untuk kepentingan sendiri sebelum meminggirkan sekutu mereka.

Pemimpin DAP itu juga berkata bahawa PAS adalah sebahagian daripada Barisan Alternatif, yang ditubuhkan pada 1999 sebagai barisan pembangkang menentang BN, bersama-sama dengan DAP dan PKR.

Bagaimanapun, gabungan ini berpecah dua tahun kemudian apabila PAS dan PKR membawa haluan masing-masing di negeri yang ditadbir PAS.

PAS kemudiannya bergabung semula dengan PKR dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat pada 2008 semasa kemuncak gerakan Reformasi pimpinan Anwar Ibrahim.

“DAP sangat bersikap terbuka terhadap PAS dan menerimanya sebagai rakan kongsi.

“Itulah saat-saat kami menikmati hubungan kerja yang baik dengan ahli PAS kerana kami tidak melihat orang Melayu sebagai ancaman.

“Namun, era (bekas musrsyidul am PAS) Nik Aziz Nik Mat berlalu dan Hadi mengambil alih jawatan presiden PAS, hubungan itu kembali keruh.

"Sekali lagi, PAS yang meninggalkan Pakatan Rakyat, membawa kepada pembubaran gabungan itu pada 2015," kata Lim.

PAS adalah sebahagian daripada BN pada 1972, yang menyaksikan PAS memenangi 14 kerusi parlimen pada pilihan raya umum 1974.

Tiga tahun kemudian, PAS berpecah daripada BN dan hanya mempunyai lima kerusi parlimen pada pilihan raya umum berikutnya.

“PAS ditinggalkan oleh pangkalan pengundi Melayunya sehingga pilihan raya umum (PRU) 1999 pada kemuncak pergerakan Reformasi Anwar.

"Sekali lagi, pada 2022, PAS mendapat manfaat daripada pengundi Melayu yang meninggalkan Umno pada PRU lalu, memberikan gambaran bahawa terdapat 'gelombang hijau'," kata Lim.

Hadi sebelum ini membangkitkan peristiwa 13 Mei 1969, memberi amaran terhadap “naratif palsu” yang disebarkan DAP untuk mempengaruhi golongan muda Cina dan India.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2023 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Jd sekutu DAP adalah antara kesilapan yg PAS buat. Arwah TGNA terlalu berlembut..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 08:01 PM | Show all posts
toksa angin la,  org poltik dah biasa anytime dr lawan tukar jadi kawan,  pastu pon anytime dr kawan boleh lawan balik

b4 PRU org DAP gelar Zahid sebagai setan,   lepas PRU org DAP manja je panggil Zahid baby

kat google ada byk gambar silam hadi dan nobita berpeluk manja sakan pasangan LGBTQ  
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 08:02 PM | Show all posts
toksa angin la,  org poltik dah biasa anytime dr lawan tukar jadi kawan,  pastu pon anytime dr kawan boleh lawan balik

b4 PRU org DAP gelar Zahid sebagai setan,   lepas PRU org DAP manja je panggil Zahid baby

kat google ada byk gambar silam hadi dan nobita berpeluk manja sakan pasangan LGBTQ  
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 12:39 AM | Show all posts
PAS = pelacur abadi semalaysia
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 12-6-2023 12:25 PM
Jd sekutu DAP adalah antara kesilapan yg PAS buat. Arwah TGNA terlalu berlembut..

Enak banget PAS sekatil 10 tahun bersama DAP....anak nye iaitu Amanah pilih untuk ikut DAP....makanya PAS mereput keseorangan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2023 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
juboqhang replied at 19-6-2023 12:39 AM
PAS = pelacur abadi semalaysia

PAS =  Politik Anak Sundal
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
zjen replied at 18-6-2023 08:02 PM
toksa angin la,  org poltik dah biasa anytime dr lawan tukar jadi kawan,  pastu pon anytime dr kawan ...

Skrg ni pas baik ngn tun M plak kan
Bukan ke segala mcm gelaran rentua tu penah dapat?

Demi kuasa dan kedudukan takda apa yg mustahil ngn org politik nih
Musuh jd kawan
Kawan jadi lawan

Hanya yg buta akal fikiran je takleh menilai terutama yg terlalu taksub tu laaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2023 08:57 AM | Show all posts
lebai kaki ponteng sembang kari
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kehkehkeh… jilat le lebai oii
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 07:34 PM | Show all posts
Edited by zjen at 22-6-2023 07:35 PM
Suchi replied at 19-6-2023 07:06 AM
Skrg ni pas baik ngn tun M plak kan
Bukan ke segala mcm gelaran rentua tu penah dapat?

ekceli DAP kene berterima kasih atas bantuan PAS  ...  sebelum  dedua kamceng masa PRU 2008,  DAP pon tak segarang sampai menang lebih dr  30 kerusi Parlimen

PRU tahun 1995, 1999, 2004 .....  3 PRU berturut3 ,  DAP just menang around 10 camtu je

manakala PKR masa 1999 first time masuk bertanding just menang 5 kerusi ... 2004 tinggal 1 kerusi ....   jasa PAS dlm tukar kerajaan mmg patut UMNO mengenang 'budi'

begitu jugak DAP, PKR, PPBM





Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 10:41 AM | Show all posts
Lobai mudah lupaaaa!! Pelacur politaik cari tongkat merata sebab nak harap menang sebagai satu pasaukan memang tak lah parti bulan ni ...

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 10:51 AM | Show all posts

Tengah kutip kredit ke tu dengan multinick kau laqoyah tu pun dekat atas

Apa point tak pasti

Yang pasti trauma dan meroyan kena ban dengan bidayuh girl wakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
zjen replied at 22-6-2023 07:34 PM
ekceli DAP kene berterima kasih atas bantuan PAS  ...  sebelum  dedua kamceng masa PRU 2008,  DAP p ...

Pru 95 dap 9 pas 7
Pru 99 pas 24 pkr 5 dap 10

Pembangkang2 ni brjaya dpt tawan negeri2 ni pon sbb pmx.

Rasanya hadi dgn lim kit siang penah je kan kalah PRU

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 09:00 AM | Show all posts
hehehehehehehh
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 12:45 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.063608 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list