CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Emoloser

Macamana Nak Jawab Soalan Ni

[Copy link]
Post time 2-6-2014 12:18 AM | Show all posts
Kembali pada persoalan tuhan (rabb) atau Alloh

Ahmad: tuhan aku Allah
Sami: tuhan aku Bhagavad/ Brahman
Peter: tuhan aku Jesus
Chong: tuhan  aku ????

Melalui sembang di atas, bagi org Islam kata "tuhan"  itu duduknya lebih tinggi dari Allah atau dengan kata lain orang Islam menyamaratakan kedudukan Allah dengan lain-lain tuhan, iaitu menyekutukan Allah. Satu perbuatan syirik kepada Allah.

Bukankah rabb atau tuhan itu kata-kata jahiliyah, semasa Rasul Allah cuba membawa kebenaran kepada kaum jahiliyah supaya mereka mudah memahami, maka kata-kata rabb/ tuhan digunakan untuk merujuk kepada Allah.

Adakah zaman ini orang Islam masih lagi jahiliyah? Jika seorang itu bernama Ali, cuba teriakkan kepadanya dengan nama  "hei manusia!!!". Adakah dia menyukainya? Adakah Allah menyukainya jika menyeruNya dengan "oh tuhan ??!!"

Janganlah memandai-mandai. Dan tidakkah tuan2 berfikir dunia Islam hari ini sedang porak peranda, dan Allah tidak lagi meredhai seruan orang Islam, kerana mereka sentiasa munafik dan syirik kepada Allah??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2014 03:12 AM | Show all posts
dinsmann posted on 2-6-2014 12:18 AM
Kembali pada persoalan tuhan (rabb) atau Alloh

Ahmad: tuhan aku Allah
Adakah zaman ini orang Islam masih lagi jahiliyah?

Adakah pd zaman ini...
- muslimnya berdasarkan mykad?
- muallafnya berdasarkan kaum?
- mukminnya berdasarkan pondok/jamban?

Mcm mana persepsi nama 'Allah' dan 'Muhammad' di mata dunia?


Si abid ka, si mukhlis ka xda plk yg selak jubah, belah dada, tayang 'Allah' jantung-hatinya
antara diri insan dgn Penciptanya, siapa je yg tahu?
- perlu ke persaksiaan manusia lainnya utk sahkan? X kn...

Maka, jika ada yg kata "Allah berkata2 di sinun" adakah adil lg bijaksana?

Lg satu, adakah salah jika hubungan person-to-person guna kata 'saudara'/dear friend?
- lainnya tu sayangku, sahabatku, rakanku, intan payung, buah hati, etc. adakah menghina sesangat?

Scene#1
Bila saya mendekati saudara 'anonymous' yg pasti tahu
tp belum sebenar2 pasti - selalu goyang
maka, pendekatan ayat mcm mana yg sesuai???

Diingatkan:
- dia x tahu bagaimana hubungan saya dgn Tuhan
- dan saya x tahu hubungannya dgn Tuhannya.

Silakan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 12:05 AM | Show all posts
Terima kasih kepada yg masih sudi memberi pencerahan

Selamat menjalani puasa ramadhan

SubhanAlloh Maha Mu ya Allohil alamin.
HasbunAllohu wanikmal wakil
nikmal maula wanikman nassir...

Terima kasih Alloh
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 08:54 AM | Show all posts

keba BOOOOOMMM!!!!!

Salam khusus kepada Saudara2 @Dzul, momod@ mnm777, @OB,dan@HantuKiller...,

Selamat berpuasa… saya pilih kalian untuk saya lemparkan satu bom di minda saudara2 sekalian yang saya lihat sebagai satu kumpulan anak muda yang masih menggunakan otak dan tidak menjadi spt lembu ikutan dari kumpulan Islam baka (kata ostAT Dr Kassim Ahmad)

3. Insan Yang Diberi Iman

Di dunia ini ramai insan yang beriman, namun tidak ramai insan yang diberi keimanan dari Alloh, dengan maksud, orang yang percaya Alloh itu ramai, tapi orang yang dipercayai Allah tidak ramai.
Maka tidak ramai orang yang sampai ke arah diberi amal, orang yang diberi amal hanya bersyukur dan membuat kebaikan sahaja, dan orang yang membuat kebaikan ini bukan mencari amal, akan tetapi sudah mengenal amal yang diberi di sebalik kebaikan.
Orang yang mencari amal ia masih penuh dengan prasangka kerana ia masih belum jelas tentang amal yang dicarinya, maka duduklah ia pada tahap beriman sahaja dan bukan diberi iman, kena difahami pada dua kedudukan ini iaitu antara diberi iman dan beriman, kerana diberi keimanan itu adalah perjalanan selepas beriman dengan sebenar-benar pada Alloh.
Penyampaian ini kena difahami dengan sebenar-benar, agar tidak menjadi sia-sia dan lepas itu dapat mengenali diri dengan jelas, tentang kedudukan diri sendiri masing2.
01:50pm

4. Beza antara Orang Beriman Dan Orang Yang Diberi Iman
Tanda orang beriman  ialah orang yang masih mencari amal,  dia akan membuat berbagai dan banyak andaian tentang mencari keredhaan Allah, maka banyak amal yang akan dibuat.
Dan tanda orang yang diberi keimanan dan diberi amal, hanya kesyukuran dan kebaikan sahaja yang hidup pada jiwanya, kerana segalanya telah pun disedari.
02:08pm
5. Orang Beriman Tetapi Tidak Sampai Kepada Diberi Iman
Orang yang beriman namun tidak sampai ke arah diberi keimanan dari Alloh, adalah orang yang mungkir janji, yang mana ia telah mengaku sudah tiada yang lain hanya Alloh, namun tetap menyebut tuhan, yang dianggap Alloh.
Sedangkan tuhan itu nama sesuatu benda yang dibentuk, di sinilah orang itu telah pun munafik terhadap Alloh tanpa disedarinya, bilamana telah munafik maka ia akan melakukan syirik terhadap Alloh, dengan halus tanpa disedarinya.
Semakin ia kuat beriman dan mencari amal, maka semakin kuatlah ia munafik dan syirik terhadap Alloh, dan semakin jauhlah ia daripada Alloh, dan semakin dekatlah iblis, setan dan jin padanya dengan membawa watak ke jalan yang lurus.
Jalan yang lurus pada iblis, setan dan jin, maka orang itu akan mendapat karamah nyata pada dirinya yang mempunyai kuasa, tapi karamah itu bukan dari Allah tetapi dari ciptaan Allah, iaitu iblis dan sekutunya. Iblis akan menyesatkan pada orang yang sesat.
03:14pm

6. Kisah Wali Terdahulu

Ini yang berlaku pada wali terdahulu, yang dipandang hebat di mata orang-orang masau itu dan sekaraqng. Kerana dilihat kehebatannya, orang-orang seperti ini akan menyesatkan lagi pada orang lain di waktu hidupnya dan matinya, tapi ramai orang tidak menyedarinya.
Akan berterusan kesesatan disebabkan perbuatan munafik dan syirik pada Alloh yang tanpa disedarinya. Semuanya terlalu halus, sehingga membuat orang keliru, tapi tidaklah halus bagi mereka yang menghalusi, kerana yang menghalusi akan melihat kehadiran kesesatan yang halus, sebenarnya, bukanlah iblis yang menyesatkan.
Bahkan manusia jugalah yang menyesatkan dirinya, dan bilamana manusia sudah sesat, maka iblis pula yang meneruskan kesesatan, agar manusia sedar yang mana kesesatan itu sesuatu yang sukar, walaupun nampak senang tetapi kesannya amat sukar untuk diperbetulkan seperti yang berlaku dari duhulu dan kini. Itulah kesan munafik dan syirik yang terus berpanjangan tanpa difahaminya.
03:40pm

7. Menganggap Manusia Munafik
Begitulah manusia yang selalu menganggap tentang munafik terhadap manusia lain, pada hal dia lebih duhulu munafik terhadap Alloh, kerana telah sebati jiwanya munafik terhadap Alloh, maka ia tidak akan menerima untuk ia mengakuinya, tetap juga menyebut tuhan dengan bangganya.
Inilah jiwa munafik, sudah tebal, tiada merasa berdosa untuk syirik pula pada Allah kerana menduakan Alloh. Bilamana diterangkan tuhan itu bukan Allah, ia tetap juga menganggap tuhan itu Alloh, pada hal dia sudah mengakui sudah tiada yang lain hanya Alloh dalam syahadahnya.
Begitulah Allah telah menutup jiwanya kerana sifat munafik dan syirik yang dilakukan dengan bangganya.
03:55pm

8. Ambillah Kesempatan
Semuanya tidaklah mencari kesempatan, tetapi ambillah kesempatan sementara ada kesempatan  kerana kesempatan itu ada pada mereka yang belum terlambat, yang sudah terlambat dipanggil kesempitan.
Yang kesempitan itu adalah sesuatu yang menyulitkan dan yang menyulitkan itu sesuatu yang azab dan yang azab itu adalah sesuatu yang dimurkai Alloh, dan yang dimurkai Alloh itu adalah yang jauh dari Alloh, dan yang jauh dari Allah itu adalah musuh Alloh yang nyata.
Iaitu manusia yang leka, hidup dengan kelekaan dan prasangka, semakin tebal prasangka maka semakin teballah jua kelekaan.
Kembalilah kepada Alloh dengan sebenar-benar kembali. Hanya Alloh sahaja wali atau plindung di akhirat. HasbunAllohu wanikmal wakeel, Pelindung yang Maha sempurna..

Saya hanya menyampaikan yang baik untuk difikirkan, dan hanya Alloh yang memberi hidayah. Pohonlah dariNya..
Maha Terima Maha kasih Maha Alloh..

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 02:57 PM | Show all posts
dinsmann posted on 7-7-2014 08:54 AM
keba BOOOOOMMM!!!!!

Salam khusus kepada Saudara2 @Dzul, momod@ mnm777, @OB,dan@HantuKiller...,
...

Terlalu bermain kata2.

Ni analogi senang. Beza orang berpedang dgn diberi pedang?

Kalau yg diberi pedang belum ada pedang, ia dipanggil orang yg belum ada pedang. Org yg berpedang, tentulah dipanggil org yg mempunyai pedang.

Tapi, org islam yg mengaku telah atau sudah beriman, itu adalah something yg ada ukurannya atau ujiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 08:40 AM | Show all posts
dinsmann posted on 7-7-2014 08:54 AM
keba BOOOOOMMM!!!!!

Salam khusus kepada Saudara2 @Dzul, momod@ mnm777, @OB,dan@HantuKiller...,

Selamat berpuasa… saya pilih kalian untuk saya lemparkan satu bom di minda saudara2 sekalian yang saya lihat sebagai satu kumpulan anak muda yang masih menggunakan otak dan tidak menjadi spt lembu ikutan dari kumpulan Islam baka (kata ostAT Dr Kassim Ahmad)

Salam Ramadhan..

Ini bukan satu BOM untuk minda saudara, cuma satu perkongsian yang saya berharap bermanfaat untuk saudara juga



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2014 02:35 PM | Show all posts
Salam  untuk semua....

@dinsmann,

saya tertarik dengan kata2 saudara.. dan berdasarkan pemahaman saya, pemikiran saudara persis seperti salah seorang sahabat saya.. sahabat saya ini sangat fobia dengan perkataan 'TUHAN'...kata sauhabat saya tu.... ramai umat islam skrg ini melakukan syirik kerna perkataan 'TUHAN ITU MERUJUK KEPADA ALLAH', sebagaimana pemahaman saudara... dan saya selalu mengatakan kepada sahabat saya itu, perkara ini hanyalah masaalah penggunaan bahasa semata2..

saya cuba untuk memahami pemikiran saudara(pemikiran persis spt sahabat saya!) dengan membaca apa yg saudara tulis di atas... namun gagal untuk memahami maksud sebenar apa yang saudara maksudkan..
3. Insan Yang Diberi Iman

Di dunia ini ramai insan yang beriman, namun tidak ramai insan yang diberi keimanan dari Alloh, dengan maksud, orang yang percaya Alloh itu ramai, tapi orang yang dipercayai Allah tidak ramai.
Maka tidak ramai orang yang sampai ke arah diberi amal, orang yang diberi amal hanya bersyukur dan membuat kebaikan sahaja, dan orang yang membuat kebaikan ini bukan mencari amal, akan tetapi sudah mengenal amal yang diberi di sebalik kebaikan.
Orang yang mencari amal ia masih penuh dengan prasangka kerana ia masih belum jelas tentang amal yang dicarinya, maka duduklah ia pada tahap beriman sahaja dan bukan diberi iman, kena difahami pada dua kedudukan ini iaitu antara diberi iman dan beriman, kerana diberi keimanan itu adalah perjalanan selepas beriman dengan............


saya tidak mengerti apa yang saudara maksudkan bermula pada ayat ynag diboldkan diatas... harap saudara beri penjelasan...
apa yang saudara maksudkan dengan 'amal'? apakah ia seperti puasa,solat,sedekah atau ??????

mohon pencerahan saudara..... Last edited by habakuk on 9-7-2014 02:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 02:55 PM | Show all posts
habakuk posted on 9-7-2014 02:35 PM
Salam  untuk semua....

@dinsmann,

Assallamualaikum Tuan habakuk

Uncle tak tahulah pemahaman Tuan dinsman...maaf sebab uncle suka yg simple2...so jarang sekali uncle baca tulisan Tuan dinsman (maaf tuan dinsman...org tua cepat penin..)


Cumanya...sesimple nya..kalau nak faham, kenapa Uncle pun selalu ajar anak anak tentang pemahaman yg sepatutnya dlm memahami "kalimah syhadah" 7& penggunaan kata "tuhan"..


mudahnya begini..

bila kita buat translation:

" Tidak ada "tuhan" yg layak disembah melainkan Allah "

(ini translation yg biasa kita dengar kan..)

& ada yg tambah....Kita tak boleh sembah tuhan hindu,tuhan cina....tak boleh..hanya Allah ,tuhan yg layak disembah" (contoh)



Boleh nampak tak kesipalan di sini?

Dalam pada dia "menafikan "  ....dlm tak sedar..kita sudah terrr..."syirik"..

Kerana apa?...kerana...kita mengakui..TUHAN HINDU JUGA TUHAN, TUHAN CINA JUGA TUHAN....TAPI TUHAN2 NI TAK LAYAK DISEMBAH....
HANYA ALLAH TUHAN YG LAYAK DISEMBAh.

Bermaksud.....kita mengakui Allah swt & yg lain2 ini juga tuhan!
(tapi tuhan yg lain2 tu tak layak disembah)





Boleh nampak dah kesalahan di situ?



Memang agak "halus" sebenarnya utk faham permasalahan ketuhanan ni..


Spt kata Tuan..sebeanrnya pun berlaku permasalah "bahasa" & "Istilah"....sebab tu...yg terbaik, kita cuba meningkatkan pemahaman kita drp masa ke semasa.

Byk pemasalahan yg hampir sama misalnya....pemahaman ayat2 mutasyabihat..spt.."Istiwa "....selagi kita cuba memahaminya melalui "translation" kita akan tetap mendapat pemahaman yg salah....
sebab tu ulama dulu2 sampai mengharamkan "terjemahan Al Quraan "...
Juga ada ulama yg memilih utk "takwil" supaya tak tersesat...

Tapi..bila mampu..kita tingkatkan kefahaman..& boleh faham "istiwa" sebagai Istiwa..tanpa perlu translation atau pun takwil...insyaallah...



just pandangan seposen Uncle...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2014 02:58 PM | Show all posts
Seorang anak bertanya kepada emaknya

Anak : Mama, siapa cipta kereta?

Mama : Manusia lah cipta kereta.

Anak : Siapa cipta manusia pulak?

Mama : Tuhan cipta manusia.

Anak : Siapa cipta Tuhan?

Mama : Errr, Tuhan tak da sapa cipta, dia jadi dengan sendiri..

Anak : Kalau Tuhan boleh jadi dengan sendiri, ada kemungkinan manusia pun boleh terjadi dengan sendiri.


hmmmm...persoalan2 spt ini berkaitan dengan masalah 'tasalsul...bnyak org yg mencari tentang kebenaran 'siapa Pencipta Samesta Alam ini' terperangkap dan tak dapat keluar dengan soalan ini.. siapa yg mampu keluar, dengan rahmat Allah pasti bertemu  kebenaran yang dicari...

salah satu persoalan 'berat' dalam mencari KEBENARAN!...
namun yakinlah ia boleh dijawap dengan menggunakan 'akal yang sihat' kurniaan Maha Pencipta..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 03:17 PM | Show all posts
burungantu posted on 9-7-2014 02:55 PM
Assallamualaikum Tuan habakuk

Uncle tak tahulah pemahaman Tuan dinsman...maaf sebab uncle suka  ...

waalaikumsalam @uncle,

saya pun cepat fening bila baca tulisan2 macam nih...cuma saya suka baca je untuk memahami corak pemikiran orang lain..tambah2 lagi ada sorang sahabat yang pemikiranya yg sama mcm @disman...

berkaitan syirik kecil ni juga berat...contoh mudah "riak".. juga syirik kecil.. camana nak hapuskan tu kena bersihkan jiwa dari sipat2 tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:54 PM | Show all posts
Salam....
ketika membaca post tuan @uncle burung ke-2 kalinya...terasa pulak nak tambah sesuatu berkaitan isu "syirik kecil".

sudah diterangkan berkali2 ianya hanyalah permasalaah penggunaan bahasa trutamanya maksud perkataan yang digunakan..
sesetengah orang menanggap ada terdapat syirik kecil disini, ada juga yg mengatakan tiada syrik kecil berlaku sekiranya kalimah syahadah 'laillahaillah' di fahami atau dimengerti dengan erti kata sebenarnya(hakikat)!
kita mengetahui bahawa dalam kalimah 'laillahaillah' itu terdapat 'nafi' dan 'isbat'. mari kita lihat bagaimana orang melafaskan syahadah ini,,,,

pertama: orang yang melafaskan syahadah 'laillahaillah' dengan perkara dinafikan adalah 'illah=Tuhan(tuhan2 lain spt tuhan kristian, tuhan hindu dan seumpanya!) adalah tidak layak disembah(dlm erti kata bukan tuhan yang sebenarnya!)'...
dan disambung dengan mengisbatkan bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah semata-mata...orang yang melafaskan syahadan sebegini sebenarnya melakukan syirik kerna masih wujud TUHAN(iaitu syirik kecil! disinilah punca masalah penggunaan kata TUHAN ini)

kedua: Orang melafaskan syahadah 'laillahaillah' dengan 'kefahaman','kemengertian(mengerti!)' dengan sebenar2nya dia kefahaman ini terbuku dalam hati sanubari(bukan minda atau otak!) bahawa 'TIADA MANFAATNYA NAFI' dalam kalimah 'laillah'.. ini kerna 'MENAFIKAN SESSUATU YANG TIDAK WUJUD(perkataan illah!)
ITU ADALAH SIA2 KERNA SUDAH SEDIA NAFI' kerna yang wujud itu hanyalah ALLAH semata2(the only one, tiada yg lain itu wujud!).. dan orang ini terlepas dari syirik kecil....

kita sepatutnya tidak boleh menuduh orang muslim lain itu syirik kecil atau munafik disebabkan perkara TUHAN dalam syahadah ini.. bersangka baiklah....
sesetengah orang berkefahaman bahawa hanya Allah Maha Esa yang ada, yg lain tiada..TUHAN itu tiada wujud adanya..yg ada hanyalah Allah! apakah kita terus menuduh orang sebegini telah syirik kerna dia menggunakan perkatan 'TUHAN' atau adanya TUHAN HINDU BUDHHA atau seumpamanya(Tuhan yang diada-adakan yg pada hakikatnya tidak wujud!)????

apakah kita telah syirik dengan 'mengakui' adanya TUHAN HINDU atau seumpamanya? yes syirik! sekiranya penggunaan kata 'mengakui' itu sama martabat(taraf!)nya dengan martabat ketika hati 'mengakui' ketika melafaskan syahadah...
dan kata 'mengakui' yang digunakan secara umum(bukan martabat syahadah!) boleh digunakan untuk tuhan Hindu atau seumpamanya! tiada isu syirik disini..ianya hanyalah masalah BAHASA semata2...

harus pandai membezakan...berbaik sangkalah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 10:16 PM | Show all posts
burungantu posted on 9-7-2014 02:55 PM
Assallamualaikum Tuan habakuk

Uncle tak tahulah pemahaman Tuan dinsman...maaf sebab uncle suka  ...

Tuan burungantu, adakah terjemahan betul kalimah tahlil tu:
"Tiada tuhan melainkan ALLAH",
atau,
"Tiada tuhan yg sebenar berhak disembah melainkan ALLAH".

Saya pernah membaca perbincangan mengenainya dulu.

Summ-up: Kalau kita agree dgn terjemahan kedua, kita seolah memberi peluang atau membuka lobang bagi non-muslim mengguna kata berlapik: "Saya tada sembah itu tuhan tokong. Saya sembah itu tuhan atas jugak. Itu tuhan tokong kasi tolong hantar saya punya doa pada itu tuhan atas jugak.".
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 01:55 AM | Show all posts
Jazakummullah Tuan habakuk dan Tuan Awang atas tunjuk ajar yg jelas...


Uncle rasa mudah faham dgn keterangan Tuan Tuan, terima kasih.


Uncle pun teraba raba....Memang kalau dikirakan, pemahaman yg betul jelas, memerlukan keterangan2 yg mendlm melibatkan pemahaman ilmu sifat 20 dan selanjutnya bagaimana mentauhidkan Allah swt ...tauhidul Af'alnya..tauhidul asmanya..& tauhid sifat...sampai tauhidul zat Allah swt...


Alhamdullillah..bagi Uncle yg jahil ni....memang mendahagakan /sngat memerlukan tunjukajar Tuan habakuk & Tuan awang & tuan tuan semua...terima kasih  
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 02:45 PM | Show all posts
alhamdulillah uncle burung... kita sama2 masih belajar.. sama2 berkongsi apa yang kita faham dan tahu.. tulisan2 uncle juga ada banyak yg telah sya pelajari... bukankah kita diseru supaya belajar sampai akhir hayat..dan jangan berhenti...

bila ingat pasal belajar smpai akhir hayat nih, teringat plak pada isu Kasim Ahmad tuh.. slepas  tengok video kat youtube(siri2 video yg ditepek mod mnm777), baru saya faham apa yg berlaku... kalau dikaitkan dengan "syahadah" nih, syahadah pertama(Allah) dia dah lepas... tapi syhadah kedua(Muhammad) dia tak lepas atau belum jumpa! tu sebablah dia kata syahadah kedua batal...sungguh kasihan.. mudah2an Yang Maha Pemberi Hidayah menunjukkan Kasim Ahmad petujuk... Last edited by habakuk on 10-7-2014 02:59 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam.

Saya permudahkan apa yg saya fahami.

Apa yg dibincangkan itu ciptaan Allah. Perlengkap memahami adalah dgn memahami ciptaan-Nya dlm erti kata kalimah milik-Nya.

Tatkala kita berbincang, di dlm akal dan hati kita wajib diset semua itu ciptaan-Nya. Maka tidak berlaku syirik JIKA kita menyatakan sesuatu ilmu sesudah kita menyatakan apa yg pernah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku itu ciptaan-Nya.

Yg paling penting, apa jalannya kita MAHU dan TIDAK MAHU berdasarkan petunjuk-Nya.

Saya rangkumkan sebuah kisah seorg guru yg mengajar ilmu tauhid berdasar kalimah yg dimaksudkan. Salah seorg pendengar bertanya, apakah yg Ustaz faham mengenai perumpamaan seekor nyamuk. Jawapan Ustaz itu TIDAK memenuhi kehendak soalan kerana Ustaz ini sekadar menyatakan apa yg dinyatakan di dlm Alquran dan perkaitan dgn sifat 20 sahaja sedangkan makrifatullah, hakikatullah, tarikatullah dan syariatullah masih jauh terkebelakang. Maknanya jalan yg dinyatakan oleh Ustaz ini membentuk 72 jenis kefahaman yg berbeza2. Bersyukur kpd pendengar yg MENGHORMATI seorg guru dgn TIDAK menyatakan apa yg dimaksudkan ciptaan-Nya. Ketahuilah, si pendengar membantu bertanya soalan yg kedua pada soalan "Bolehkah manusia dikatakan mencipta kapal terbang, kereta dsb" meskipun jawapannya tepat, utk makna syirik, akan tetapi method mendekatkan masih lagi menggunakan teknik terkebelakang iaitu lalai mengingatkan kpd semua audience , semua itu CIPTAAN-NYA.

Jalan ada 73. Pilih yg susah atau yg mudah utk semua fahami. Anda yg tentukan.

So saya nak tanya, korang bercerita ada unsur syirik tak? Surah An-Biya, Allah memberi peringatan MUTLAK perihal ini.

Semoga kita tidak digolongkan ahli neraka jahanam yg kekal selama2nya oleh-Nya kerana isu ini.

Wallah Hu`alam
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 05:04 PM | Show all posts
So saya nak tanya, korang bercerita ada unsur syirik tak? Surah An-Biya, Allah memberi peringatan MUTLAK perihal ini.


ada syirik atau tiada syirik itu bergantung kepada kefahaman masing2... tapi yang pasti kalau seseorang itu bercerita atau berceramah dengan harapan agar dia dipuji2 orang kerna menyampaikan ceramah yang menarik.... maka syirik lah ia!

syirik kecil...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
habakuk posted on 10-7-2014 05:04 PM
ada syirik atau tiada syirik itu bergantung kepada kefahaman masing2... tapi yang pasti kalau se ...

Kerana itulah, utk menjadi daei yg hebat, pada awal dan akhir dakwah itu dinyatakan Allah itu Pencipta atas segala ciptaan-Nya. Sedangkan apa yg dinyatakan dahulu, kini dan akan datang semuanya ciptaan-Nya yg tertulis di lufh mahfus.

Maka pasti kefahaman kita tidak tersasar pada maksud sangkaan kerana menjauhkan syirik itu melalui ringkasnya kefahaman sebelum terbentuknya kefahaman.

Cuba kita baca surah AlBaqarah ayat ke 2. Sebenarnya Allah sudah menerangkan kebenaran Alquran itu ciptaan-Nya. Boleh dikatakan majoriti permulaan surah, Allah menerangkan ciptaan-Nya TANPA minda separa sedar menyedari.

Kita kena mengakui kita buta mata hati. Mencelikkan hati kita hanya dgn izin Allah. Selagi hati kita belum mahu menerima semua yg telah, sedang dan akan berlaku itu bukti ciptaan-Nya, maka sukar utk kita mengubah diri umat Islam dizaman ini.

Bermula kebenaran itu melalui apa yg Dia ciptakan. Sedangkan ilham itu dtg dari-Nya. Tidakkah itu menjelaskan kewujudan-Nya pada maksud ciptaan-Nya?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa minda separa sedar kita tidak sedar ilmu makrifat, hakikat, tarikat dan syariat itu ciptaan Allah pada maksud kefahaman? Kerana sifat kita pasti lalai sehingga terbentuknya sangkaan kerana lalai mengingati ciptaan-Nya.

Dan kerana itulah, kita sering mendengar "nenek moyang kami dahulu.... gitu dan gini". Kerana sangkaan itu atas apa yg diilhamkan oleh-Nya pada maksud sangkaan merujuk kpd kelalaian memahami makna ciptaan-Nya.

Kenapa ada org taksub? Kerana kefahaman yg berbeda2 itu lahir dari kelalaian memahami ciptaan-Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenar2 tauhid itu memahami dan menjelaskan semua makhluk itu ciptaan-Nya.

Kita tahu menyebut Allah itu wujud. Apa asas kepada wujud jika kita tidak memahami bukti wujudnya Allah adalah pada maksud Pencipta yg mewujudkan ciptaan-Nya?

Adakah nampak spt saya mensyirikkan Allah ketika ini? Jika ada, teguran tuan2 dan puan2 amat2 dialu2kan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 06:48 AM | Show all posts
habakuk posted on 9-7-2014 02:35 PM
Salam  untuk semua....

@dinsmann,

jawapan kpdyg di boldkan
Di duniaini ramai insan yang beriman, namun tidak ramai insan yang diberi keimanan dariAllah, dengan maksud, orang yang percaya Allah itu ramai, tapi orang yangdipercayai Allah tidak ramai.
Makatidak ramai orang yang sampai ke arah diberi amal, orang yang diberi amal hanyabersyukur dan membuat kebaikan, orang yang membuat kebaikan ini bukan mencariamal, akan tetapi sudah mengenal amal yang diberi di sebalik kebaikan.
Orangyang mencari amal ia masih penuh dengan prasangka kerana ia masih belum jelastentang amal yang dicarinya, maka duduklah ia pada tahap beriman dan bukandiberi iman, kena difahami pada dua kedudukan antara diberi iman dan beriman,kerana diberi keimanan adalah perjalanan selepas beriman dengan sebenar-benarpada Allah.
Penyampaian ini kena difahami dengansebenar-benar, agar tidak menjadi sia-sia dan dapat mengenali diri dengan jelas,tentang kedudukan diri sendiri.
Beza Orang Beriman Dan Orang Yang Diberi Iman
Tanda orang beriman dan orang yang masih mencari amal,  dia akan membuat berbagai andaian tentangmencari keredhaan Allah, maka banyak amal yang akan dibuat.
Dan tandaorang yang diberi keimanan dan diberi amal, hanya kesyukuran dan kebaikan yanghidup pada jiwanya, kerana segalanya telah pun disedari.
02:08pm
5.
Orang Beriman Tetapi Tidak Sampai Kepada Diberi Iman
Orangyang beriman namun tidak sampai ke arah diberi keimanan dari Allah, adalahorang yang mungkir janji, yang mana ia telah mengaku sudah tiada yang lainhanya Allah, namun tetap menyebut tuhan, dianggap Allah.
Sedangkantuhan itu nama sesuatu benda yang dibentuk, di sinilah orang itu telah punmunafik terhadap Allah tanpa disedarinya, bilamana telah munafik maka ia akanmelakukan syirik terhadap Allah, dengan halus tanpa disedarinya.
Semakinia kuat beriman dan mencari amal, maka semakin kuatlah ia munafik dan syirikterhadap Allah, dan semakin jauhlah ia pada Allah, dan semakin dekatlah iblis,setan dan jin padanya dengan membawa watak ke jalan yang lurus.
Jalan yang lurus pada iblis, setan danjin, maka orang itu akan mendapat karamah nyata pada dirinya yang mempunyaikuasa, tapi karamah itu bukan dari Allah tetapi dari ciptaan Allah, iaitu iblisdan sekutunya. Iblis akan menyesatkan pada orang yang sesat.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.596867 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list