CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Emoloser

Macamana Nak Jawab Soalan Ni

[Copy link]
Post time 27-4-2012 09:23 AM | Show all posts
TT, moyang ko asal belanda kan?
kes ko sama la mcm Ahmad Dhani yang mak dia asal yahudi german.
aku rasa ko ni pun sealiran dgn ahmad dhani. ckp mcm mana pun ko dgn fahaman ko yang nk memeningkan pikiran orang tetap gak xnak berubah. dh la buat keje2 mcm tu. pandai sendiri je dh la. orang ckp pakai ayat quran pun ko lawan. org mcm ni xleh ajak bincang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2012 09:17 PM | Show all posts
jawab nnt bila anak dah besar,anak akan faham sendri
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:20 AM | Show all posts
Macam pernah jumpa Tuhan je. Hebat hebat. Wa caya sama lu...
Emoloser Post at 20-4-2012 09:22


Kalau manusia pernah bersemuka dengan Tuhan.. tentulah ko tak buat thread 'bijak' ini kan !
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 12:42 PM | Show all posts
masalahnya
kita masih manusia
dan bertingkat2
jadi bila akal dah semakin matang/moden
dgn liputan yg lebih luas
maka.......persoalan sebegini akan timbul

SYABAS........dapat memberi satu persoalan yg cukup besar
atau persoalan yg menggerunkan
atau persoalan yg mematikan  

jadi pandai2lah jawab yaaaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2012 03:39 PM | Show all posts
Maksud Al-Awwal bukannya yang terawal dalam ertikata ada permulaan. Itu tafsiran anda.

Jika anda nak bandingkan Allah dengan contoh-contoh makhluk, maknanya anda dah samakan Allah dengan makhluk ciptaan Allah.



Al-quran banyak menyamakan sifat tuhan dengan sifat manusia, contoh sifat pengasih dan penyayang, sifat marah dan menghukum, dlln. Ada juga orang Islam yang mengatakan Tuhan mencarut, maki hamun dan sebagainya. Seolah-seolah mereka pernah bersembang dengan Tuhan pula.

Manakala dalam Bible pula mengatakan Tuhan menciptakanya Manusia berdasarkan bayangan Tuhan.

Bagi saya, mereka ini berhayal sahaja. Mungkin Tuhan tidak seperti yang disangkakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2012 04:13 PM | Show all posts
Pada pendapat aku, org kafir bukan nak confirm tapi dia lebih kepada mempertahankan kepercayaan dia. Aku tak pelik kalau orang kafir yg mempersoalkan. Tapi bagaimana dgn org islam yg memberikan persoalan yg sama


Orang Islam telah berperang sesama sendiri sejak kematian Nabi Muhammad lagi. Ini akibat percanggahan pendapat kerana telah kehilangan rujukan Nabi. Ayat-ayat al-quran banyak mengelirukan mereka, menyebabkan mereka menulis hadis. Apabila hadis telah ditulis, mereka bercanggah pendapat lagi. Akibatnya lahirlah pelbagai mazhab dan fahaman.

Apakah benar kitab yang telah menyebabkan manusia bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri itu dari Tuhan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-4-2012 04:33 PM | Show all posts
Sebelum kita meneruskan soal-jawab, adakah anda orang Islam yang percaya rukun Islam dan rukun Iman?

Kalau anda bukan orang Islam, saya akan beri jawapan dengan dari persepsi yang berlainan, Insya-Allah.


Aku telah dituduh sebagai penyembah berhala, patung dan sebagainya. Jadi aku ingin mencarii Tuhan pula.

Bagi kepercayaaan nenek moyang aku, Tuhan adalah tenaga. Semuanya adalah Tuhan. Patung-patung itu melambangkan dewa-dewa. Orang Islam mengelarkan jin. Mereka hidup di alam lain. Setiap manusia yang mati. yang baik akan berubah menjadi dewa. Yang jahat akan menjadi setan. Yang mati sebelum masa, seperti mati bunuh diri, atau mati berperang akan menjadi roh sesat. Mereka terperangkap antara alam roh dan alam fizikal. Lama-lama mereka akan mati juga.

Jasad manusia cuma sementara sahaja, untuk persediaan ke alam lain. Konsep ini sama dengan jentik-jentik yang hidup di dalam air. Akhirnya bertukar menjadi nyamuk dan hidup di alam lain pula.  

Tokong-tokong di bina untk menyembah dewa-dewa atau nenek moyang bagi menolong dari segi mendapat rezeki. Itulah kepercayaan nenek moyang aku.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 07:05 PM | Show all posts
Patut pun ko ni non-muslim rupanya. Oklah bye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2012 12:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 1-5-2012 00:23
Aku telah dituduh sebagai penyembah berhala, patung dan sebagainya. Jadi aku ingin mencarii Tuhan pula.
Emoloser Post at 30-4-2012 16:33


Oohh rupanya anda sedang mencari tuhan? Anda belum ada apa-apa kepercayaan? Melainkan anda jelaskan kepercayaan nenek moyang anda?

Bagi kepercayaaan nenek moyang aku, Tuhan adalah tenaga. Semuanya adalah Tuhan. Patung-patung itu melambangkan dewa-dewa. Orang Islam mengelarkan jin. Mereka hidup di alam lain. Setiap manusia yang mati. yang baik akan berubah menjadi dewa. Yang jahat akan menjadi setan. Yang mati sebelum masa, seperti mati bunuh diri, atau mati berperang akan menjadi roh sesat. Mereka terperangkap antara alam roh dan alam fizikal. Lama-lama mereka akan mati juga.

Jasad manusia cuma sementara sahaja, untuk persediaan ke alam lain. Konsep ini sama dengan jentik-jentik yang hidup di dalam air. Akhirnya bertukar menjadi nyamuk dan hidup di alam lain pula.  

Tokong-tokong di bina untk menyembah dewa-dewa atau nenek moyang bagi menolong dari segi mendapat rezeki. Itulah kepercayaan nenek moyang aku.


Itu kan kepercayaan nenek moyang kamu.

Sedikit pembetulan, Islam tidak menggelarkan jin kepada patung-patung melambangkan dewa. Mungkin ada orang Islam berkata demikian kerana ada kemungkinan pengaruh Jin meresap ke dalam upacara pemujaan.

Sekiranya anda tiada kepercayaan dan ingin mencari Tuhan, dialu-alukan bertanya secara ingin tahu. Jika anda bertanya secara pertikai, ia tidak menampakkan anda ingin tahu atau mencari kebenaran, melainkan persoalan anda hanyalah cuba menimbulkan keraguan kerana anda sendiri berada dalam keraguan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 12:20 AM | Show all posts
Orang Islam telah berperang sesama sendiri sejak kematian Nabi Muhammad lagi. Ini akibat percanggahan pendapat kerana telah kehilangan rujukan Nabi. Ayat-ayat al-quran banyak mengelirukan mereka, menyebabkan mereka menulis hadis. Apabila hadis telah ditulis, mereka bercanggah pendapat lagi. Akibatnya lahirlah pelbagai mazhab dan fahaman.

Apakah benar kitab yang telah menyebabkan manusia bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri itu dari Tuhan?
Emoloser Post at 30-4-2012 16:13


Sebenarnya kesimpulan anda tu tak tepat. Sekalipun benar orang Islam pernah berperang sesama sendiri, ia tidak menunjukkan orang Islam hilang rujukan Al-Quran dan Hadith.

Orang Islam juga manusia, ada yang baik ada yang bersikap buruk. Apabila nafsu menguasai diri, ditambah dengan hasutan Syaitan, maka boleh berlaku banyak masalah kepada orang Islam sesama orang Islam.

Bagi orang Islam yang baik, ia menjadi ujian dan juga sebagai peningkatan tahap ketaqwaan menerusi ujian tersebut. Bagi orang Islam yang tidak baik, jika kejahatannya tidak dibalas di dunia, ia akan dibalas di akhirat (Hari Pengadilan).

Bukan orang Islam sahaja yang berperang sesama sendiri, lumrah manusia itu berperang tanpa landasan Agama, apabila ada faktor wang, harta, kekayaan, pangkat, kuasa dan wanita/pengaruh.

Sejarah membuktikan sebelum era Nabi Muhammad SAW pun manusia sudah berperang. Kristian berperang sesama Kristian. Yahudi sesama Yahudi. Musyrikin sesama musyrikin.....


WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 10:50 AM | Show all posts
[
quote]Orang Islam juga manusia, ada yang baik ada yang bersikap buruk. Apabila nafsu menguasai diri, ditambah dengan hasutan Syaitan, maka boleh berlaku banyak masalah kepada orang Islam sesama orang Islam.


Rasanya nafsu dicipta oleh Tuhan, tapi ramai yang salahkan setan. Kalau nak jadi baik, jangan cipta nafsu.


Bagi orang Islam yang baik, ia menjadi ujian dan juga sebagai peningkatan tahap ketaqwaan menerusi ujian tersebut. Bagi orang Islam yang tidak baik, jika kejahatannya tidak dibalas di dunia, ia akan dibalas di akhirat (Hari Pengadilan).


Apa faedahnya Tuhan nak membalas manusia. Bukan Tuhan cipta nafsu ke? Sifat marah, benci, semua tu bukan Tuhan cipta ke? Balas diri sendiri la.

Bukan orang Islam sahaja yang berperang sesama sendiri, lumrah manusia itu berperang tanpa landasan Agama, apabila ada faktor wang, harta, kekayaan, pangkat, kuasa dan wanita/pengaruh.

Sejarah membuktikan sebelum era Nabi Muhammad SAW pun manusia sudah berperang. Kristian berperang sesama Kristian. Yahudi sesama Yahudi. Musyrikin sesama musyrikin.....


Apa gunanya menganut Islam, jika perangai masih sama dengan bangsa lain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 10:55 AM | Show all posts
Sekiranya anda tiada kepercayaan dan ingin mencari Tuhan, dialu-alukan bertanya secara ingin tahu. Jika anda bertanya secara pertikai, ia tidak menampakkan anda ingin tahu atau mencari kebenaran, melainkan persoalan anda hanyalah cuba menimbulkan keraguan kerana anda sendiri berada dalam keraguan.


Salah satu kaedah pemikiran kritikal adalah mengkritik sesuatu idea untuk mencari kebenaran. Kebenaran ditentukan dengan dengan beberapa ciri;-

1) Kebenaran tidak bercanggah
2) Kebenaran tidak meragukan

Bak kata mat saleh, beyond reasonable doubt
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 01:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 2-5-2012 01:42
Rasanya nafsu dicipta oleh Tuhan, tapi ramai yang salahkan setan. Kalau nak jadi baik, jangan cipta nafsu.
Emoloser Post at 1-5-2012 10:50

Apa faedahnya Tuhan nak membalas manusia. Bukan Tuhan cipta nafsu ke? Sifat marah, benci, semua tu bukan Tuhan cipta ke? Balas diri sendiri la.


Tuhan Maha Mengetahui. Dalam Islam, difahami malaikat tidak diberikan nafsu. Malaikat makhluk yang taat.

Darjat manusia boleh naik tinggi melebihi malaikat jika berjaya guna nafsu ke jalan yang baik, tetapi boleh turun ke taraf lebih rendah dari binatang jika bertuhankan nafsu.

Itulah antara hikmah nafsu diciptakan. Selain nafsu, manusia juga diberi AKAL untuk membuat PILIHAN. Apabila kita yang buat pilihan, kita tak boleh salahkan Tuhan. Tuhan itu Maha Adil.

Apa gunanya menganut Islam, jika perangai masih sama dengan bangsa lain?

Apabila seseorang itu menjadi Islam, bukanlah dia tiba-tiba jadi seperti malaikat. Nafsu dan Syaitan juga masih melingkunginya, cuma tahap keimanannya yang mencorakkan kehidupannya...

Sekalipun orang Islam itu jahat, jika dia benar-benar beriman kepada Allah nescaya satu masa nanti dia akan kecapi nikmat Syurga. Sejahat-jahat perbuatan yang tidak terampun ialah dosa mensyirikkan Allah.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2012 09:57 PM | Show all posts
Tuhan Maha Mengetahui. Dalam Islam, difahami malaikat tidak diberikan nafsu. Malaikat makhlu ...
mnm77 Post at 2-5-2012 01:40


Harap saudara berjayalah masuk  syurga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2012 10:04 PM | Show all posts
Sekalipun orang Islam itu jahat, jika dia benar-benar beriman kepada Allah nescaya satu masa nanti dia akan kecapi nikmat Syurga. Sejahat-jahat perbuatan yang tidak terampun ialah dosa mensyirikkan Allah.


Mengapa iman penting ? Ramai yang baik, tapi tak beriman, adakah mereka masuk neraka jugak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2012 11:08 PM | Show all posts
Dalam isu agama dan ketuhanan TAK BOLEH bersangka-sangka.

وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
...dan sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran (An-Najm, 28)


Jika kita tak nampak, maknanya kita bersangka sahaja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-5-2012 11:15 PM | Show all posts
Itulah antara hikmah nafsu diciptakan. Selain nafsu, manusia juga diberi AKAL untuk membuat PILIHAN. Apabila kita yang buat pilihan, kita tak boleh salahkan Tuhan. Tuhan itu Maha Adil.


Kita tidak pernah diberi pilihan samaada hendak lahir atau tidak. Kita juga tidak diberi pilihan untuk menjadi manusia atau malaikat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 11:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 2-5-2012 23:30
Kita tidak pernah diberi pilihan samaada hendak lahir atau tidak. Kita juga tidak diberi pilihan untuk menjadi manusia atau malaikat.
Emoloser Post at 2-5-2012 23:15
Kita tidak dihukum kerana dilahirkan atau tidak.

Juga tidak dihukum kerana menjadi manusia atau malaikat.

Kita dihukum berdasarkan Patuh atau Ingkar yang menjadi pilihan kita !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 07:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by Emoloser at 3-5-2012 07:51
Kita tidak dihukum kerana dilahirkan atau tidak.

Juga tidak dihukum kerana menjadi manusia atau malaikat.

Kita dihukum berdasarkan Patuh atau Ingkar yang menjadi pilihan kita !


Patuh kepada sesuatu yang tak pasti adalah satu perkara yang berbahaya. Lihat lah apa yang terjadi kepada umat Islam sekarang ini, mereka hidup dalam kemiskinan dan kemunduran akibat peperangan yang tidak kesudahan. Ganjaran shahid dan syurga menjadikan mereka suka berperang dan menjadi pengebom berani mati. Akhirnya masyarakat menderita dan ekonomi musnah.

Mereka juga malas berusaha dan bekerja, dan fokus kepada akhirat dan mengejar syurga, akhirnya anak cucu mereka menderita kerana mewarisi kepapaan dan kemiskinan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 07:55 AM | Show all posts
Bukan orang Islam sahaja yang berperang sesama sendiri, lumrah manusia itu berperang tanpa landasan Agama, apabila ada faktor wang, harta, kekayaan, pangkat, kuasa dan wanita/pengaruh.


Islam memberi peperangan sebagai jalan penyelesaian kepada sesuatu permusuhan dan memberi ganjaran syahid. Mereka menuduh puak yang tidak sefahaman dengan mereka sebagai kafir dan berperang dengan mereka. Akhirnya ekonomi mereka musnah dan masyarakat menjadi mundur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.278273 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list