CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Emoloser

Macamana Nak Jawab Soalan Ni

[Copy link]
 Author| Post time 1-5-2014 11:55 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 1-5-2014 11:43 AM
Betul, jgn dilihat ikan umumnya hanya yg dipancing, dipanggang.
- siakap, senohong, gelama, ika ...

yang mati timbul tu manusia tak makan sebab dah busuk, diorang nak yang fresh, beriman dan beramal soleh.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2014 01:11 PM | Show all posts
Emoloser posted on 1-5-2014 11:55 AM
yang mati timbul tu manusia tak makan sebab dah busuk, diorang nak yang fresh, beriman dan beramal ...
yang mati timbul tu manusia tak makan sebab dah busuk, diorang nak yang fresh, beriman dan beramal soleh.
X lah, fitrah ikan cenggitu.
- hidupan laut le yg bangkainya boleh dimakan, halalan toyiban.

Di pasar2 pn semuanya mati belaka, selain yg di aquariumkan (live display)
Yg x biasa mkn cencalok, belacan, budu...mmg busuk bg mereka.
- disalai, dikeringkan...aman adja adanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 03:29 PM | Show all posts
manusia adalah makhluk.....makhluk itu sifatnya diciptakan....

Tuhan itu Tuhan......antara ciri-ciri Tuhan ialah Tuhan tidak dicipta. jika dicipta, maka jgn panggil ia Tuhan.

dlm dialog itu, sang anak sudah terkeliru...dia menyamakan Tuhan dgn manusia......

sang ibu pula termakan dgn persamaan yg anak dia bagi......

sang ibu perlu belajar surah Al-ikhlas, dan ajar pada anak dia...tentang ciri-ciri selayaknya bagi Tuhan.

wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 04:03 PM | Show all posts
Allah Maha Besar ...

meliputi seluruh alam .... saiz besar alam semesta nie akan dibagitau kepada kita hanya kecil sahaja di akhirat kelak .... bukan saiz bumi , saiz alam semesta ....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 05:50 PM | Show all posts
Salam,
bleh I join sket kemelut dan kekalutan yg ditimbulkan?

Maha Alloh dengan Maha KuasaNya
Itu "kami" yang sering dinyatakan dalam ayat.

Satu tenaga dan kuasa Yang Maha Besar
Dalam sains pun tenaga tidak boleh dimusnahkan
Bertukar bentuk dan kembali ke asal

Maha Kuasa dan Maha Alloh
Maha Kuasa adalah sumbernya
Maha Alloh adalah pentadbirnya
Maha Kuasa adalah "otak"nya
Maha Alloh adalah mindanya

Tiada yang tercipta jika datang dari yang tiada
Kunfayakun satu mantera yang diumpamakan
Segalanya dari Maha Alloh jua
Kerana segala-galanya Maha Alloh

Terwujud alam ini dari Maha KuasaNya
Dari satu tenaga yang Maha Besar
Terlalu Maha Besar sehingga insan tidak
dapat menanggap betapa Maha KebesaranNya
Sehampir salur darah
Wujud pada setiap kejadianNya

Dari tenaga dan kuasa yang Maha Besar
terwujud sebutir nilam di angkasa raya
bumi dunia yang indah
sebagai syurga dan neraka manusia
bersandar Kunfayakun dari Maha Alloh
Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa ...



Last edited by dinsmann on 1-5-2014 05:52 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 04:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dahulu, kini dan akan datang itulah makna kpd makhluk2 diciptakan oleh Allah (utk kefahaman akal yg bersifat makhluk sahaja)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2014 08:12 AM | Show all posts
Soalan-soalan ni semua timbul sebab manusia berfikir sambil membayangkan sifat Allah tu macam sifat manusia.

Contoh.... istiwa atas arash....  bersemayam atas arash.  Manusia biasa akan berfikir duduk atas arash macam duduknya manusia atas takhta.  kemudian timbul pelbagai mazhab aqidah untuk memperbetulkan ini.  antaranya 2 mazhab akidah iaitu salaf dan khalaf.  Yang satu kata duduknya hanya Allah saja yang tahu maksudnya dan satu lagi mentakwilkan maksud duduk.  Itu contoh.

Tapi dalam thread ni pulak soalan yang timbul sebab dah terlebih fikir.  Manusia berfikir dengan batasan had yang manusia tahu.  Contohnya, Allah mencipta masa.  Tapi Allah tak perlukan masa.  Hanay makhluk sahaja yang perlukan masa.

Manusia perlukan masa sebab itu manusia ada mula dan tamat.  Allah tak perlukan masa, maka Allah tak ada mula dan tamat.  Allah sentiasa wujud sebab Allah tak perlukan masa.  Itu contoh jugak.

@emoloser

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 11:24 AM | Show all posts
ussopp posted on 1-5-2014 03:29 PM
manusia adalah makhluk.....makhluk itu sifatnya diciptakan....

Tuhan itu Tuhan......antara ciri-c ...

"Tuhan itu Tuhan......antara ciri-ciri Tuhan ialah Tuhan tidak dicipta. jika dicipta, maka jgn panggil ia Tuhan."

"La ilaha", sudah jelas dan terang, sunnah Alloh, kata-kata Alloh, TIADA TUHAN ...
Kenapa masih hendak menyamakan "tuhan" dengan Alloh

Tuhan, ciptaan manusia. Tuhan itu banyak. Tuhan itu perkataan batil.
Ya Alloh, ya tuhan, ya Alloh, ya tuhan .. akhirnya yang tinggal hanya kata "tuhan".

Janganlah menganggap dan bersuka-suka menyebut nama tuhan dikaitkan dengan Alloh,
kenapa gemar mencampurkan yang batil(tuhan) kepada yang hak(Alloh) ...
Akhirnya melepaskan tanggungjawab setelah menghina dengan kata-kata "hanya Alloh maha mengetahui".

Jika beriman 100% kepada Alloh, percaya benar kepada-Nya, berdoalah dengan kata meminta " Maha Alloh
maha pasti akan memberitahu"
, pasti Alloh memberikan hidayah-Nya, kerana Alloh Maha Hidup Maha Berkuasa
dan Maha Berkata-kata

Sesekali saya terpaksa melontarkan kata-kata sebegini, kerana munafik dan syirik adalah sangat
dimurkai Alloh. Tidak kiralah saudara pak mod atau sesiapa sahaja, syirik tetap syirik ...

Insan yang bernama pun kalau dipanggil dengan "hoi, manusia" pun rasa terhina, inikan pula
Maha Alloh, hanya segala pujian bagiNya.

Ban saya denga segera sekiranya pak mod rasa tergoncang !! Dan carilah dalam semua posting saya yang
melebih 700 adakah terdapat satu (1) perkataan hinaan? Maksud di sini jika ingin menjawab sila
buang segala nafsu itu dahulu, tiada marah dan tiada benci, ini perjalanan insan yang berubah dari
beriman kepada menghimani Maha Alloh .. tiada lagi keraguan ...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2014 11:28 AM | Show all posts
Pendek kata, tiada yg serupa. Yg Ahad.
- kalo soalan dh menyerupakan, terbatal...

Byk ayat2 dlm Quran yg merupakan tamsilan, mutasyabihaat.
- tp kalo nk ambil secara literal, katakan huAllahu Ahad...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 01:48 PM | Show all posts
macam dah ada yang nak masuk bahas kalimah Allah....  Tuhan.....  
bahasa arab ...  bahasa melayu...  bahasa hebrew?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 04:37 PM | Show all posts
dinsmann posted on 3-5-2014 11:24 AM
"Tuhan itu Tuhan......antara ciri-ciri Tuhan ialah Tuhan tidak dicipta. jika dicipta, maka jgn pan ...

bagaimana dengan ungkapan "yang disembah"

yang disembah ada banyak dlm dunia ni , tetapi Allah jugak termsuk yang disembah.....

bagaimana pula dengan ungkapan " tempat bergantung"...dlm dunia ni banyak tempat bergantung, Allah juga tempat bergantung...  

begitu jugak dgn Tuhan, biarlah banyak mana tuhan palsu pun, ketika mana sy sebut Tuhan yg Esa, sy merujuk Allah lah....

bagaimana dgn kaum musa yg tidak menyebut Allah, tetapi mereka menyembah Tuhan yg Esa.....dan ia TETAP ALLAH....
kaum2 sebelum arab ada nabi, tetapi belum tentu mereka memanggil Allah, adakah mereka silap Tuhan???


saudara,

masalah jenis ini dipanggil masalah ungkapan2......
termasuk dlm masalah manusia ialah berbalah tentang masalah ungkapan.....padahal mereka bermaksud sama saja....

sy tidak mahu memperpanjang.....

selagi mana sy menyanjung Allah paling tinggi berbanding yang lain, dan sy tidak mensyirikkannya....
maka berbeza bagaimana pun ungkapan saya dan anda,,kita masih bermaksud sama...

wallahua'lam...



Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 05:26 PM | Show all posts
Apa terjemahan Melayu yg kita nk guna utk kata 'ilah' dan 'rabb' (yg Arab)?
- kata ganti nama ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 09:11 PM | Show all posts
Emoloser posted on 1-5-2014 10:33 AM
Pokoknya yg bergoyang ditiup dek angin - hasilnya pendebungaan, luruh, etc.
tp bkn itu pokoknya y ...

Manusia diibaratkan ikan-ikan dilautan, mereka nampak nampak seekor cacing, mereka yakin ia adalah makanannya, lalu membahamnya, rupanya ada mata kail menusuk mulutnya lalu di angkut ke udara lalu dipanggang di atas api.
Dunia ini terlalu luas untuk di kaji manusia, hanya kepercayaan dan sedikit ilmu membantu kita untuk bergerak. Keputusan hanya diketahui selepas mati.


syok dengar ayat hang ni
hang tentu tak mau jadi cam ikan kena panggang tu kan
jadi pandai2 le bawa diri tuuuuu

ni erita kawan aku yg sorang ni - memang lahir dlm islam
punyalah nak cari kebenaran
dia pi jadi paderi kristian bebrapa tahun
pas tu dia gi jadi sami hindu
   last kat kuil batu caves
  pas tu....dia ilang tak dapat dikesan

yg sorang lagi...punyalah nak pada KEBENARAN
  dah 16 tahun dia hilang dr kampungnya kat permatang pauh tuuuu
  alih2 kawan aku yg sorang lagi kasitau baru jumpa dia
     nak kasi kawan aku tu - yakut
     tapi dia tak mau  
     dia pun org kata gila jugak - GILA DGN TUHANNYA

haaaa....amacam, sanggup ke tempuhinya
   silakanlah..................TUHAN SEDIA MENERIMA BILA2 MASA PUN




Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 03:13 PM | Show all posts
zamkumis posted on 17-12-2010 02:46 PM
Allah tidak ada pemulaan dan akhir, apabila datang lintasan siapa yang jadikan tuhan? kita kena kata ...

setuju..itu perkara ghaib dan melibatkan akidah..tidak tercapai dek akal manusia, hamba Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 04:32 PM | Show all posts

Terima kasih Alloh kerana ulasan-ulasan sdr/i yang jelas dan sudah terdapat sifat ketenangan dalam komen-komen lebih lagi dalam membicarakan nama Alloh dan nama tuhan, walaupun lari dari tajuk thread ini. Ulasan-ulasan yang tidak menilai, menghukum forumer dan yang tidak mencemuh akan menyemarakkan lagi forum-forum di cari.com.

Memang sudah ratusan tahun kita menggunakan perkataan Allah berbanding Alloh (Rumi). Tiadalah kesalahan jika begitu lama kata Allah digunakan, hanya pada cita rasa sahaja. Jika bagi saya, AL-LAH itu akan bermaksud MAHA TIADA jika diertikan LAH, LA atau LAK itu bermakna TIADA dalam bahasa Arab. Jika sudah terlafaz kata Allah itu dan dalam hati dan jiwa menuju kepada YANG MAHA ESA, teruskan sahaja. AL-LOH bermaksud Maha Ghaib. Dan bagi saya ALLAH atau ALLOH bermaksud IA ADA untuk membuangkan segala fitnah.

Berbalik kepada kata “tuhan”, robb/rabb, gusti atau god atau apa sahaja nama yang kaum atau etnik itu gunakan. Sesuatu  yang bernama itu semestinya ia berbentuk, tidak kira lah bagaimana nama itu disebut, minda akan cuba menggambarkan sesuatu. Di sinilah akan terjadi kekeliruan itu.

Keliru ini bila ia sudah bercampur antara Alloh dan “tuhan” atau perkataan yang lain-lain. Ini yang dimaksudkan mengumpulkan yang batil kepada yang hak. Kata tuhan kepada kata Alloh. Dari segi kefahaman pengertian Dajjal, walau bermata dua, kanan memandang Alloh manakala mata kiri memandang Dajjal. Menyatukan yang batil kepada yang hak. Dajjal bermata satu.

Pada nama-nama Alloh bagi kitab-kitab dahulu, iaitu di zaman pra-jahiliyah dan zaman jahiliyah seperti nama Elohim dan Adonai tiadalah permasalahan, walau kata Alloh belum digunakan. Setiap kitab yang diturunkan adalah pembaharuan mengikut kefahaman zaman itu. Pada zaman jahiliyah Nabi Muhammad pun beliau menggunakan “robb” itu menerangkan maksud Alloh kepada kaum musyrik Arab.

Dan untuk memancing betapa tenangnya jiwa sdr/i yang katanya sudah mendekati Maha Alloh saya kemukakan persoalan berapi yang membangkitkan api dari jiwa sdr/i ...

1.        Dalam solat terdapat 5 kata-kata “robb” atau tuhan, dalam satu rakaat. Contoh: “... hirobbil alameen..”

2.        Kata-kata “Alluhu wa’lam bil sawab” yang bermaksud “hanya Alloh yang mengetahui.

Persoalanya:

1.         Adakah Maha Alloh tidak mendengar lagi doa (solat) orang-orang Islam bahkan Maha Alloh tidak meredhai doa-doa itu, bila Mesir dengan ulama-ulama besar (Al-Azhar) mereka masih juga berada di dalam kancah pergolakan dan pembunuhan selepas 1500 tahun agama Islam (ini meliputi juga semua negara Islam se dunia)?

2.        Bukankah dengan persoalan 2 di atas  sdr/i menyerahkan atau melepaskan diri dari bertanggungjawab bulat-bulat kepada Maha Alloh untuk memahami maksud berserah (Islam), pada hal sdr/i adalah seorang KHALIFAH yang menjadi wakil Alloh untuk mentadbir dunia ini. Dan seharusnya maksud Islam atau berserah itu adalah dengan kata-kata. “Hanya Allah Yang Memberitahu, Pohonlah Kepada-Nya”, menandakan sdr/i benar-benar percaya kepada Alloh dan berdoa kepadaNya apa yang sdri/i pohonkan?

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 06:10 AM | Show all posts
dinsmann posted on 17-5-2014 04:32 PM
Terima kasih Alloh kerana ulasan-ulasan sdr/i yang jelas dan sudah terdapat sifat ketenangan dalam ...
Dan untuk memancing betapa tenangnya jiwa sdr/i yang katanya sudah mendekati Maha Alloh saya kemukakan persoalan berapi yang membangkitkan api dari jiwa sdr/i ...

1.        Dalam solat terdapat 5 kata-kata “robb” atau tuhan, dalam satu rakaat. Contoh: “... hirobbil alameen..”

2.        Kata-kata “Alluhu wa’lam bil sawab” yang bermaksud “hanya Alloh yang mengetahui.

Persoalanya:

1.         Adakah Maha Alloh tidak mendengar lagi doa (solat) orang-orang Islam bahkan Maha Alloh tidak meredhai doa-doa itu, bila Mesir dengan ulama-ulama besar (Al-Azhar) mereka masih juga berada di dalam kancah pergolakan dan pembunuhan selepas 1500 tahun agama Islam (ini meliputi juga semua negara Islam se dunia)?

2.        Bukankah dengan persoalan 2 di atas  sdr/i menyerahkan atau melepaskan diri dari bertanggungjawab bulat-bulat kepada Maha Alloh untuk memahami maksud berserah (Islam), pada hal sdr/i adalah seorang KHALIFAH yang menjadi wakil Alloh untuk mentadbir dunia ini. Dan seharusnya maksud Islam atau berserah itu adalah dengan kata-kata. “Hanya Allah Yang Memberitahu, Pohonlah Kepada-Nya”, menandakan sdr/i benar-benar percaya kepada Alloh dan berdoa kepadaNya apa yang sdri/i pohonkan?

Salam che dins...

1 & 2

Lbh afdol kita tanyakan nabi Yusuf a.s. dlm firman Allah:

Dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku:
Ibrahim dan Ishak serta Yaakub.
Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah.
Mentauhid - mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah
kepada kita dan kepada umat manusia.
Tetapi 'kebanyakan' manusia tidak bersyukur.

Wahai sahabatku berdua yang sepenjara,
memuja dan menyembah berbilang-bilang tuhan yang bercerai-berai
itukah yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa?

Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah,
hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya,
kamu dan datuk nenek kamu,
Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya.
Sebenarnya hukum hanyalah bagi Allah.
Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia.
Yang demikian itulah Agama yang betul,
tetapi 'kebanyakan' manusia tidak mengetahui.

(Yusuf 12:38-40)

Perhatikan ayat seterusnya (41-42) adakah kata 'rabb' (tuan) itu menyekutukan?
- Penggunaan kata 'ilah', 'rabb' dan 'Allah' dlm Al-Quran juga berbeza² mengikut penurunannya

Ada jgk...
Rabbi (rabai) Yahudi - Master kpd murid sekolah kitabnya
Rabbaniyah - pengikut jalan ketuhanan berkitab jgk

Spt post che dins yg sblm tu...

"La ilaha", sudah jelas dan terang, sunnah Alloh, kata-kata Alloh, TIADA TUHAN ...
Kenapa masih hendak menyamakan "tuhan" dengan Alloh

Tuhan, ciptaan manusia. Tuhan itu banyak. Tuhan itu perkataan batil.
Ya Alloh, ya tuhan, ya Alloh, ya tuhan .. akhirnya yang tinggal hanya kata "tuhan".

Janganlah menganggap dan bersuka-suka menyebut nama tuhan dikaitkan dengan Alloh,
kenapa gemar mencampurkan yang batil(tuhan) kepada yang hak(Alloh) ...
Akhirnya melepaskan tanggungjawab setelah menghina dengan kata-kata "hanya Alloh maha mengetahui".

Jika beriman 100% kepada Alloh, percaya benar kepada-Nya, berdoalah dengan kata meminta " Maha Alloh
maha pasti akan memberitahu", pasti Alloh memberikan hidayah-Nya, kerana Alloh Maha Hidup Maha Berkuasa
dan Maha Berkata-kata

Setiap ayat yg turun punya pendekatan hikmahnya
dan yg jd batil tu bila petik sekerat² dipotong² je ayatnya lg tergantung
- belum jumpa lg mereka yg bertahlil x habis i.e. la'ilaha, la'ilaha, la'ilaha, ...

Antara pendekatannya bila penguasa Timur-Barat smpi ke kawasan
di mana penduduknya hampir tdk memahami perkataan (18:93)
katanya:

Apa yang 'Rabb'ku teguhkan kepadaku adalah lebih baik
maka bantulah aku dengan kekuatan,
dan aku akan buatkan satu benteng antara kamu dan antara mereka.

Ini adalah satu rahmat daripada 'Rabb'ku.
Tetapi apabila janji 'Rab'ku datang,
Dia jadikannya debu; dan janji 'Rabb'ku adalah benar.
(18:93 & 95)

Di sini, nama 'Allah' x disebut...hanya ganti nama 'Rabb'
- spy mereka nk 'ambil tahu' lantas ber'syukur' gtu...

Keduanya, jika tuhan itu byk adakah 'Tuhan yg Maha Esa' juga byk?

Yg jd campur-aduk tu bila x dpt beza mana satu nama, ganti nama, ganti nama ketiga, etc.
- maka, set² cenggini kna berhati² dlm penggunaan bahasa spy mereka 'tahu'

'Hanya Allah Maha Mengetahui' tu benar
'Maha Alloh maha pasti akan memberitahu' tu berkonflik
- sbbnya sesuatu yg pasti tu belum tentu yg sebenar²nya, hanya dgn izinNya.

Al-Quran, Al-Kitab, At-Tanzil, Al-Huda
- kitab yg diturunkan sbg petunjuk-hidayah-panduan utk dijadikan pedoman
Maka, setiap bacaannya menimbulkan kesedaran (fikiran yg waras) dan keterbukaan hati
dan pengulangannya akan meningkatkan pemahaman (akal) dan keimanan (hati)
serta pengamalan setiap tuntutan (ketaatannya) menambahkan keyakinan kpd insan
berdasarkan kemampuan dirinya ke atas setiap amanah yg dipikul-kurniakan kpdnya

Itulah Al-Hikmah yg terpantul drpd Kalam Allah Al-Quran - sbg abid yg diredhai
Ofkos, tentera Allah (para malaikat) masih bertugas dan x pernah lalai drpd tugasnya
Kalam Allah kekal bergema menerangi langit² dan bumi termasuk di sini dan di sinun


Q: 1 & 2

Ofkos, che dins x 'tahu' yg di dasar sbb yg diberitakan tu cuma buih²nya adja
- menghempas² pantai gtu badainya...spt hadis terkenal akhir zaman "celakalah Arab!"

Betul, tp khalifah yg jd wakil Allah hanya pd hayatnya di dunia, di bumi yg dipijaknya
kuasa mentadbir ikut amanah dunia yg ditangannya bermula semudah berdiri atas kaki sendiri
- to submit: berdoa, berusaha dan bertawakkal kpd Allah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 09:04 AM | Show all posts
dinsmann posted on 17-5-2014 04:32 PM
Memang sudah ratusan tahun kita menggunakan perkataan Allah berbanding Alloh (Rumi). Tiadalah kesalahan jika begitu lama kata Allah digunakan, hanya pada cita rasa sahaja. Jika bagi saya, AL-LAH itu akan bermaksud MAHA TIADA jika diertikan LAH, LA atau LAK itu bermakna TIADA dalam bahasa Arab. Jika sudah terlafaz kata Allah itu dan dalam hati dan jiwa menuju kepada YANG MAHA ESA, teruskan sahaja. AL-LOH bermaksud Maha Ghaib. Dan bagi saya ALLAH atau ALLOH bermaksud IA ADA untuk membuangkan segala fitnah.

Salam...

Tulisan untuk sebutan 'Allah' itu secara tulisan rumi... yang tulisan Arabnya  الله

Dari segi bahasa, kalimah 'Allah' dalam bahasa Arab datang dari kalimah 'Al-Ilah'

Apa itu 'Ilah'? 'Ilah' ialah tuhan sembahan manusia. Mudahnya dalam bahasa Melayu, 'ilah' itu tuhan. Apa-apa sembahan manusia, itu disebut 'ilah'.

Imbuhan awal 'Al-' dalam bahasa Arab merujuk sesuatu yang KHUSUS, yang spesifik. Maka 'Al-Ilah' merujuk kepada Tuhan yang spesifik, YANG ESA.

LAA ILAHA ILLA ALLAH (sebutan secara sambung Laa ilaha illa-llah)
[Tiada ilah/tuhan melainkan Allah] - maksudnya Allah itu satu-satunya Ilah yang layak disembah

WA ILAHUKUM ILAHUN WAHID
[Dan tuhan kamu Tuhan yang SATU/ESA]

WAllahu a'lam


Last edited by mnm77 on 21-5-2014 09:05 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 12:12 AM | Show all posts
salam

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam

tuhan yang d'sembah oleh Nabi Muhammad
tuhan yang bernama Allah ..
tuhan yang belum ada langit dan bumi ..
ini lah tuhan yang Qadim ..
bukan tuhan yang Baharu ..

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita kene terangkn dgn jelas pada bahasa yg mudah difahami oleh ank kecil. Sebab jika kita mengelak menjawab atau bagi jaw salah... itu akn mmberi kesan negatif.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2014 09:37 AM | Show all posts
orangbesi posted on 4-5-2014 09:11 PM
Manusia diibaratkan ikan-ikan dilautan, mereka nampak nampak seekor cacing, mereka yakin ia adalah ...

ramai dah jadi ikan kena panggang ni, yang lahir kristian, hindu dlln, tapi dah takdir ikan itu kena makan. Yang bebas dalam laut tu lah
yang selamat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.423598 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list