CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

Shuhada Serah Keputusan Perceraian Dengan Hafidz Kepada Mahkamah

[Copy link]
Post time 20-6-2023 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Kemelut rumah tangga antara Nurul Shuhada Mat Shukri, 29 dengan suaminya, pelakon Hafidz Roshdi belum menemui titik noktah apabila Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hanya akan mengumumkan keputusan perceraian mereka pada 27 Julai hadapan.


Menerusi laporan Harian Metro, pada masa ini, tiada apa yang diharapkan Shuhada selain dapat menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dengan segera secara baik.






"Hari ini, kedua-dua belah pihak sudah memberikan keterangan kepada mahkamah. Jadi, saya serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan kerana ini adalah berkaitan hukum Allah.


"Saya serahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskan mengenai lafaz cerai kali pertama dan kedua (yang pernah dilafazkan).


"Jadi, kalau berlaku, kita nak tahu jatuhnya talak berapa. Sebabnya, saya takut akan pembalasan, kalau kita mainkan hukum Allah," katanya kepada Harian Metro.


Ditanya mengenai proses prosiding yang berlangsung hari ini, Shuhada meluahkan kesyukuran kerana semuanya berjalan lancar.


"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Allah permudahkan dan lembutkan lidah saya untuk menjawab soalan lisan dengan baik," katanya.


Ditanya mengenai kenyataan Hafidz yang bakal mengumumkan sesuatu mengenai dirinya yang pernah beberapa kali meminta cerai, Shuhada berkata, Hafidz adalah punca utamanya.


"Kalau kita minta cerai, kenapa? Kalau hidup bahagia, dibelai, disayangi dan dikasihi suami sendiri, punca (penceraian) itu dari mana? Jadi, punca itu dari dia sendiri.


"Dia sendiri mengaku, akan membuat deklarasi mengenai hubungannya dengan wanita pihak ketiga itu. Jadi, semua orang boleh tahu apa punca berlakunya perceraian antara kami," katanya.


Tambah Shuhada, kenyataan itu hadir dari Hafidz sendiri dan bukan fitnah daripada Shuhada.


"Dia sendiri yang mengaku mengenainya. Ada saya fitnah? Saya tak fitnah kan? Jadi, semua orang boleh tahu kenapa punca keretakan ini berlaku. Semua itu bukan dari mulut saya.


"Semua berlaku atas kehendak Allah. Jadi, kita nak habiskan benda ini dengan cepat. Saya nak selesaikan hal persekolahan anak-anak sebab saya tak dapat nak mendaftar mereka memandangkan saya tak ada sijil cerai dan sebagainya," katanya.


Di sesi prosiding hari ini, Shuhada hadir ditemani peguamnya, Nurfarhana Abd Manaf dan pasukan peguamnya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.339590 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list