CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 563|Reply: 4

Mengelat Bayar Duit Kutu RM5,000, Tak Pasal-Pasal Tahan Malu Tetamu Tagih Hutang Atas Pelamin

[Copy link]
Post time 22-6-2023 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Mungkin segelintir dari masyarakat pernah merasakan sakitnya apabila ada peserta 'duit kutu' mengelat daripada membuat bayaran sebaik wang diperolehi sedangkan pusingan belum habis.


Bagaimanapun, Ayu mempunyai cara tersendiri untuk menuntut semula hutang kutunya selepas setahun bersabar.








Jelasnya, dia bersama beberapa individu lain terjerat dengan taktik seorang perempuan yang enggan melunaskan baki kutu, padahal mereka semua sudah memasukkan duit sekitar RM5,000 seorang.


Keluarga sudah dihubungi, namun usaha itu ibarat mencurah air ke daun keladi. Justeru, ketika si penipu bernama Dewi sedang melangsungkan persandingan, Ayu muncul untuk menagih hutang lama.


Setelah melihat kelibat Ayu, pengantin wanita terbabit mula terkulat-kulat dan menjelaskan hal sebenar kepada suaminya.


Si suami cuba bercakap baik-baik sebelum Ayu turun semula dari pentas.







Meskipun ada yang beranggapan tindakannya itu mengaibkan pengantin di hari bahagia, Ayu akui dirinya terpaksa berbuat demikian untuk mendapatkan semula duitnya.


Difahamkan, Ayu nekad berbuat demikian ekoran laporan polis yang dibuat tetap tidak menyelesaikan masalah dihadapinya itu.




Sumber: Kisah Dunia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aib jugak yg diperslahkan.... Kesian aib
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tekan video keluar cte kak km zzz
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi mmg banyak spesis hat mcm ni, nak duit cepat. Sebulan dua tu main cantik last2 time dh dpt turn dia, boleh senyap sunyi. Pastu alasan guna duit pasal etc etc. Nak report, mmg polis tak ambik report pasal kutu kan, tu la boleh lepas sokmo.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aib ke hulu, aib ke hilir *roll eyes
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.056341 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list