CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 933|Reply: 12

Keterujaan 5 Beranak Balik Raya Tukar Suram Gara-Gara Bapa Salah Beli Tiket

  [Copy link]
Post time 28-6-2023 11:39 PM | Show all posts |Read mode
Tular sebuah kisah sedih lima beranak yang teruja ingin pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidiladha namun moodnya bertukar suram apabila mengetahui mereka sebenarnya tersalah membeli tiket.


Kisah sedih itu yang dikongsikan di Facebook Rahman Nanyan, dipercayai berlaku di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), hari ini.




FB Rahman Nanyan




“Sebuah keluarga, mak dan ayah dengan tiga orang anak yang mana anak bongsu mereka masih berbedung. Mereka kelam kabut turun ke platform untuk ke Johor Bahru.


“Ayah pikul beg besar, abang pegang tangan adik dan si ibu pula dukung bayi. Berlari satu keluarga takut tertinggal bas.


“Setibanya di pintu pelepasan, nama dan tiket mereka tidak sah. Bila disemak, tiket mereka adalah esok,” katanya.


Sehubungan itu, Rahman berkata, wajah si bapa terus berubah mendengar perkara tersebut dan menyedari dia telah membuat kesilapan.


“Si ibu pula terus duduk, mungkin kepenatan dukung anak bongsu. Ayah masih duduk termenung dan anak-anak masih melambai setiap bas yang lalu kerana terlalu seronok nak balik kampung,” ujarnya.


Dalam pada itu, kata Rahman, dia sempat mendengar kata-kata si ibu kepada suaminya yang cuba menenangkan keadaan.


Justeru, tambahnya, lelaki tersebut kemudian terpaksa berterus-terang dengan anak-anaknya bahawa tiket yang dibeli sebenarnya dijadualkan pada esok.


“Anak-anak yang teruja terus berubah suram, namun mereka tidak menangis,” jelasnya.










Sehubungan itu, rata-rata ramai mendoakan agar urusan keluarga itu dipermudah selain kisah tersebut turut menggamit kenangan bagi mereka yang pernah melalui situasi yang sama.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2023 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian
da la tgh excited
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 09:15 AM | Show all posts
kesian ye... but ok lah sebab bukan terlepas bas pun... takde lah burn mcm tu je tiket... cuma terlepas moment pagi raya je lah... and tak dapat tengok lembu
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
terlebih awal takpe, jgn terlebih lambat tu lagi haruuu
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh tiket esok..bagi reaksi suram je la. Kalau tiket semalam, satu family menangis guling2 kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe terawal. Drpd terlambat, mampos kira burnt.
Kalau terawal, sometimes kalau ada seat kosong, company bus tu kasi je slot2 masuk. Tapi jgn berangan nak berbondong2 balik sekali lah. Kadang, org kita ni, bila kita nak tolong, tak dpt duduk sekali, mengamuk pulakkk. Hah toksah ditolong.
Tiberrr, meols emosi mcm meols pulak penjual tiket bas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2023 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh naik bus pun ada ye kes macam ni.  Iols ingat tix kapalterbang je org selalu salah date esp flight after midnight.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca kt twitter ramai tak percaya cerita ni sebab katanya nak masuk dalam tu pun dorg akan cek tiket dlu baru boleh masuk..entahlah..aku tak faham sangat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2023 12:47 PM | Show all posts
chocobozhere replied at 29-6-2023 08:25 PM
Baca kt twitter ramai tak percaya cerita ni sebab katanya nak masuk dalam tu pun dorg akan cek tiket ...

Aku rasa dia maksudkan pintu boarding kat eskalator tu kot. Y mmg kena scan tiket sebelum boleh turun balai berlepas kat bawah tu. Benda camni x mustahil berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2023 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigihnya tulis cerpen (read : content) pasal org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
jebatmaspunyer replied at 30-6-2023 12:47 PM
Aku rasa dia maksudkan pintu boarding kat eskalator tu kot. Y mmg kena scan tiket sebelum boleh tu ...


Citer hasanah nih...
Kalau ticket bukan hari tu, barrier kat gate Turun platform takkan bukak lar
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 08:58 PM | Show all posts
terlebih awal takpe, terlebih lambat tu yang haruuu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 12:57 AM | Show all posts
awal takpe jgn lambat.. nsb ticket tak burn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.333675 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list