CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

[Lain-Lain] Profima teruskan misi kebajikan penggiat seni

[Copy link]
Post time 30-6-2023 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Profima teruskan misi kebajikan penggiat seni


Khalil menerima surat penghargaan dari Ketua Jabatan Saluran Fizikal KWSP, Mohd Rodzi Abu Bakar.


Kuala Lumpur: Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) melakar kejayaan apabila dilantik sebagai Majikan Gig Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mewakili sektor pekerja filem seluruh Malaysia.

Presiden Profima, Khalil Salleh berkata, Profima kini layak berurusan bagi pihak pekerja filem dengan persetujuan bersama dalam menjaga kebajikan penggiat filem serta kepentingan simpanan di KWSP.

"Selepas usaha berterusan yang dilakukan sejak awal tahun lalu dalam sektor kebajikan penggiat filem khususnya berkaitan caruman dan kepentingan simpanan di KWSP, Profima kini secara rasminya dilantik Majikan Gig KWSP.

"Profima adalah satu satunya persatuan yang mendapat pengiktirafan ini sekali gus membuktikan masalah dan kepentingan caruman KWSP dapat diselesaikan oleh pihak pengurusan Profima," katanya.


Menurut Khalil, Profima ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada KWSP khususnya cawangan Wangsa Maju kerana sentiasa membantu dalam membela nasib penggiat seni.

"Diharapkan semua ahli Profima dan krew filem Malaysia mendapatkan maklumat dan info berkaitan simpanan KWSP ini melalui pejabat Profima pada bila-bila masa.

"Moga segala usaha baik yang dicapai akan membawa manfaat kepada setiap ahli Profima yang berdaftar," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... jikan-penggiat-seni

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.046495 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list