CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 1

Longgok Perut Lembu Penuh Tahi Tepi Tong Sampah, Penduduk Terkejut Ada Orang Tak Reti Urus Haiwan Korban

[Copy link]
Post time 2-7-2023 01:29 PM | Show all posts |Read mode
Terbaharu, dalam satu perkongsian di Facebook, seorang pengguna membuat hantaran meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir individu yang tidak bertanggungjawab membuang organ haiwan korban merata-rata selepas selesai melaksanakan ibadah tersebut.


Individu tersebut membuat hantaran berkenaan dalam grup Facebook Kuala Terengganu Residen, dalam loghat negeri berkenaan.






"Sejenis manusia yang tak cerdik. Buat ibadah korban molek (baik) dah tapi otak tak guna. Kalau tak pandai urus, beri kepada orang yang pandai urus. Kalau tidak, tanamlah benak!


"Kamu ingat pergi buang dekat tong majlis (perbandaran) macam tu mereka datang kutip segera ke, benak? Dengan busuk kohong (bau seperti bangkai) gitu, dengan lalat hurung, dengan ulatnya.


"Bukan satu, sampai dua tiga bahagian pergi buang dekat tong sampah. Ibadah korban macam mana aku tak tahulah puak ini," luahnya.


Bersama-sama hantaran tersebut, dia turut memuat naik sekeping gambar memaparkan organ haiwan korban seperti usus dan lemak yang hanya diletakkan di sebelah deretan tong sampah.


Kesemua bahan buangan tersebut tidak dibungkus sebaliknya dibiarkan terdedah begitu sahaja.


Individu yang membuat perkongsian itu bagaimanapun tidak menyatakan lokasi dan waktu gambar tersebut dirakam.






Sementara itu menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut sependapat dengan individu berkenaan dan mengecam tindakan tidak bertanggungjawab golongan yang melakukan perkara tersebut.


Sebagai peringatan bersama, sisa atau bahagian lembu korban yang hendak dibuang juga perlu diuruskan dengan baik seperti dibungkus dalam plastik agar ia tidak mengundang haiwan liar seperti anjing.


Walaupun tiada dalil yang menyebut ia perlu ditanam, namun sudah menjadi tanggungjawab untuk membuangnya seperti sisa makanan lain dengan cara yang betul dan selamat.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2023 03:03 PM | Show all posts
AMarkets berusaha untuk menawarkan sokongan pelanggan yang sangat baik kepada pedagangnya. Perkhidmatan pelanggan yang boleh diakses dan responsif boleh menjadi berharga bagi peniaga, kerana ia membantu menangani sebarang isu atau kebimbangan yang mungkin mereka hadapi semasa berdagang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.097998 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list