CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 884|Reply: 13

Rakan Rimas 'Housemate' Masih Bawa Balik BF, Siap Tidur Sama

[Copy link]
Post time 8-7-2023 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Dalam satu perkongsian oleh seorang gadis di media sosial, dia meluahkan rasa kurang senang dengan sikap salah seorang rakan serumahnya yang gemar membawa pulang teman lelaki.


"Kami gadis, tinggal rumah sewa dekat kondominium sekitar Kuala Lumpur. Seorang housemate ni selalu sangat bawa boyfriend masuk rumah.


"Kadang-kadang, malam pukul 11 tengah buat assignment, dia datang cakap 'boyfriend aku nak masuk rumah kejap tau'.






"Kemudian kami pula yang kena angkat barang masuk dalam bilik buat kerja," luahnya.


Lebih membuatkan gadis ini dan penghuni serumah lain kurang selesa, rakannya itu tidak segan silu 'menumpangkan' kekasihnya untuk bermalam di rumah sewaan mereka.


Bukan sahaja mengganggu privasi, namun gadis ini kesal kerana rakannya itu seolah-olah tidak menghormati batas aurat penghuni lain apabila membawa seseorang yang bukan mahram masuk ke rumah.


"Selalunya kekasihnya memang tidur dalam bilik dengan dia, pagi esok baru keluar rumah balik. Satu hari ni, saya bangun pagi nak mandi.


"Keluar je dari bilik, dengar suara dia dengan kekasih tengah borak-borak kat dapur. Lepas itu tahu pula gelabah konon nak 'lindungi' aurat saya.


"Dia memang langsung tak kisah pasal privacy dan aurat kami, asalkan boyfriend dia dapat masuk rumah. Bayangkan bayar sewa mahal tapi kena kongsi rumah dengan lelaki stranger. Bodoh," luahnya lagi.


Bukan tidak pernah bersuara atau menasihatkan rakan serumahnya itu, namun semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi.


"Kami students dan tak tahu sangat kalau ada kes-kes macam ni. Please suggest macam mana nak report atau buat sesuatu," ujarnya meminta pandangan warga maya.


Luahan tersebut dikongsikan menerusi akaun Twitter @ibjela dan sehingga kini meraih lebih 2,000 ulang kicau.


Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan rasa simpati terhadap nasib gadis tersebut dengan rakan-rakan serumahnya.


Mereka turut tampil dengan pelbagai cadangan untuk membantu gadis berkenaan menyelesaikan masalah tersebut.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2023 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Report kat pejabat agama la, dik.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2023 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Report.pastu korang x reti ke nk kuar carik rmh lain?
Dah biol sgt knp
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2023 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sia² masuk u.
Menda gini pon nk tnya pendapat kt twidder.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2023 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
missyL: Report.pastu korang x reti ke  ...


Masalahnya tak berduit sis oii..nak masuk rumah baru kena duit LG.. student
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2023 06:53 PM | Show all posts
missyL: Report.pastu korang x reti ke nk kuar carik rmh lain?Dah biol sgt knp


Ko ingat senang nk cari rumah y sesuai dengan lifestyle student? Maybe lokasi rumah tu senang dia nk commute ke U dia.

Kalau aku, aku marah bf dia sekali. Asal ko x ada rumah nk menumpang rumah sewa perempuan? Aku x nak dapat saham subahat maksiat korang.

Aku pernah hadap situasi lebih kurang camtu. Housemate y lain pernah mengadu kat aku y sorang ni bawak lelaki masuk. Y pengadu ni style cam tomboy sket. Then room mate aku pun cakap pernah terserempak lelaki tu nak keluar. Aku jarang2 ada kat rumah. Aku sound lah dia tu jgn lah bawak lelaki masuk dalam rumah sebab semua perempuan x kawen lagi, pakai tudung plak tu kecuali yang tomboy tu. Dia bagi alasan adik lelaki dia tapi x kisah lah adik pun. Mana boleh bawak masuk dalam rumah sewa perempuan sahaja. Lagipun dalam contract sewa dah stated no men allowed. Sempat lagi dia dok pusing y tomboy tu bawak kawan jugak macam nak kata y tomboy tu lesbian lah. Aku jawab jer, belum tentu dia lesbian, kot2 kawan biasa jer lagipun kawan si tomboy tu perempuan. X ada masalah pun. Pastu dah x bercakap dah ngan aku. Aku pun time tu dah dlm proses pindah rumah tu dah sebab dapat keje kat negeri lain. Tak kuasa aku nk follow up.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2023 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
LOL masa bertunang dulu laki I ols penah lah tinggal hostel jap. Shared a room with his colleague. Roommate he ols pulak jenis jantan murahan.

Masa bulan puasa laki I balik ghumah lepas shif malam he ols, bukak2 pintu bilik elok je roommate he ols bugil dgn awek atas katil. Bayangkan bulan puasa beromen dlm bilik sewa.

Dah ckp byk kali, jadi jugak. Ulang2 x masuk otak. Laki I ols blah tumpang hostel lain. Nasib x kena bayar 2 unit. Colleague jantan murahan tu buat bodo je. Syok la menyedap dgn awek2 bila laki I ols dah blah.

Perangai lahanettt mcm ni, baik jantan baik betina, sama je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
missyL replied at 8-7-2023 06:11 PM
Report.pastu korang x reti ke nk kuar carik rmh lain?
Dah biol sgt knp

Betul tu. Bila dia bawak balik lelaki je, terus call Jais. Korang keluarlah, konon2 ngeteh kata mamak. Tapi kena pastikan ada sorang juru intai, mana tahu, JAIS sampai je, diaorang dah keluar. Lepas tu, baliklah sesambil pura2 terkejut. Lepas tu kalau JAIS tanya, cakap je lah, tak tahu. Agaknya dia bawak balik lelaki time korang takde kat rumah kot. Ala, pandai2 lah menjawab. Budak U kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2023 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 8-7-2023 06:32 PM
Masalahnya tak berduit sis oii..nak masuk rumah baru kena duit LG.. student

Haha. Pick ur hard gitu.
Ko nk hard dok gitu ke hard carik rmh baru.

Ko tnye org kt socmed pn mmg org akan soh kuar
Sbb jenis bohsia mmg x pakai saman
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
missyL replied at 10-7-2023 05:15 PM
Haha. Pick ur hard gitu.
Ko nk hard dok gitu ke hard carik rmh baru.


Dedulu housemate aku bwk jntn.. aku masa tuu student upm.. tak berduit.. bising dia tak bwk.. pas tuu bwk blk .next semester dia cau blah.. aman hidup.. mmg semua nak tinggai dia cam tuu jee tp kenangkan masing masing semikin..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 05:36 PM | Show all posts
kalau report dengan pejabat agama, syaratnya wajib takde orang lain kat rumah ke? call/pergi je pejabat agama bagi tau ada penghuni bilik sekian2 bawak lelaki bukan muhrim masuk sebilik. kami sama2 menyewa ni tak mahu bersubahat. kalau tak pun, pergi mengadu dekat dekan uni/kolej ke, wakil pelajar ke mintak pendapat camne nak setel.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
missyL replied at 8-7-2023 06:11 PM
Report.pastu korang x reti ke nk kuar carik rmh lain?
Dah biol sgt knp

Nak keluar sesuka hati bkn senang. Nak dpt kan balik duit depo rumah sblm tu. Nak bayar depo rumah baru lagi…better diorg ramai2 tegur budak tu, kalau ramai x bersetuju
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 06:07 PM | Show all posts
i teringt dolu2 ms mnyewa. ada jmpa org gini..selamba bw boipren.
bila kt nk g toilet, terserempak.senyum2 kambing..hanad btl. terperanjat i dgn kwn sebilik..trs kami call pej. agama. pej agama kn depa siasat dlu, then tnya bila kami xada kt rmh, dia nk serbu time tu. klau x, dgn kami2 kena. xlama lps tu bdk tu pon chow. itu je makanan depa. biadappp
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
zmn study dlu ada kes mcm ni… nak pindah dahlah rumah sewa susah nak cari… nasib xlama duk dkt rmh sewa tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.185577 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list