CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 829|Reply: 6

Beli Flat Dapat Banglo! Pemilik Buat Sambungan Besarkan Rumah

  [Copy link]
Post time 9-7-2023 09:24 PM | Show all posts |Read mode
Satu foto tular di Twitter memaparkan sebuah unit flat aras bawah yang ditransformasikan seolah-olah menjadi sebuah rumah teres.


Dalam gambar itu, unit flat tersebut mempunyai sebuah beranda tempat letak kereta yang dibina di atas tanah hak milik majlis perbandaran.






Di belakang beranda itu juga kelihatan ada binaan tambahan yang bersambung dengan unit asal berkemungkinan menempatkan ruang tamu rumah berkenaan.


Lebih menimbulkan kemarahan ramai apabila tanah di sekeliling unit flat itu dianggap sebagai halaman persendirian oleh tuan rumah apabila dia menanam pelbagai pokok hiasan dan juga meletakkan ampaian bajunya.


Ciapan asal



Tindakannya itu ternyata tidak adil untuk penduduk lain di flat berkenaan selain melanggar piawaian yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menyelar secara sinis tindakan pemilik unit itu yang mementingkan diri.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2023 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak marah owner rumah tu pulak?
Marahla Penguatkuasa yg tak nampak /buat2 tak nampak. Owner2 flat perangai bangkai mcm ni, semuanya try luck je. Kalau lepas, ok. Kalau tak lepas, ok. Anak kita kan, kalau diorang buat salah, kita tak marah, tak tegur, cemana dia nak berubah? Besok dia buat lagi, besoknya buat lagi. Lepas tu kawan2 dia yg nampak, pun buat bende salah yg sama. Then bende tu bersambung2 la. Mcm rumah flat diorang
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 9-7-2023 11:38 PM
Kenapa nak marah owner rumah tu pulak?
Marahla Penguatkuasa yg tak nampak /buat2 tak nampak. Owner2  ...

Betul tu. Penjenayah sentiasa betul, yang salah ialah penguatkuasa yang gagal menjalankan tugas. Everyone is opportunists legally or illegally. The law enforcement needs to put the boundaries and do your job please!
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 12:20 PM | Show all posts
dulu aku duk rumah flat jugak.....zaman anak 1....tapi aku ok jah jiran bawah rumah aku besarkan rumah...sampai xde kaki lima nak lalu...hahaha rumah dia rapat ke longkang tu...
cuma time hujan basah le klu x berpayung...idak le aku or jiran2 sekitar nak merepot...and x pernah lagi aku nmpk rumah dia viral..dia pun bukan jenis mesra alam pun..buat kenduri anak nya kawen idak dia jemput kami2 atas ni..hahhaa...khemah pasang sampai nak lalu pun payah..huhuhu..

ni cerita zamn 6 tahun lepas..now aku dah pindah...dah jual pun rumahnya..nnti free2 aku nak pi melawat jiran2 lama ni ahh...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 03:42 PM | Show all posts
kdg pelik gak.. reno tu dh bertahun2.. kdg org tu dari ank sorg sampaikn dh bermenantu.. tp tu la.. pihalk berwajib buat bodo..apo nk dikatoooo hahah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 10:26 PM | Show all posts
Aiyoo beli landed house terus la. Kalau tak cukup duit trade dengan AMarkets dengan pemulaan harga sebanyak $100 sahaja tau !
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2023 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
beli jer rumah landed trus.. bknnya boleh pun nak renovate2 suka hati klu rumah flat mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.062631 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list