CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1518|Reply: 0

Saingan Twitter, Threads raih 100 juta pelanggan dalam 5 hari

[Copy link]
Post time 10-7-2023 11:18 PM | Show all posts |Read mode
Saingan Twitter, Threads raih 100 juta pelanggan dalam 5 hari


Logo Twitter (kiri) dan logo Threads kelihatan dalam ilustrasi memaparkan aplikasi media sosial itu. - Foto AFP


PARIS: Aplikasi Threads dilancarkan Instagram (IG) sebagai saingan kepada Twitter sudah meraih lebih 100 juta pengguna dalam tempoh kurang lima hari.

Laman sesawang penjejakan data hari ini berkata ia mencipta rekod baharu, menggantikan aplikasi pengguna paling pesat berkembang, AI ChatGPT.

ChatGPT mengambil masa selama dua bulan untuk mencapai 100 juta pengguna, manakala aplikasi TikTok pula meraihnya dalam tempoh sembilan bulan, selain IG memerlukan dua setengah tahun untuk mencapai tahap itu selepas dilancarkan pada 2010.

Threads disiarkan secara langsung menerusi Apple dan Android 'app stores' di 100 negara Rabu lalu, walaupun ia tidak ditawarkan di Eropah kerana syarikat induk Meta tidak pasti kaedah perundangan kerahsiaan data Kesatuan Eropah (EU).

Aplikasi Twitter dianggarkan memiliki kira-kira 200 juta pengguna biasa tetapi mengalami kegagalan teknikal berulang sejak Elon Musk membeli aplikasi itu pada 2022 dan memecat ribuan kakitangannya.

Musk yang juga pemilik Tesla dan SpaceX, mengasingkan ramai pengguna dengan memperkenalkan caj bagi perkhidmatan percuma sebelum ini dan mengaktifkan semula akaun kumpulan berhaluan kanan yang sebelum ini dilarang.

Usaha menyingkirkan Twitter dilihat sukar meskipun muncul beberapa pesaing, kebanyakannya aplikasi khusus tanpa kapasiti berkembang pada skala diperlukan bagi tujuan itu.

Namun, Threads dilihat lebih mudah meraih pelanggan kerana dikaitkan dengan IG yang mempunyai lebih satu bilion pengguna biasa.

Sementara itu, perkhidmatan data dalam talian, Quiver Quantitative, melaporkan aplikasi itu meraih lebih 100 juta pengguna pada jam 7 pagi tadi.

Laman sesawang lain yang menggunakan kiraan 'lencana' diterima pengguna IG yang sudah memuat turun Threads, mendakwa pencapaian itu berjaya diraih lebih awal.

Sebelum ini, Musk dipetik menggertak untuk menyaman Meta kerana mencuri rahsia perdagangan dan harta intelek dengan dakwaan itu sudah dinafikan syarikat yang turut memiliki Facebook dan WhatsApp itu.

Musk tersepit dalam persaingan dengan ketua Meta, Mark Zuckerberg, sehingga kedua-dua lelaki terbabit mengancam untuk saling bergaduh secara fizikal baru-baru ini. - AFP

Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... anggan-dalam-5-hari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.063842 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list