CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

[Politik] FITNAH! Banglo di Sik bukan milik MB Sanusi

[Copy link]
Post time 12-7-2023 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR – Pejabat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini menyifatkan gambar tular memaparkan sebuah banglo di Sik yang dikaitkan dengan beliau adalah fitnah untuk mempengaruhi Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) pada Ogos nanti.

Sebaliknya, Pejabat Menteri Besar Kedah dalam satu kenyataan menjelaskan banglo tersebut milik abang Muhammad Sanusi dan penduduk sekitar daerah itu sedia maklum berhubung pemilikan sebenar hartanah tersebut.

“Foto sebuah banglo di Sik lengkap dengan imej google map yang cuba digambarkan ada kaitan dengan Muhammad Sanusi itu tidak benar dan fitnah semata-mata.

“Pemfitnah-pemfitnah ini bekerja keras menjelang PRN untuk mempengaruhi orang ramai percaya menteri besar kini hidup kaya raya hingga mampu membina rumah seperti itu.

Muhammad Sanusi.

“Rumah itu bukan milik menteri besar, beliau tidak ada wang untuk bina rumah itu walau satu sen. Ia milik abangnya dan adakah kerana pemilik itu abang beliau, dia tidak boleh bina rumah besar walaupun dia ada duit dan mampu untuk bina rumah seperti itu?,” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah kenyataan Pejabat Menteri Besar itu, Muhammad Sanusi ada meluahkan rasa sedih apabila hasil pengorbanan abangnya meninggalkan isteri serta anak berbulan-bulan sebagai penyelam dasar laut itu dipolitikkan hingga tergamak menafikan banglo itu bukan milik mereka.


“Abang menteri besar kumpul duit setelah berpuluh tahun kerja mempertaruhkan nyawa dalam keadaan begitu bahaya untuk memberikan sedikit kegembiraan kepada ahli keluarga, adakah salah?

Pemilik rumah itu bukan orang politik. Dia tidak ada kena mengena dengan politik atau pilihan raya. Mengapa jadikan dia mangsa seolah-olah rumah itu dibina dengan duit haram sedangkan dia telah lama bekerja keras mencari rezeki hasil titik peluhnya sendiri.

“Menurut menteri besar, sebagai adik, beliau tahu abangnya sudah lama bekerja keras untuk membahagiakan keluarganya. Amat menyedihkan tatkala sampai masa untuk mereka mengecap sedikit kegembiraan dapat masuk rumah yang baru siap, ada pula orang yang dengki dan sakit hati hingga tergamak menjaja fitnah konon rumah itu bukan milik mereka,” katanya.

Dalam perkembangan sama, kenyataan itu turut menyifatkan penyebar fitnah itu seperti lalat penghurung tahi yang kotor lagi jijik.

Mereka dengan mudah menyebarkan fitnah untuk mendapat sedikit habuan atau memuaskan dendam kesumat yang lama terpendam.

“Bersiap sedialah kalian semua untuk menjawab di dunia dan akhirat atas dosa yang telah disebarkan,” tegasnya.

Terdahulu, tular di media sosial gambar sebuah banglo besertakan gambar Google Maps di Sik yang dikaitkan dengan Muhammad Sanusi.

Berdasarkan hantaran itu, banglo tersebut didakwa didaftarkan atas nama kepada seorang ahli politik di negeri ini bagi mengaburi mata rakyat susulan nilai banglo itu RM7.8 juta. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.048908 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list